MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE KLIA : Hotel Mewah Milik TABUNG HAJI


Assalammualaikum dan Salam Manis....

Sebelum bangunan ini siap dibina , Ayie dah sedia maklum yang apabila ia telah siap, bangunan tersebut adalah Kompleks Tabung Haji. Kurang tahu pula ade hotel dan convention centre juga di situ..Apabila menerima jemputan dari Tourism Selangor untuk kempen #VisitSepang dan #discoverselangor bersama Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA maka peluang tersebut ibarat bulan jatuh ke riba... Teruja nak melawat dan menginap ke hotel ini.

Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA ialah hotel milik Tabung Haji dan diurusakan oleh Movenpick. Hotel yang tersergam megah ini berada dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2 ( KLIA1 & KLIA2 ), 7 minit dari Litar Sepang ( SIC ) dan hanya 5 minit dari tempat shopping Mitsui Premium Outlet. Hotel yang terdiri daripada convention centre yang lengkap ini memberi inspirasi dengan menawarkan tempat untuk pelancong korporat dan pelancong lainnya untuk merasai kemudahan dan keselesaan untuk menginap , bertemu serta berhubung.

Jom baca lebih lanjut pengalaman Ayie di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA..



Selamat Datang..... inilah lobi utama untuk menyambut ketibaan tetamu di Movenpick Hotel dan di belakang Ayie ialah kaunter check -in dan petugas-petugas yang mesra sedia membantu anda.. 

SIRA , kafe yang berada di ruang lobi ini adalah kafe untuk tetamu menikmati pilihan minuman tempatan dan antarangsa , menghirup aroma kopi, teh istimewa, jus-jus segar dan pastri yang enak. Di sini la meeting point kami sebelum memulakan agenda kami yang lain.

belanja gambar satu...

Bilik- bilik di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA :

Hotel ini menyediakan 333 bilik dan suites yang memberikan keselesaan peribadi yang lengkap dengan bilik air yang besar, perabot yang mewah dan pemandangan luar tingkap yang membolehkan tetamu menginap dengan aman dan relaks. Dari bilik Superior King , Superior Twin, Deluxe King, Executive King, Executive Suites hingga Presidential Suite , Movenpick Hotel komited untuk menyantuni semua tetamunya...

Beginilah susunan kamar-kamar beradu di hotel ini..

Salah satu bilik di Movenpick Hotel yang pemandangan luar tingkapnya Masjid Sultan Abdul Samad KLIA




taraaaaaa... inilah kamar beradu kami ....cantik kan...




Restoran & Lounges di Movenpick Hotel & Convention Centre ..:

Rasai dan nikmati makanan enak tempatan dan seluruh Malaysia dalam 5 restoran dan lounges yang ada di hotel ini dan di beri nama-nama yang unik dan klasik seperti di TEMASYA , BARA , SIRA , REDUP , BERANDA dan Poolsite Bar.

TEMASYA

Temasya ialah  ' signature venue ' untuk hotel Movenpick yang menawarkan pelbagai jenis makanan dari Melayu, Cina, Eropah dan Mediteranian yang di masak oleh chef-chef berpengalaman . di sini juga adalah tempat untuk IFTAR WARISAN KAMPUNG @MOVENPICK KLIA yang pertama kali dan tempat sarapan untuk penginap hotel.





Ayie di pintu masuk TEMASYA





Bersukan dan Riadah ..

Segarkan dan aktifkan diri anda di Movenpick hotel Klia dengan pelbagai fasiliti sukan yang disediakan seperti gelanggang tenis , gymnasuim dan berenang di kolam renang. Kolam renang yang berasingan lelaki dan perempuan pasti nya memberikan keselesaan yang lebih khususnya kepada tetamu muslim.





Tak sempat main tenis, kami berzumba je.. yang penting , foto dulu sebelum keluar peluh..



Corporat Meetings & Events..:

Melihat pada nama hotel ini yang tertera perkataan convention centre pastinya ia menyediakan kemudahan konvensyen dan sememangnya Movenpick hotel adalah pilihan yang ideal untuk semua majlis termasuk majlis koporat, perkahwinan, mesyuarat dan sebagainya tak kira majlis besar atau kecil. Kecanggihan fasiliti di konvensyen ini serta ruangan yang luas lagi menarik pasti memberi kepuasan.








Chocolate Hour & Healthy Shots..:

Waktu anda menginap di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA , pastikan anda tidak lupa untuk merasai keenakan dan kemanisan coklat dan Pastri dalam segmen ' Chocolate Hour ' setiap hari di antara 5 petang hingga 6 petang. Tidak ketinggalan juga untuk minum minuman yang disediakan untuk kesihatan dan kesegaran iaitu ' Healthy Shots ' yang disediakan waktu awal pagi semasa sarapan di Temasya.

Chocolate Hours.. nyummm..nyummm







Inilah dia ' Healthy Shots '



Lain-lain perkhidmatan dan fasiliti yang ada..:

  ~~ Airport Transfer : PERCUMA untuk tetamu yang menginap untuk setiap 2 jam dr 4 pagi hingga                                        12 malam.

  ~~ Executive Lounge untuk tetamu exucutive di level 8 dan PERCUMA menggunakan meeting              room untuk 2 jam.

  ~~ Business Centre .

  ~~ Taman permainan kanak-kanak.

  ~~ Tirai Spa ( opening soon )

  ~~ Kids Club ( opening soon )

  ~~ Bilik rawatan dan kemudahan OKU.

Masjid Sultan Abdul Samad Klia



Akan dibuka.. TIRAI SPA




 


          
Ok lah, itulah pengalaman Ayie melawat dan menginap di Movenpick Hotel & Convention Centre.. Tak cukup rasanya menginap semalam di situ.. hehehhe...sebelum Ayie menutup kata, Terima Kasih setinggi-tinggi nya kepada Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA , Tourism Selangor dan kepada semua yang terlibat.

Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA
Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid KLIA
64000 Sepang. Selangor Darul Ehsan. Malaysia

Tel : +603 8661 8661

movenpick.com

Email : hotel.klia@movenpick.com

Sekian...

















Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!