TAMAN WETLAND - Jantung Putrajaya.




Berkunjung ke Taman Wetland Putrajaya bersama rakan media dalam Travelogue Escape 2.0 Putrajaya memberikan banyak pengetahuan tentang taman tanah lembab pertama buatan manusia ini.
Taman Wetland yang juga dikenali sebagai ' the heart of Putrajaya ' ini merupakan kawasan tanah lembab air tawar yang terbesar dan terpenting di bina di kawasan tropika. Ia juga adalah satu lagi kisah kejayaan Putrajaya yang membanggakan.



Selama bertahun-tahun , taman ini telah berkembang menjadi lebih daripada ' water filter ' untuk tasik Putrajaya dan telah berjaya mengekalkan keseimbangan ekosistem di sini.
Terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Wetland Park dan Pusat Rekreasi Tasik ( lake recreational centre ) taman ini merupakan taman awam yang menyediakan kemudahan - kemudahan seperti jalan dan laluan yang direka dengan baik , menara tinjau dan tasik Flamingo.

Di beritahu, flamingo di sini di beri makan cencaluk dan burung ini tidur berdiri

 Di Pusat Rekreasi Tasik pula , semua aktiviti air bole di lakukan seperti memancing  , kanu dan berkayak. Di tasik ini juga merupakan habitat untuk pelbagai spesis ikan tempatan.
inilah sebahagian ' WATER FILTER ' untuk tasik Putrajaya





Taman Wetland semakin popular sebagai destinasi ecotourism dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan serta ilmu pengetahuan tentang biodiversity yang ada di taman ini dan tumpuan pemerhati burung.



Waktu operasi Taman Wetland :

Setiap hari -  Park                                        : 7 pagi hingga 7 malam

                      Nature Interpretation Centre  : 9 pagi hingga 6 petang 

PERCUMA : Tiada bayaran masuk , cuma untuk mengunakan servis dan fasiliti seperti sewa basikal , naik trem dan aktiviti air akan di kenakan bayaran.




menara tinjau


Jom terokai Taman Wetland di ;

TAMAN WETLAND PUTRAJAYA
Presint 13 , 62300 Putrajaya Malaysia.
+603 8887 7773 / +603 8873 1364
email : tw@ppj.gov.my/putrajayawetland@gmail.com

TERIMA KASIH kepada :
- Travelogue Escape 2.0 Putrajaya
- Santai Travel
- Perbandanan Putrajaya
- Taman Wetland Putrajaya
dan SEMUA yang TERLIBAT..

Sekian dari AYIE.

Comments

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.