KOLEKSI BAJU RAYA JAKEL 2019 & SHOPPING ONLINE DI JAKELSTORE.MY


 Assalammualaikum dan Salam Ramadan semua... macam mana puasa anda ? Semoga mendapat lebih keberkatan di bulan mulia ini. Macam mana pulak dengan persiapan raya? baju raya, kuih raya dan semua kelengkapan raya beli kat mana?dah nama nya raya, tak sah kalau tak shopping raya, lebih-lebih lagi baju raya, baju raya tahun ni nak warna apa? nak fesyen apa? nak baju kurung ke? kebaya moden ke? baju melayu cekak musang ke? baju melayu teluk belanga ke? kurta ke? nak sedondon dengan yang tersayang ke? macam-macam la.. semua nya tentang raya.

JAKEL, memeriahkan lagi kempen raya tahun ini dengan mengeluarkan pelbagai koleksi raya penuh dengan variasi rekaan dan warna. Jualan hebat aidilfitri ini berlangsung di semua cawangan Jakel di seluruh negara, So, kunjungi la cawangan Jakel yang berhampiran dan rebut la tawaran hebat Jakel ini.


Seperti yang tahun-tahun yang sebelumnya, Jakel masih mengekalkan duta-duta raya Jakel seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari , Lara Alana, Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar, Ayda Jebat, Upin Ipin dan penampilan sulung Abam Bocil sebagai duta jakel yang baru.


REVOLUSI ZIP DI SISI TEPI & KEDUA BELAH LENGAN.

Tradisi kita orang melayu akan memakai baju melayu dan baju kurung di pagi Aidilfitri. Koleksi-koleksi baju melayu dan baju kurung daripada duta-duta Jakel direvolusikan dan diberikan sentuhan eksklusif. Penambahan kepada perincian turut diberikan apabila ianya mempunyai zip di bahagian sisi tepi baju ( pesak ) dan juga di kedua belah lengan.
Oleh itu, mudah lah kita nak amik wuduk dan basuh pinggan bila ade zip ni.. tak payah lipat-lipat, zip kan ade...

BELI-BELAH ONLINE DI  JAKELSTORE.MY

Kepada yang tak berkesempatan dan tak mau bersesak di gedung Jakel, pertama kalinya Jakel telah membuka jualan secara atas talian ( online ). Atas permintaan ramai pelanggan , Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk orang ramai mendapatkan produk Jakel dihujung jari. Kesemua produk-produk Jakel kali ini boleh di beli menerusi laman jualan online iaitu www.jakelstore.my


 Koleksi baju melayu Aaron Aziz masih mengekalkan ciri baju melayu klasik dan sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna. Koleksi Nabil Ahmad pula direvolusikan dengan perincian zip di sisi baju dan pergelangan tangan dan masih mengekalkan konsep moden kotemporari iaitu berpotongan  slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.
 Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan , warna dan kualiti pabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan kenyakinan macam Awal Ashaari.

 Koleksi Hairul Azreen pula diperkemaskan dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar terdapat potongan teluk belanga serta Kurta yang menggunakan fabrik cotton berkualiti dan dilengkapi dengan detailing poket.

 Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk baju melayu " plus size " untuk mereka yang bersaiz besar. so, kepada mereka yang berbadan besar tu, dapatkan koleksi baju melayu anda di Jakel dan beraya dengan yakin macam Abam Bocil.


Koleksi - koleksi baju kurung Jakel berkonsepkan kurung moden. Ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita bekerjaya yang inginkan penampilan ceria , modern dan mesra media sosial di musim lebaran ini.

 Oleh itu, apa tunggu lagi, kunjungilah Jakel dan pilih lah koleksi baju raya yang ingin anda gayakan di Aidilfitri ini. Awal puasa pun Jakel dah ramai orang, inikan pulak menjelang hari raya nanti.





Bersempena Jualan Hebat Aidifitri yang berlangsung bermula 27 April sehingga malam raya, Jakel telah memberikan potongan harga yang istimewa dan jualan ' happy hour ' kepada semua pelanggan. Maka, sila lah follow dekat-dekat semua media sosial Jakel.

Selamat Berbelanja di JAKEL....

Website : www.jakel.my
Website Jakel Store : www.jakelstore.my
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.