Kepelbagaian Menu Buah Naga di Ladang HL Sepang.


Assalammualaikum dan Salam Sayang..

Sempena kempen Melawat Sepang 2020 akan datang, Ayie nak kongsi satu tempat yang menarik dan sedap di daerah Sepang ni. sedap??? iya... yang menarik nya tempat ini merupakan ladang penanaman buah naga di daerah Sepang dan yang sedapnya ialah di ladang ini ada sebuah kafe yang menawarkan pelbagai menu enak dari buah naga.



Selamat datang ke Ladang HL . Ladang buah naga yang terletak di Bagan Lalang Sepang ini menanam dan menjual buah naga. Di sampaing itu, di dalam Ladang HL ini ada sebuah kafe yang membolehkan kita merasai menu-menu yang berasaskan buah naga. Menu seperti Roti King Kong atau Jambo Bun yang menjadi menu utama , Mashed Potato with Dragon Fruit Sauce dan Jus Segar Buah Naga. 


Inilah dia menu utam di kafe Ladang HL iaitu ROTI KINGKONG , roti dari buh naga yang di berbentuk bun dan didalamnya ada kari ayam yang boleh dimakan bersama roti.

Mashed Potato with Dragon Fruit Sauce



Haa... ni dia jus segar buah naga yang segar dari ladang 


Buah naga atau di Asia, ia dikenali sebagai ' dragon fruit ' kerana rupa bentuknya seperti naga. Ia tanaman yang semakin mendapat perhatian untuk ditanam secara komersil di negara ini. Buah naga merupakan salah satu jenis buah eksotik yang memiliki rasa manis dan segar. Selain rasanya yang segar dan nikmat untuk di nikmati, buah yang satu ini diketahui memiliki berbagai khasiat untuk tubuh dan kecantikan diri. Di daerah Sepang sahaja ade beberapa ladang buah naga ini. Salah satu nya di Ladang HL ini.


Di Ladang HL ini, kita boleh melawat ladang buah naga untuk melihat pokok buah naga dengan lebih dekat dan membeli buah naga segar dari ladang. Selepas itu, jangan lupa untuk masuk ke kafe dan rasailah jus segar buah naga dan menu-menu berasaskan buah naga yang lain.



 



Oleh itu , sekiranya anda di Sepang, jangan lupa kunjungi Ladang HL ini di alamat :

HL RESTAURANT & CAFE
Lot 7608, Jalan Bating Port Dickson,
64000 Sepang, Selangor.

Tel : 012- 314 172  ,  012- 7906063

TERIMA KASIH  kepada :

~~ Ladang HL 
~~ Tourism Selangor 
~~ Tourism Malaysia
~~ Majlis Perbandaran Sepang

Sekian... Salam Sayang..


Comments

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.