LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA


Assalammualaikum dan selamat berpuasa...

Tanggal 17 May 2019 yang lalu , Ayie dan rakan -rakan telah menginap di LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA. Penginapan 3 hari 2 malam itu sangat menghiburkan walaupun berada di bulan Ramadan yang mulia ini.

Lotus Desaru Beach Resort & Spa terletak di Bandar Penawar, Johor Darul Takzim ini ialah resort pantai yang berada di sepanjang pantai timur hujung selatan Johor. Perjalanan kami ke resort ini mengambil masa kira-kira 5 jam dari terminal bas TBS Kuala Lumpur ke Terminal Bas Bandar Penawar ,Johor. Pada waktu kami naik Bas Ekpres Maraliner ke situ, penumpang tak ramai dan terasa macam dah nak balik kampung untuk beraya dan umpama bas itu kami yang punya.hahaahaaa..
 


Sampai di terminal bas Bandar Penawar, kami telah di tunggu oleh wakil Lotus Desaru Beach Resort & Spa untuk membawa kami ke resort. Jarak resort dari terminal bas tak lah jauh, sekitar 4km tetapi kalau jalan kaki mau pengsan ooo.. lagi-lagi dalam bulan puasa ni.. hehhehee Pihak resort ada menyediakan servis jemput dan hantar dengan kadar yang minimum atau boleh juga naik teksi angkaran harga rm10-rm15.

Selamat Datang ke Lotus Desaru Beach Resort & Spa " The resort for all reasons " .....

Wakil resort terus bawa Ayie dan rakan-rakan ke lobi utama untuk urusan check-in dan bila semua sudah selesai, inilah masanya kami nak lihat bilik yang akan kami inap sepanjang kami di sini. Penginapan di sini di bahagikan kepada beberapa blok bangunan. Kami menginap di blok C dan kami naik perkhidmatan Buggy Car yang disediakan untuk ke blok kami. Malas nak memenatkan diri waktu bulan puasa ni.. hehee..Jom lihat seperti apa penginapan kami...




PENGINAPAN DI LOTUS DESARU BEACH RESORT :

Penginapan di resort ini mempunyai 700 bilik dan apartment yang bercirikan satu , dua dan tiga dan empat kamar tidur. Untuk Ayie dan kawan-kawan yang total 6 orang, kami di beri apartmen dengan 3 bedrooms. 1 bilik dengan katil king saiz , 1 bilik katil queen saiz dan 1 bilik dengan katin twin. Semua apartmen lengkap dengan ruang tamu, tv dengan 27 channels, penyaman udara , wifi, pengering rambut dan dapur yang ada peti sejuk, microwave dan sesetengah apartment mempunyai balkoni yang membuatkan kita seperti berada di rumah sendiri.





AKTIVITI - AKTIVITI DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA :

Bila dah dapat tempat beradu yang selesa dan menarik, takkan nak memerap dalam bilik saje. Rugilah kerana di resort ni, banyak aktiviti - aktiviti dan tempat-tempat yang kita boleh buat dan enjoy. Antaranya ialah...:

- WATER PARK

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan merasai sendiri keseronokan mandi -manda dan bermain gelonggsor air di water park yang ada di Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Untuk ibubapa, inilah adalah salah satu tempat yang bagus dan sesuai untuk bercuti dengan anak-anak kerana kanak-kanak mana yang tak suka mandi manda di water park kan.? bangun tido, terjun water park , mandi sampai biru dan kalau tak puas , esok sambung lagi... Biasanya kalau anda menginap di resort ini, water park ini sudah termasuk dalam pakej anda dan jangan lupa minta " wristband " water park baru boleh mandi.




- MANDI LAUT & REKREASI AIR

Kedudukan Lotus Desaru Beach Resort & Spa berada di pinggir Pantai Desaru dengan pantai berpasir putih dan menghadap lautan biru serta di kelilingi pokok rhu dan palma pastinya memberikan permandangan yang indah. Bersiar-siar di tepi pantai dan mandi laut atau mencuba aktiviti-aktiviti air yang disediakan pihak resort seperti jet ski dan berkayak pasti membuatkan percutian anda di sini sangat mengujakan.




- AKTIVITI INDOOR & OUTDOOR 

Lotus Desaru Beach Resort & Spa menawarkan banyak aktiviti - aktiviti indoor dan outdoor yang boleh pengunjung cuba dan pastinya anda tak kan kebosanan sepanjang menginap di resort ini. BeachVolleyball , Sandy Football , Bicyle / Tandem Bike , Paintball , Archery , Carrom , Ping Pong , Face & Batik Painting , Arcade Games dan banyak lagi menanti anda di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.


RUANG MAKAN & HIBURAN

Tak lengkap penginapan di Lotus Desaru Beach Resort & Spa sekiranya tidak merasai makanan yang di tawarkan. Resort yang satu ini mempunyai 3 ruang makan utama iaitu TERATAI COFFEE HOUSE , SEA VIEW RESTAURANT dan RHU SEAFOOD RESTAURANT & BEACH HUT yang menyediakan menu-menu masakan yang sedap dan menyelerakan serta BBQ pun ada.
Bilik karaoke untuk anda menyumbangkan suara pun ada.



BANQUET , METTINGS & SPA

Resort ini dilengkapi dengan Ballroom yang boleh memuatkan 500 orang dalam satu masa dan ruang mesyuarat yang lengkap dengan semua kemudahan yang di perlukan.

LOTUS SURIA AYURVEDA SPA ialah spa yang harus dikunjungi oleh penggemarnya. Spa ini bercirikan spa dari sains kesihatan tradisional India dan menawarkan pelbagai rawatan unik dan di uruskan oleh therapists yang berpengalaman.



LOTUS SEAVIEW BEACH RESORT & SPA PENGERANG

Resort ini adalah satu lagi resort yang boleh anda pilih untuk bercuti yang terletak di Pengerang. Jarak resort ini dengan Lotus desaru beach resort & spa kira-kira 25km iaitu anggaran dalam 20 minit pemanduan. Resort ini tidak seluas Lotus Desaru dan resort ini lebih privasi dan pemandangan ke arah laut lebih dekat saujana mata memandang.


Lotus Seaview Beach Resort & Spa mempunyai beberapa jenis bilik-bilik yang boleh dipilih iaitu :
- 2 bed room suite ocean
- superior king ( view )
- superior king
- deluxe king ( view ) 
- deluxe king
- standard king









Begitulah apa yang boleh Ayie tuliskan pengalaman dan info yang ayie dapat masa bercuti dan menginap di Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Resort ini memang harus dimasukkan dalam list tempat percutian anda dan kalau ada umur panjang dan rezeki pasti Ayie akan kesini lagi bersama keluarga tersayang pula.


Alamat   :  Lotus Desaru Beach Resort & Spa
                        Lot 1854,  Jalan Desaru Bandar Penawar, 
                  81930 Kota Tinggi,  Johor. Malaysia
 
 Tel  : 607 8842800       Fax  :  607 8842998
  Email  :  rsvn@lotusdesaru.com

  website   : www.lotusdesaru.com


Alamat  :  Lotus Seaview Beach Resort Sdn Bhd
                 Tanjung Punggai,  Sungai Rengit
                  81620  Pengerang, Johor. Malaysia

Tel   :   607 8781881   Fax  : 607 8781818
 
  www.lotusseaview.com.my

Terima Kasih kepada LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA dan LOTUS SEAVIEW RESORT & SPA PENGERANG.

Sekian.. Salam Sayang..
AYIE.



 
 

Comments

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.