MUAR - Bandar Maharani , Bandar Terbersih.
Tahun 2018 telah bermula dan ramai mula merancang percutian samada secara solo , berteman atau sekeluarga ke tempat2 yang menarik samada di dalam negara @ luar negara..
Dengan kemudahan internet di hujung jari dan kuasa viral sana sini , banyak tempat2 best yang boleh kita kunjungi..
Baru2 ini semasa sedang lepak2 dengan kawan2 , sorang member bertanya ,
" nak pergi mana ye tahun ni ", lantas AYIE bertanya ..
" ko dah pernah pergi MUAR ?"
" MUAR
Bandar Muar yang di gelar Bandar Maharani Bandar Diraja telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN ( ACTCA ) 2017 selepas ciri2 kebersihan , keindahan dan keceriaan lanskap yang telah ditetapkan oleh panel Anugerah Bandar Bersih ASEAN ada pada Bandar Muar..
Bertolak dari Kuala Lumpur ke Muar awal2 pagi dan sampai sekitar 2 jam lebih perjalanan , rombongan dibawa ke Hotel Traders untuk majlis rasmi sambutan Famtrip yang dihadiri tetamu-tetamu kehormat seperti Pegawai Daerah Muar , Haji Onn Jabbar dan Pengarah Tourism Johor dan tetamu - tetamu kehormat yang lain..
HOTEL TRADERS MUAR |
APA YANG BOLEH KITA LAWATI DI MUAR??
Banyak destinasi menarik dan unik yang boleh kita lewati di Muar ni antaranya ;
1 - MUAR CITY TOUR
PERABOT DUNIA , melawat kuil hindu NATTUKOTTAI CHETTIARS' SRI MURUGAN dan menghayati suasana bandar Muar yang masih mengekalkan bangunan-bangunan lama yang bersejarah serta melihat sendiri kebersihan bandar Muar hasil kerjasama seluruh pihak di Muar di samping perhatian yang diberikan oleh Sultan Johor sendiri untuk Muar sentiasa bersih. Diberitahu, Muar adalah bandar kegemaran Sutan Johor dan baginda sultan sering mencemar duli ke Muar.
2 - DESA KEROMA ECO RESORT MUAR.
Eco resort yang menawarkan pakej untuk pengunjung menikmati suasana desa paya bakau dengan menaiki bot menyusuri paya bakau dan yang paling mengujakan ialah pengunjung akan dibawa ke 'kelong' atau pelantar Penternakan KUPANG dan KERANG.
bagaimana KUPANG diternak , ditarik ke pelantar untuk diraih hasilnya dan merasai kupang yang dimasak segar... untuk KERANG pula, cara ' Menyauk ' di demo kan untuk mendapatkan kerang liar..
bila makan kupang dan kerang selepas ini , terus teringat pengalaman di DESA KEROMA ini...
3 - MUAR RIVER CRUISE.
4 - DONHU JURASSIC GARDEN.
Melawat tempat ini memberikan keseronokkan bukan saja kepada kanak-kanak tetapi golongan dewasa untuk menaiki ' dinasour' yang ditawarkan dengan harga rm5 sekali naik. haaaa tak payah segan tak payah malu ,,, memang seronok naik 'dinasour' ni..
5 - TAN KOK LEYONG NURSERY
Pada yang berminat dengan tanaman nurseri , TAN KOK LEYONG NURSERY menyediakan kualiti tingkat atas tanaman lanskap merangkumi pokok besar dan pokok palma , tanaman dalam pasu , bonsai , pembekal bahan - bahan tanaman , aksesori lanskap dan khidmat perunding lanskap dan taman. TAN KOK LEYONG NURSERY juga merupakan nurseri yang mencatatkan jualan tertinggi di seluruh Muar...
6 - LADANG HERBA & REMPAH NASUHA.
Ladang herba organik terbesar di Asia dengan 6000 spesis pokok herba dan seluas 3200 hektar ini sangat berbaloi untuk di lawati kerana sangat banyak herba dan rempah ratus yang kalau selama ini kita hanya tahu nama atau gunakan dalam masakan tanpa mengetahui dari mana asalnya atau bagaimana rupa pokoknya , dan apabila AYIE sampai di sini , baru tau macam mana rupanya pokok asam gelugur dan buahnya , pokok kayu manis dan banyak lagi la. Satu tanaman yang terkenal di sini dan terbukti untuk menambahkan tenaga ialah Buah GORA. Nak tau apa itu buah GORA, kena lah datang ke Ladang HERBA & REMPAH NASUHA ini... sangat bagus untuk pembelajaran tentang herba dan rempah ratus yang ada di negara kita ni.
Produk rempah MAK SITI di sini la kilang nya...
buah & pokok asam gelugur
7 - GALERI DARURAT BUKIT KEPONG.
Kata - kata " Kami orang-orang polis tidak akan menyerah diri... Biar kami mati di sini... Bukit Kepong menjadi tanah kubur kami." yang dituturkan oleh arwah Datuk Jins Samsudin dalam filem BUKIT KEPONG menjadi 'trademark' dan apabila kita mendengar kata-kata ini , pasti ingatan terus kepada sejarah Bukit Kepong. GALERI DARURAT BUKIT KEPONG ini harus dilawati apabila ke Muar untuk mengetahui lebih detail tentang peristiwa Bukit Kepong. Jangan lupa untuk menziarahi pusara pahlawan- pahlawan Bukit Kepong ini yang sangat berjaya dan berbakti untuk agama , bangsa dan negara.. AL - Fatihah..
8 - TARIAN SINGA & NAGA KUN SENG.
Persatuan TARIAN SINGA & NAGA KUN SENG ini telah memenangi banyak anugerah di dalam dan luar negara. Menjadi kebanggaan bandar Muar apabila sering di jemput untuk membuat persembahan dan mempunyai satu-satunya pemain yang berbangsa melayu. Ini membuktikan semangan 1Malaysia yang ada dalam negara kita ni.... cayalahhh ..
Ok, itu lah destinasi-destinasi yang harus dilawati apabila berada di Muar Bandar Unik.
Tak sah kalau berkunjung ke MUAR , kita tak menjamah makanan Muar. Makanan apa yang enak dan terkenal di Muar?
Jutaan TERIMA KASIH dan kreadit kepada semua yang menjayakan Famtrip Muar kali ini..
#Tourism Johor
#Tourism Muar
#Tram
#Media&blogger
#Orangmuogayamuo
Comments
Post a Comment