PULAU BESAR & PULAU TINGGI : SYURGA DI TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR JOHOR


 Assalammualaikum dan salam kasih sayang.....

Jom kawan-kawan, abang-abang , kakak-kakak dan adik-adik manis, letakkan pen , kunci kereta , rehatkan jari jemari mu dari keybord komputer dan set-kan waktu untuk pergi bercuti. Ini waktunya menyahut 'panggilan pulau ' di TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR MERSING JOHOR.
foto oleh Ujay As Said

Haiii,,,
Di bumi Malaysia bertuah kita ini banyak syurga-syurga dunia yang menanti untuk kita kunjungi. Salah satu syurga yang menanti kunjungan kita ialah Taman Laut Sultan Iskandar. Pernah dengar ke? untuk peminat pulau , scuba dan snorkeling pastinya maklum dengan tempat ini. Tetapi kepada yang belum tahu, jom Ayie cerita tentang Taman Laut ini yang indah bak syurga ...

Apa itu TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR JOHOR ?

Taman Laut Sultan Iskandar terletak di daerah pantai Mersing Johor. Taman yang diwartakan sebagai Taman Marine ini terdiri daripada 13 pulau di 6 kelompok pulau iaitu Pulau Besar , Pulau Tinggi , Pulau Aur , Pulau Sibu , Pulau Rawa dan Pulau Pemanggil. Taman ini dihiasi oleh struktur hutan bukit, hutan bakau dan pantai yang indah.

OK, dah tau tentang taman laut, rase macam nak pergi, tapi macammana ?

Untuk ke Taman Laut ini , harus melalui Mersing iaitu samada melalui Jeti Mersing atau Jeti Tanjung Leman di Johor.
Untuk trip kali ini , AYIE akan ke PULAU BESAR dan PULAU TINGGI . Oleh itu , masuk melalui Jeti Mersing lebih dekat .
TERIMA KASIH untuk TRAM dan TOURISM JOHOR untuk trip kali ini.
jeti Mersing - foto oleh Nizam

I

speed bot dah menunggu nak bawa kami ke Pulau Besar

kita bergambar dulu sebekum bergerak

Panggilan Pulau pertama yang AYIE kunjungi ialah PULAU BESAR. Trip selama 3 hari 2 malam ini bermula dengan mengunjungi Pulau Besar menggunakan bot laju menyusuri laut cina selatan menuju ke penginapan kami yang pertama.

PULAU BESAR.

PULAU BESAR terletak 16km dari Jeti Mersing dan berkeluasan 777 hektar dan mempunyai populasi 69 orang penduduk. Mereka terlibat dengan industri pelancongan , perikanan dan agriculture. Pulau Besar mempunyai sumber air bawah tanah dan menggunakan sistem solar.
Untuk penginapan dan makanan Ayie di Pulau Besar , Ayie menginap di BAYU LESTARI RESORT.



foto oleh EZY

permandangan dr villa kami di Bayu Lestari Resort



BAYU LESTARI RESORT.

Resort yang beroperasi di Pulau Besar ini kepunyaan wanita yang mesra di panggil KAK ROS menawarkan penginapan yang bersih , cantik dan mesra beserta pakej makanan yang enak. Menjadi tempat penginapan Ayie untuk 1 malam di Pulau Besar.
Berkonsepkan penginapan vila , BAYU LESTARI RESORT pasti bisa memenuhi keinginan anda untuk bercuti dengan tenang dan gembira.

kumpulan Koir yang menyambut ketibaan kami di Bayu Lestari Resort
foto oleh Nizam
dewan makan di Bayu Lestari Resort.. sedap ooo makanannya..



bilik beradu kami di Bayu Lestari Resort








bbq di Bayu Lestari Resort


Panggilan pulau kedua yang Ayie kunjungi ialah PULAU TINGGI.

PULAU TINGGI.

