Posts

Showing posts from 2019

BEAUTIFUL TERENGGANU : TERRAPURI HERITAGE VILLAGE

Image
Assalammualaikum & Salam Manis.... . TERRAPURI HERITAGE VILLAGE ialah lokasi terakhir dan tempat beradu Ayie untuk trip Terengganu kali ini. Terletak di Kg Mangkuk,Penarik, Terengganu, Terrapuri Heritage Village adalah suatu tempat istimewa dan klasik. Terrapuri Heritage Village merupakan sebuah resort peranginan yang dibina berkonsepkan pemuliharaan dan pemulihan rumah-rumah kayu klasik melayu lama. Terrapuri yang bermaksud " The Land Of Palaces " atau " Tanah Istana " ini mempunyai 29 unit vila antik yang berusia lebih dari 100 tahun dengan reka bentuk rumah warisan ini diilhamkan dari istana Terengganu pada abad ke 17. Seni bina melayu lama menggunakan kayu Cengal dan dibina menggunkan teknik " tangam " iaitu tanpa menggunakan paku. Resort warisan ini terdiri daripada rumah-rumah kayu klasik yang di jadikan tempat penginapan , galeri , bilik mesyuarat , spa , halaman , ruang makan peribadi , bilik membaca , dan kedai cenderahati.

BEAUTIFUL TERENGGANU : RUMAH BOTOL

Image
Assalammulaikum & salam manis... ' Jalang-jalang ' di Setiu di teruskan lagi ke satu rumah yang unik iaitu RUMAH BOTOL . Rumah yang terletak di Kampung Baru Penarik, Setiu, Terengganu. Sesuai dengan namanya, rumah ini tersimpan lebih 7 ribu botol di dalamnya. Marilah Ayie ceritakan menarik dan uniknya Rumah Botol ini. RUMAH BOTOL. - Pemilik Rumah Botol ini ialah Tengku Mohd Ali @ Tengku Enduk Tengku Mansur. Berumur 74 tahun dan lebih mesra dikenali sebagai Ayah Ku. - Idea untuk mengumpul botol tercetus selepas timbul rasa bimbang terhadap pengunjung pantai akan tercedera akibat terkena serpihan kaca botol apabila dipecahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Menyedari jumlah botol sangat banyak, beliau kemudian mengambil inisiatif sendiri memungut botol yang dihanyutkan arus ke tepi pantai pada setiap pagi. - Ayah Ku berasa sedih melihat banyak botol hanyut di pantai dan sengaja dipecahkan menyebabkan kawasan pantai tercemar dan membahayakan

BEAUTIFUL TERENGGANU : SETIU WETLANDS

Image
Assalammualaikum & Salam Manis.... Waktu kunjungan ayie dan rakan-rakan media FAM trip  ke negeri Terengganu Darul Iman , Setiu telah menganjurkan FESTIVAL SETIU WETLANDS 2019 . Festival ini diadakan untuk memperkenalkan keunikan SETIU WETLANDS kepada masyarakat luar serta dapat menonjolkan kebudayaan setempat dan memberikan pengetahuan kepada masyarakat mengenai Setiu Wetlands. SETIU WETLANDS Ialah Tanah Bencah Setiu  ( Tanah Lembab Setiu ) yang merupakan sumber alam semulajadi yang amat bernilai kepada negeri Terengganu. Di Malaysia, hanya Setiu Wetlands mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung iaitu laut, pantai, lumpur, lagun, sungai, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau. Setiu Wetlands bukan sahaja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna serta air laut yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai. Dengan keluasan 23 ribu hektar dan memiliki 9 ekosistem, Setiu Wetlands merupakan ta

BEAUTIFUL TERENGGANU : PELADANG SETIU AGRO RESORT

Image
Assalammualaikum & Salam Manis...... Dari Besut, Ayie dan kawan-kawan meneruskan melawat bumi Terengganu dan kami ke daerah Setiu. Setiu adalah daerah Bongsu daripada tujuh daerah di negeri Terengganu Darul Iman. Tempat-tempat menarik yang Ayie kunjungi di Setiu ialah PELADANG SETIU AGRO RESORT , SETIU WETLANDS , RUMAH BOTOL dan TERRAPURI HERITAGE VILLAGE. ANTARA CHALET YANG ADA DI PELADANG SETIU AGRO RESORT Sampai-sampai di Setiu , Ayie terus check in di PELADANG SETIU AGRO RESORT. Jom baca apa yang Ayie buat dan enjoy di Peladang Setiu Agro Resort..... PELADANG SETIU ARGO RESORT. Adalah sebuah agro resort yang menawarkan penginapan chalet , kem latihan agro , tapak perkhemahan dan turut menyediakan pakej aktiviti rekreasi yang pelbagai antaranya flying fox , abseilling , jungle trekking , night walk , rafting , berkeno dan macam-macam aktiviti fizikal yang lain. Selain menginap di disini, Peladang Setiu Agro Resort juga menerima kunjungan tetamu yang datang han