JOM JALAN dengan FIREFLY HOLIDAY dan GoQuo


JOM JALAN dengan Firefly Holiday dan GoQuo telah dilancarkan dengan meriahnya pada 6 Disember 2018 yang lalu di The Saujana Hotel. Bertemakan " holiday mood ",Firefly Airlines melalui portal travelnya iaitu Firefly Holiday bersama GoQuo merasmikan kempen JOM JALAN disaksikan oleh tetamu-tetamu yang hadir dan sangat sporting untuk menampilkan aura ' holiday ' mereka. Ayie & rakan2 pun tak ketinggalan cuma takde 'luck' untuk menang ' best dressed' dan lucky draw....

Pelancaran JOM JALAN

gadis-gadis hula-hula...


 JOM JALAN dengan Firefly Holiday dan GoQuo ini akan memberikan anda pengalaman percutian yang berbeza melalui pelbagai pilihan , dengan kemudahan terhebat dan pakej yang berpatutan. Melalui JOM JALAN ini juga,kita boleh Do-It-Yoursef ( DIY ) apa yang anda perlukan untuk percutian mu tuan2 dan puan2.. bermula dari saat tempahan dibuat hingga anda tiba di destinasi pilihan. Anda diberi sepenuhnya ' flexibility' untuk mengatur dan memilih tempahan penerbangan, penginapan dan pengangkutan anda,

wow!!! 50% offer utk flight & hotel


Bekerjasama dengan GoQuo yang merupakan kawan baik dunia penerbangan ,GoQuo menyediakan platform dalam berskala besar dalam servisnya termasuk tempahan hotel,kereta sewa, insurans, pengangkutan ke lapangan terbang ,aktiviti percutian dan banyak lagi.




Untuk kempen JOM JALAN ini juga Firefly berkolaborasi dengan beberapa pelancongan yang berpotensi dan rakan koporat seperti pelancongan kesihatan, eco-tourism, makanan, tempat - tempat membeli-belah dan banyak lagi yang pasti memberikan lebih peluang pelancong mengenali Malaysia.

Oleh itu,, jom segera ke Facebook , Twitter dan Instagram Firefly...

Lebih info di :  www.fireflyz.com.my

JON JALAN.. JOM CUTI... JOM TERBANG.. dengan  FIREFLY

                   

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!