LITAR ANTARABANGSA SEPANG ( SIC ) bukan hanya sekadar litar lumba..


Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dibuka secara rasmi pada 9 Mac 1999 oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke -4 ketika itu. SIC telah mencatat sejarah sebagai litar lumba kereta Formula Satu ( F1 ) dunia pertama di Rantau Asia Tenggara. F1 mempunyai prosuder perlumbaan yang unik, menyeluruh dan menarik bagi menjadikannya acara sukan bermotor paling berprestij yang diminati diseluruh dunia. Selain F1, MotorGP adalah acara besar setiap tahun yang berlangsung di SIC ini dan mengumpul ratusan ribu peminat seluruh dunia disamping perlumbaan permotoran yang lain.


SIC dibina dalam kawasan seluas 260 hektar dan mempunyai kawasan litar sepanjang 5,542km, juga menjadi arena kepada sukan go-kart, motorcross dan reli kereta. SIC turut menyediakan tempat duduk berbumbung pertama dunia yang mampu menampung sejumlah 75,000 penonton.

Tempat bermulanya setiap perlumbaan

Lokasinya terletak 85km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) dan amat sesuai di jadikan sebagai medan kepada pelbagai acara antarabangsa.


Litar ini dihubungkan secara elektronik yang dipantau dari bilik kawalan pusat perlumbaan iaitu Race Control Room. Setiap kejadian yang berlaku di litar direkodkan dari kamera yang di pantau oleh petugas sewaktu acara sedang berlansung. Sebagai langkah keselamatan, pusat perubatan yang lengkap sebagai sebuah hospital mini dibina bagi menangani sebarang kemungkinan yang berlaku. Litar Sepang adalah litar perlumbaan ketiga negara yang diberi pengiktirafan medan perlumbaan peringkat antarabangsa selepas Shah Alam dan Litar Pasir Gudang di Johor.


Hibiscus Towera adalah landmark utama SIC


Line - line putih di dalam litar ini lah dimana kereta atau motosikal pelumba beratur untuk memulakan perlumbaan 

On Your Mark , Get Set , Goooooo 

Kawasan ini di sebut ' Gravel Bed ' yang berfungsi untuk memberhentikan kereta atau motosikal yang 'overshoot ' atau terbabas semasa perlumbaan.

Kawasan tempat duduk penonton yang berbumbung
Sewaktu acara perlumbaan besar seperti MotorGP khususnya, kawasan rumput hijau tak kan kelihatan kerana dipenuhi oleh penonton
Di kawasan litar inilah seorang rider motorGp Itali iaitu Marco Simoncelli terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia semasa berlumba. Sebuah monumen kecil di bina untuk memperingati mendiang.
Paddock Club
 
Klinik SIC : Waktu hari biasa, klinik ini di buka untuk orang awam khususnya yang tinggal berhampiran kawasan SIC untuk mendapatkan rawatan. Waktu acara besar seperti F1 dan MotorGP, barulah klinik ini di tutup pada orang awam untuk memberi ruang kepada acara besar tersebut dan pada waktu itu juga, semua doktor-doktor pakar akan berkumpul di klinik ini untuk memberikan rawatan terbaik.

Perkhidmatan yang disediakan di Klinik SIC




Race Control Room : Semua yang berlaku di dalam litar semasa perlumbaan akan di pantau dan direkodkan di bilik ini. Bilik yang di lengkapi banyak cctv untuk memantau setiap apa berlaku dan di pantau oleh petugas-petugas yang bertauliah dan profesional.  


Di sinilah semua media berkumpul untuk menyalurkan semua berita dan keputusan setiap perlumbaan.

Muzium Automobil yang boleh kita kunjungi untuk mengetahui sejarah dan semua info tentang dunia automobil negara.


IMPIAN KE MOTORGP : SIC juga menawarkan program untuk anak muda yang berbakat untuk menjadi pelumba profesional. Oleh itu, kepada anak muda di luar sana yang berminat , jangan lepaskan peluang ini. 


Itulah serba sedikit tentang Litar Antarabangsa Sepang  ( SIC ) yang dapat Ayie kongsikan. Sekiranya anda berpikir yang SIC hanya akan digunakan untuk acara-acara besar seperti F1 dan MotorGP anda silap, kerana di SIC adalah tentang penyewaan fasiliti. Semua tempat di kawasan SIC ini di buka untuk disewa. Sebagai contoh, Trek di sewa untuk tempat menguji jentera seperti kereta, motosikal dan  tayar baru sebelum di pasarkan. Kawasan parking SIC juga disewa antaranya untuk mengadakan sesi latihan tertentu. Selain acara- acara perlumbaan besar dan kecil, SIC juga pernah di sewa untuk majlis perkahwinan dan hari keluarga koporat malah setiap untuk tahun ini sahaja, 94 peratus ruang di SIC ini sudah penuh di tempah. SIC juga menyediakan pakej untuk orang ramai sekiranya berminat untuk melakukan ' tour ' di dalam Litar Antarabangsa Sepang ini.

Litar Antarabangsa Sepang adalah kebanggaan Malaysia dalam menyediakan semua kemudahan fasiliti sukan permotoran yang berprestij tinggi dan penganjur kejohanan sukan bermotor antara yang terbaik di dunia. Malaysia Boleh!!

Sempena kempen melawat Sepang #VisitSepang2020 , Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi lebih dikenali di seluruh dunia.

www.sepangcircuit.com

Tel : +603 - 8778 2222

TERIMA KASIH kepada :

~~ Sepang International Circuit ( SIC )
~~ Tourism Selangor
~~ Majlis Perbandaran Sepang

Sekian.. Salam Sayang..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!