OUR SANRIO TIMES - BUKAN HANYA HELLO KITTY SAHAJA.


  

Hello Kitty , karakter yang tak perlu diperkenalkan lagi... kanak-kanak sehingga golongan dewasa seluruh dunia mengenali ' figura ' ini ..Karakter ciptaan SANRIO yang paling popular ini berada di Malaysia bersama kawan-kawannya yang lain dalam pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu OUR SANRIO TIMES.

Selamat Datang kepada HELLO KITTY & Friends ke Malaysia.. Para peminat karakter-karakter klasik SANRIO perlu melihat mereka di :

OUR SANRIO TIMES Kuala Lumpur Exhibition.

Date                    : 24 November 2018 to 06 December 2019

Time                   : 11am to 9pm

Vanue                 : Hall 5 , Level 5 , Quill City Mall Kuala Lumpur.


OUR SANRIO TIMES ialah pameran yang mempamerkan 13 zon untuk peminat dan pengunjung melihat sambil bergambar dengan 100 daripada 400 karakter-karakter Sanrio yang comel-comel dengan pelbagai bentuk , warna dan saiz dan buat geram kepada sesiapa yg melihat... pastinya Our Sanrio Times ini akan memutarkan kembali kenangan zaman budak-budak kita lebih2 lagi peminat Hello Kitty..



Bersesuaian dengan tema pamerannya, Our Sanrio Times tidak hanya fokus pada Hello Kitty sahaja, karakter terkenal lainnya seperti KEROPPI , PATTY & JIMMY , LittleTwinStars dan banyak lagi menanti kunjungan penggemarnya.Ada 4 special highlight dalam pameran ini iaitu 'Sanrio Village' dimana 100 karakter pilihan dikumpulkan buat pertama kali dalam pameran di Kuala Lumpur ini.
Kedua, replika beg syiling Hello Kitty iaitu cenderahati pertama keluaran Sanrio dibawakan julung-julung kalinya ke Malaysia. Peminat setia pasti takmau ketinggalan nak tengok kan... Ketiga , lebih 300 barangan vintage Sanrio yang mendapat sokongan penuh dari Sanrio Jepun dan Sanrio Hong Kong dipamerkan. Keempat , jangan korang terlepas untuk melakar sendiri karakter Sanrio dengan tunjuk ajar dari pereka Sanrio Jepun . Visual tutorial step by step ini boleh menjadi platform untuk peminat Sanrio melakar karakter pilihan mereka dengan lebih baik..



Ini lah replika beg syiling Hello Kitty iaitu cenderahati pertama Sanrio.







Tentang SANRIO.

Bila korang datang kat Our Sanrio Times ni, korang akan lebih mengenali apa itu Sanrio dan karakter-karakter ciptaan Sanrio. Sanrio ialah worldwide lifestly brand dengan philosophy " Small Gift , Big Smile" , ayat yang simple tetapi memberi makna yang besar. Siapa yang tidak suka apabila menerima hadiah walaupun kecil saiznya, tetapi tetap mampu mengukir senyuman . Sanrio terkenal dengan ciptaan karakter berbentuk haiwan yang lucu dan comel yang pasti menarik minat si kecil malahan dewasa juga tidak ketinggalan meminatinya. Sanrio telah mencapai pasaran global melebihi 109 negara dengan barangan Sanrio mereka  dan lebih 50,000 untuk barangan Hello Kitty sahaja di jual seluruh dunia setiap tahun.

OK.. itulah serba sedikit info tentang Sanrio dan pameran OUR SANRIO TIMES ni.. cepat2 jom datang tengok Hello Kitty dan teman-temannya...

Tawaran HEBAT!!!!!!!

Bermula 21 Disember , apabila anda beli 4 tiket , akan dapat RM5 vaucer cenderahati dan 2 keping Sanrio cookies FREE...

Boleh dapatkan tiket masuk di kaunter tiket di luar pameran atau di :

www.ticketcharge.com.my

Katagori Tiket :   Warganegara  = RM 33
                            Kanak-kanak dibawah 90cm FREE
                            Warga Tua & OKU = RM20
                            Bukan Warganegara   = RM 60
















ayie dengan patung Hello Kitty yang berharga rm250k







time untuk shopping barangan Sanrio di hujung pameran..




TERIMA KASIH Kepada :

- Our Sanrio Times
- Tourism Malaysia
- Alata Events and Macexpro
- Quil City Mall Kuala Lumpur

Comments

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.