IFTAR WARISAN KAMPUNG @ MOVENPICK KLIA.


tersergam indah Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA


Ramadhan tiba ... Ramadan tiba...Ramadhan tiba..
Marhaban ya ramadhan .. Marhaban ya ramadhan....

Mendengar lagu nyanyian Opick ini berkumandang di corong radio membuatkan hati Ayie tak sabar nak menyambut bulan suci ini dan menunaikan ibadah puasa dengan sesempurnanya...

Dalam kita berpuasa , pastinya waktu berbuka yang paling ditunggu-tunggu setelah seharian menahan lapar dan dahaga. Waktu berbuka , alangkah indahnya dapat berbuka bersama keluarga , rakan -rakan dan mereka yang disayangi serta menjamu makanan yang enak-enak.. ohh indah nya ramadhan.. 

Memeriahkan lagi bulan suci ramadhan ini , Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA menawarkan masakan kampung asli yang pastinya menggamit memori dan membangkitkan selera. Kepada penggemar bufet ramadhan, harus mencuba bufet ramadhan di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA kerana ia adalah bufet ramadhan pertama mereka semenjak di buka pada Oktober 2018 dan merupakan hotel milik Tabung Haji. Disediakan oleh chef-chef berpengalaman yang diketuai oleh master chef  Executive Chef Sudirman Wan Mansor , juadah berbuka puasa yang pertama kali ini bertemakan " Iftar Warisan Kampung @ Movenpick KLIA ". 


antara chef2 yg bertanggujawab untuk Iftar Warisan Kampung @ Movenpick KLIA

Iftar Warisan Kampung @ Movenpick KLIA menyajikan hidangan bufet yang mewah dengan lebih daripada 120 masakan tempatan asli, menjanjikan pengalaman bersantap yang luar biasa untuk semua. Ditanya kenapa memilih warisan kampung , Raja Murni Baharuddin selaku Marketing & Communication Manager berkata , " rakyat Malaysia khususnya orang melayu pasti akan mencari masakan melayu sebagai pilhan utama kita waktu berbuka puasa. " ermmm betul jugak.. Ayie pun sendiri akan memilih nak makan masakan kampung ' time ' nak berbuka.. jarang-jarang dan kadang -kadang je nak makan cuisine yang lain.. masakan kampung tetap di hati.. hehehee 

mengikut tema  - warisan kampung
suasana di Temasya


Bertempat di ruangan yang  bernama Temasya , Iftar Warisan Kampung @ Movenpick KLIA ini meyambut anda dengan banyak bahagian-bahagian makanan dan 'hawker stalls' makanan tempatan yang menunggu masa untuk dijamah.
Pelbagai jenis masakan melayu popular seperti Rusuk Kambing Masak Kurma, Udang Masak Lemak Cili Api dan Belimbing Besi, Sambal Udang Petai, Asam Pedas Ekor Sapi, Rendang Kambing, Rendang Tok, Serunding dan banyak lagi .Tidak lupa juga pelbagai kerabu seperti Kerabu Perut, Kerabu Nangka, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Daging, dan Kerabu Ayam.

Lebih lagi gambar - gambar hidangan di :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2564334730263092&id=100000597709689







Jalan-jalan la di dalam Temasya dan pastinya anda akan singgah di bahagian seperti " Chef Istimewa Gulai Kawah & Kari Kepala Ikan " ," Mamak Kaunter " untuk Roti Canai , Murtabak, Roti Telur dan Pasembor Padang Kota serta Tandoori dan kaunter " Noodle & Yong Tau Foo " untuk Mee Kari George Town , Bihun Sup Utara , pelbagai Yong Tau Foo , Mee Goreng Mamak  dan Penang Char Kway Teow.
Jangan lupa , untuk melihat di luar Temasya kerana menu seperti Rusa Golek , Nasi Arab , Ikan Bakar, Sate , Otak -otak Kempas , Seafood dan lain-lain turut ada untuk penggemarnya. 






Untuk pencuci mulut dan minuman pula, Puding Roti , pelbagai bubur seperti Bubur Cha-cha, Bubur Kacang Hijau , Bubur Pulut Hitam, Pengat Pisang dan beraneka kuih muih melayu tersedia untuk di nikmati. Air minuman yang selalu kita cari di bazar ramadan seperti Air Tebu, Air Soya, Air Bandung, Air Teh Bunga, Air Jagung, Air Cincau , Air Sirap Selasih pun ade disamping kopi , teh dan Nescafe. Ais Kacang Istimewa , Cendol Chowrasta dan ais krim pun ade...




Cukup setakat ini tentang sebahagian bufet Iftar Warisan Kampung @ Movenpick KLIA , tak larat nak tulis semua lebih 120 menu yang ade.. Tempah dan rasai sendiri.. Ada menu-menu popular yang akan dihidangkan setiap hari dan selebihnya di tukar setiap hari untuk pengunjung merasai kepelbagaian menu yang berbeza-beza untuk setiap kunjungan.

Hanya dengan sedikit berjalan kaki, pengunjung boleh menunaikan solat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA atau solat di surau yang tersedia di Movenpick Hotel & Covention Centre KLIA.

Masjid Sultan Abdul Samad sebelah Movenpick hotel

Berikut ialah detail-detail untuk Iftar Warisan Kampung @ Movenpick KLIA :

~ Harga     :  RM 125 Nett per dewasa.
                     
                     RM 63 Nett per kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.

                     5 tahun kebawah Free.

                     Warga emas, iaitu 60 tahun keatas, akan menikmati speacial diskaun.

~ Tarikh     : Bermula 8 May hingga 2 Jun 2019.

~ Waktu     : 6.30 petang hingga 10.30 malam.

** Pemegang kad Maybank dan Bank Islam akan menikmati 20% diskaun dari harga asal.

Untuk semua tempahan,  'private buka puasa gathering ' , ' private dinner packages' dan 'Ramadhan Meeting Packages' , sila hubungi :

Tel     : +603 8661 8661 ext. 8728

hotel.klia.sales@movenpick.com

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berbuka Puasa di Iftar Warisan Kampung @ Movenpick KLIA....

TERIMA KASIH kepada :

~ Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.

~ Tourism Selangor.

Dan semua yang terlibat..

Comments

  1. Semua bufet sgt istimewa dan menyelerakan utk berbuka puasa,kak blm sampai lg di sini.

    ReplyDelete
  2. Rasa nak tidur sini lagi lah..bestkan

    ReplyDelete
  3. Terimakasih atas pencerahan..lebih menarik jika ada durian..boleh campur dengan cendol atau bubur kacang hijau

    ReplyDelete
  4. Terimakasih atas penjelasan..lebih menarik lagi jika ada durian..boleh campur dgn cendol, bubur kcg hijau atau ABC.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.