MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.



Assalammualailkum dan Selamat tahun baru 2019......

Alhamdulillah masih meneruskan hidup dengan gembira di bumi Allah yang indah ini... sebelum melangkah ke tahun 2019 , Ayie dan rakan-rakan blogger dari team PROPA RANGERS telah Meet & Greet bersama kumpulan UKAY'S di sebuah restaurant yang berkonsepkan makan di dalam sungai iaitu BBQ LAMB KL KEMENSAH..

Ayie dah selalu mendengar tentang BBQ LAMB KL KEMENSAH ni, cuma takde kesempatan untuk berkunjung, oleh itu , bila team Propa Ranggers planning nak buat  MEET & GREET UKAY'S di BBQ LAMB KL KEMENSAH pada 29 disember 2018 cepat-cepat kosongkan jadual untuk merasai sendiri pengalaman makan di restauran ini dan bertentang mata dengan kumpulan Ukays yang sangat terkenal dari zaman Ayie kecil sehingga sekarang..


BBQ LAMB KL KEMENSAH

Restoran yang menggunakan keindahan alam semulajadi dan kejernihan air sungai yang mengalir sebagai tempat menjamu selera adalah idea yang unik dan pasti akan menarik minat pengunjung untuk mencuba makan di tempat ini. Deretan kerusi meja yang diletakkan di dalam sungai membolehkan pelanggan makan dengan berendam kaki di air sungai yang mengalir jernih sambil menikmati keindahan flora & fauna hutan kemensah. Terletak berdekatan dengan Kg Kemensah dan Zoo Negara , restoran Bbq Lamb KL Kemensah menyajikan makanan yang enak dalam kenyamanan alam semulajadi yang tidak jauh dari ibukota.. oleh itu, kalau nak pergi sini.. waze je.. pasti sampai..




MAKAN APA DI BBQ LAMB KEMENSAH.. ?

Seperti namanya.. menu utama di Bbq Lamb KL Kemensah ialah bbq kambing dan menu-menu lain yang dimasak secara barbeque seperti ayam , daging , itik dan makanan laut. Di hidangkan bersama nasi herba , salad , sup dan air minuman free flow... hidangan untuk vegeterain pun ade tau... So, apalagi.. jom la mai sini..Waktu sedang menjamu selera , Ayie terpikir ade ke ikan - ikan yang akan mendekati sambil menggigit-gigit manja kaki kita macam di fish spa tu.. tapi itu tidak terjadi ye.. mungkin ikan-ikan di dalam sungai tu dah tahu dengan kehadiran manusia di sungai tu, lebih baik menjauh.. takut jadi menu tambahan di Bbq Lamb KL Kemensah... heheehehe..

Sebelum anda nak makan disini , disarankan membuat tempahan terlebih dahulu , jangan ambil risiko walk in je kerana Bbq Lamb ni selalu penuh lebih - lebih lagi hujung minggu dan musim cuti.. Selain menjamu selera, Bbq Lamb KL Kemensah menyediakan tempat mandi manda untuk kanak-kanak dan dewasa. Jom makan dan mandi manda di sini..





menu2 di Bbq Lamb KL Kemensah

tengok.. ramai pelanggan sedang check booking
 dan beratur untuk tempat masing2 

MEET & GREET UKAYS..

Kumpulan UKAY'S, kumpulan yang otai yang tak perlu di perkenalkan lagi. Setiap lagu mereka pasti meletop-letop seperti ' disana menanti disini menunggu , seksa , rythm si jantung hati ' dan banyak lagi menjadi siulan sehingga kini.. Menyepi seketika, kini kumpulan Ukay,s muncul kembali dengan lagu baru dan antara lagu yang sedang hit di  youtube ialah ' Terpaksa Ku Lepaskan ' dan ' i love you , i miss you '. ya.. ya.. ya.. memang Ayie love & miss you kumpulan Ukay,s.. hehheehhh .. kepada sesiapa yang belum dengar lagu terbaru Ukay,s ni, boleh dengarkan di Youtube.. jangan lupa like & subscribe sekali ye..

Kumpulan Ukay's yg terdiri dr Ali , Amy , Tokjie dan Faiz.








kolam untuk mandi manda

inilah pemilik Bbq Lamb KL Kemensah , En Zainuddin Yatim & isteri Pn Mimie Ibrahim



Penutup kata, Ayie bersyukur dapat melalui penghujung tahun 2018 dengan kemanisan dan kegembiraan menikmati makan tengahhari di restoran Bbq Lamb KL Kemensah yang sedap dan makan semeja  pulak dengan kumpulan Ukay's yg porpular...

Untuk tempahan  dan maklumat lanjut :,

BBQ  LAMB  KL KEMENSAH
Taman Zooview 
Kampung Kemensah
67000 Ampang , Selangor

Tel / Whatsup : 012- 2114100

Fb : https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/

TERIMA KASIH untuk ,

- PROPA RANGERS
- BBQ LAMB KL KEMENSAH
- KUMPULAN UKAY,S
- LP PRODUCTION
- RAKAN2 BLOGGER



Comments

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA