Posts

Showing posts from March, 2019

DORAEMON & RAKAN-RAKANNYA DI GATEWAY@KLIA2

Image
Peminat Doraemon boleh menyaksikan 30 patung figura mega Doraemon pada saiz manusia, serta boleh membeli pelbagai jenis cenderahati termasuklah cenderahati edisi terhad di POP -UP STORE di GATEWAY@ KLIA2. Doraemon , karekter manga jepun yang sangat terkenal di seluruh dunia dan mempunyai begitu ramai peminat dari pelbagai lapisan umur kini membuat kemunculan sulung di pusat membeli-belah dalam lapangan terbang terbesar di Sepang iaitu Gateway@klia2.  Doraemon Pop-up Store ini akan dibuka di lapangan terbang bertaraf dunia itu dari 7 Mac hingga 28 April 2019. Masuk adalah percuma dan ia dibuka untuk pengunjung umum dan untuk menyatukan peminat Doraemon serta memberikan suasana keajaiban dan kegembiraan di kalangan pengunjung. Pusat membeli - belah Gateway@KLIA2 di pilih kerana ia adalah kompleks berpengunjung ramai , menyambut lebih daripada 25 juta pengunjung di terminal penerbangan kos rendah terbesar di dunia. Pop-up Store mega ini adalah yang pertama d

6 Fakta Menarik Filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL.

Image
Upin & Ipin , animasi buatan Malaysia yang telah mencipta fenomena seluruh negara serta di negara jiran seperti Indonesia , Brunei dan Singapura.Tahun 2009 , animasi ini mencipta satu lagi fenomena dengan sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia yang mencecah kutipan yang sangat membanggakan di seluruh pawagam. Kini setelah sedekad berlalu, Les Copaque Production kembali memasarkan filem 3D animasi keduanya bertajuk " UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL " . Jom kita baca apa yang menarik tentang filem kembar animasi nombor 1 Malaysia ini... 1- Filem " UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL " ini diarahkan oleh 3 orang pengarah muda berbakat, iaitu Adam Amiruddin ( Pengarah siri Upin & Ipin ) , Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim ( Pengarah siri Puteri ) dan Ahmad Razuri Roseli ( Pengarah siri Pada Zaman Dahulu ). Ramainya...... bukan senang 3 pengarah daripada siri-siri animasi popular ni nak bekerja dalam 1 karya, tetapi dengan seman