6 Fakta Menarik Filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL.



Upin & Ipin , animasi buatan Malaysia yang telah mencipta fenomena seluruh negara serta di negara jiran seperti Indonesia , Brunei dan Singapura.Tahun 2009 , animasi ini mencipta satu lagi fenomena dengan sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia yang mencecah kutipan yang sangat membanggakan di seluruh pawagam.



Kini setelah sedekad berlalu, Les Copaque Production kembali memasarkan filem 3D animasi keduanya bertajuk " UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL ". Jom kita baca apa yang menarik tentang filem kembar animasi nombor 1 Malaysia ini...




1- Filem " UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL " ini diarahkan oleh 3 orang pengarah muda berbakat, iaitu Adam Amiruddin ( Pengarah siri Upin & Ipin ) , Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim ( Pengarah siri Puteri ) dan Ahmad Razuri Roseli ( Pengarah siri Pada Zaman Dahulu ).
Ramainya...... bukan senang 3 pengarah daripada siri-siri animasi popular ni nak bekerja dalam 1 karya, tetapi dengan semangat " 3 idea lebih baik dari 1 idea " maka terhasillah filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal yang BEST dan MENYERONOKKAN . 




2- Asyiela Putri Azhar iaitu pelakon suara Upin & Ipin masih tetap di kekalkan dan diberitahu sekiranya suara beliau berubah, peluang untuk beliau menjadi watak utama mungkin sukar dan Alhamdulillah... walaupun menunggu 5 tahun untuk filem ini di siapkan, suara Asyiela Puteri tetap
' maintain ' suara comel Upin & Ipin . Filem " Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal " ini juga dibintangi oleh Ahmad Mawardi Abdul Rahman , Mohd Amir Asyraf dan penyanyi Erni Zakri dan Fakhrul Razi. Oleh itu , jom tengok filem ini dan ia pasti mengubat kerinduan anda dengan suara - suara comel dan lucu watak - watak siri Upin & Ipin yang lain di layar perak.

ini dia si comel ASYIELA PUTERI AZHAR

Si Jarjit - MUHD HAFIZ

Ayie bersama Susanti - ADWIN SAFIE

3- Filem ini menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan dan menelan belanja hampir RM 20 juta. Oleh itu. ia diharapkan akan melonjakkan mutu industri animasi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya antarabangsa. Hasilnya, YA!!.. kepakaran anak-anak tempatan ini terbukti dalam pembikinan filem " Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal " yang menonjolkan sisi lebih kreatif , gambar yang menarik , cantik dan skrip serta penggunaan bahasa yang lebih lucu.


4- Dengan menonton filem " Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal " penonton boleh mengimbau kembali nostalgia cerita dongeng zaman kanak-kanak dan berjumpa pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Putih Bawang Merah, dan Pak Belalang yang diketengahkan dalam pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama   "Inderaloka". Dalam filem ini juga , saksikan bagaimana cerita dongeng nusantara dianimasikan dengan perwatakan baharu dan pastinya memberikan pengajaran yang sangat berguna khususnya untuk kanak-kanak.


5- Semasa menonton filem ini, kita juga akan berhibur dengan runut bunyi lagu " Buai Laju - Laju " nyanyian Erni Zakri dan " Keris Sakti " nyanyian Fakhrul Razi yang merupakan OST bagi filem " Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal ". Skor muzik asal dan runut bunyi ini dirakam semula dalam bentuk orkestra di Boston dan Prague.



6- Filem " Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal " mengangkat Keris sebagai tema utama penceritaan setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah iaitu Keris Panjang Beruk Berayun yang menjadi salah satu alat kebesaran dan simbol kedaulatan Sultan Selangor. Untuk filem ini, nama keris telah ditukar dan kerana kesaktian  keris inilah yang membawa Upin & Ipin bersama rakan-rakan mengembara ke Inderaloka dan bertemu watak -watak dongeng yang lain dan membantu mereka menentang Raja Bersiong. Bagaimana kesudahan pengembaraan mereka, anda tengok la sendiri...



 Menunggu tayangan pada 21 Mac 2019  yang selari dengan musim cuti sekolah," Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal " diharapkan dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga.Ini kerana siri " Upin & Ipin" itu sendiri diminati oleh semua lapisan masyarakat dari kanak -kanak , ibubapa , sehinggalah atok dan nenek. Ayie yang menonton filem ini pun dah ketawa kelucuan sedari awal filem melihat kecomelan Upin & ipin dan rakan-rakan .


Akhir kata, marilah menonton filem" Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal " bermula pada 21 Mac 2019 di pawagam seluruh negara dan sama -sama menyokong industri filem animasi tempatan malah dapat mengisi hari cuti sekolah dengan lebih gembira.

#upinipin
#kerisiamangtunggal
#lescopaque

FB : https://www.facebook.com/rahimah.zainal.18

IG : https://www.instagram.com/rahimah.zainal

Comments

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.