Posts

Showing posts from May, 2019

LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA

Image
Assalammualaikum dan selamat berpuasa... Tanggal 17 May 2019 yang lalu , Ayie dan rakan -rakan telah menginap di LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA . Penginapan 3 hari 2 malam itu sangat menghiburkan walaupun berada di bulan Ramadan yang mulia ini. Lotus Desaru Beach Resort & Spa terletak di Bandar Penawar, Johor Darul Takzim ini ialah resort pantai yang berada di sepanjang pantai timur hujung selatan Johor. Perjalanan kami ke resort ini mengambil masa kira-kira 5 jam dari terminal bas TBS Kuala Lumpur ke Terminal Bas Bandar Penawar ,Johor. Pada waktu kami naik Bas Ekpres Maraliner ke situ, penumpang tak ramai dan terasa macam dah nak balik kampung untuk beraya dan umpama bas itu kami yang punya.hahaahaaa..   Sampai di terminal bas Bandar Penawar, kami telah di tunggu oleh wakil Lotus Desaru Beach Resort & Spa untuk membawa kami ke resort. Jarak resort dari terminal bas tak lah jauh, sekitar 4km tetapi kalau jalan kaki mau pengsan ooo.. lagi-lagi dalam bulan

BERBUKA PUASA SELERA RAMADAN DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA.

Image
Assalammulaikum dan Salam Sayang semua.... Baru- baru ini Ayie telah menginap di LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA bersama rakan-rakan dan sekaligus merasai juadah berbuka puasa yang telah mereka tawarkan. Bufet Ramadan yang diberi nama SELERA RAMADAN ini menyediakan hidangan berbuka puasa yang enak dengan suasana permandangan Pantai Desaru.. Sila baca lebih lanjut dan cuci mata dengan menu-menu yang Ayie rakamkan semasa Ayie ' mamam ' di Selera Ramadan di Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Bufet Ramadan ini takde la banyak sangat pilihan menunya tetapi cukup untuk kita makan dengan puas dan sesuai dengan harga yang ditawarkan. Jom kita tengok... Ruangan Hidangan Utama.. Ruangan Hidangan Masakan India... Kaunter Bakar-bakar.. Station MEE.. Deretan Pencuci mulut.... Rojak Buah , Ulam ulaman & Asam-asaman... Pilihan Minuman dan buah-buahan...