Pulau Tinggi merupakan antara pulau yang ada di Taman Laut Sultan Iskandar . Pulau Tinggi meliputi kawasan seluas 1554 hektar dan terletak 20 batu nautika dari selatan tenggara Mersing. Pulau yang di gazetkan sebagai Taman Marin ini membuatkan pulau ini sebagai pusat pembelajaran dan penyelidikan aktiviti marin. Selain pantai dan air laut yang membiru, pulau ini juga merupakan tempat penetasan penyu.
bergambar bersama lagiii..
foto oleh EZY




TAD MARINE RESORT.

Satu-satunya resort yang beroperasi di Pulau Tinggi menjadi penginapan Ayie untuk malam terakhir di Taman Laut Sultan Iskandar. Resort yang bercirikan senibina melayu tradisional ini lebih dekat dengan jeti Tanjung Leman. Menawarkan chalet yang cantik dan selesa , servis yang bagus dan makanan yang enak , TAD Marine Resort boleh dipilih untuk penginapan percutian anda.





nak mandi swimming pool pun boleh di TAD Marine Resort

bilik untuk kami ZZZZZZ di Tad Marine Resort

penginapan senibina melayu tradisional di Tad Marine Resort



AKTIVITI-AKTIVITI DI TAMAN LAUT :

Selain menghayati keindahan ciptaan tuhan dam mandi manda di pantai, banyak aktiviti - aktiviti yang boleh kita lakukan di taman laut. BAYU LESTARI RESORT dan TAD MARINE RESORT ada menawarkan pakej aktiviti seperti snorkeling trips , scuba diving , island hopping , memancing , berkayak , sukan pantai seperti bola sepak dan bola tampar pantai dan banyak lagi untuk kita cuba.







scuba diving - tak bole join.. takde lesen.. huhuhuhuu
foto oleh Farihan Baharudin

  coral2 yang cantik
foto oleh Cenggitu


foto oleh Neysa Assila
foto oleh Neysa Assila

Jom tengok foto-foto di bawah ni sewaktu snorkeling di Pulau Metinggi .






pertama kali Ayie snockeling


seronoknya kami - biar muka hitam asalkan gumbira

jom datang sini..

Santai- santai di Taman laut Iskandar....

berbasikal melawat kawasan - Bayu Lestari Resort


dah lama tak bergayut - Bayu Lestari Resort

feeling2 di Bayu Lestari Resort


tarik tali

bola sepak dan tarik tali - antara aktiviti kami di Bayu Lestari Resort

tarik tali - 1 lawan 1


ikan oh ikan dimana engkau ikan

memancing di waktu malam

air terjun di Pulau Tinggi , sebelum nak sampai sini, kena trekking dulu... barulah lepaskan penat mandi air terjun
foto oleh Herman

berkayak di Pulau Besar 

malam2 berkaraoke di Tad Marine Resort
foto oleh Dato Azlie

island hopping - antaranya kami ke Pulau Ibol

Pulau Ibol - antara spot bagus dan cantik untuk snockeling,cuma time kami sampai ke sana laut bergelora,, tak bagus untuk snockeling

penginapan lain yang ade di Pulau Besar
kampung walk di Pulau Besar

speedbot melaju untuk island hopping
senja di Bayu Lestari Resort
seronok berendam di laut biru

Trip ke Taman Laut Sultan Iskandar Mersing Johor kali ini sangat menyeronokkan dan pulau-pulau di taman laut ini sangat indah dan boleh dikatakan seperti Maldive Malaysia.. oleh itu,, tak perlu pergi jauh-jauh.. di Malaysia juga ada,, jom cuti dalam negara.. Malaysia Truly Asia..

Jutaan TERIMA KASIH kepada :

- Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia ( TRAM )
- Tourism Johor.
- Bayu Lestari Resort Pulau Besar
- Tad Marine Resort Pulau Tinggi
dan semua Rakan - rakan Media dan Blogger yang terlibat.







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!