RANGKAIAN PRODUK JOHNSON'S BAHARU kini lebih lembut..

JOHNSON'S telah menghasilkan semula produk terbaik untuk bayi anda dengan rangkaian penjagaan yang paling lembut. Pilihan No 1 para ibu di Malaysia, Johnson's ini telah menambah baik ciri kelembutan dalam produk bayi dengan memperkenalkan JOHNSON'S Baharu dengan formulasi ULTRA GENTLE yang mengandungi  0% paraben, flalat, sulfat dan pewarna-pewarna dan dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang berkembang.

JOHNSON'S Baharu dihasilkan oleh pengalaman dan pengetahuan mendalam jenama ini selama 125 tahun berkaitan kulit bayi dan sains pengeluaran. Keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan Johnson's dimana setiap produk mereka direka untuk memenuhi atau menjangkau piawaian kawal selia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.


 Apakah Perubahan dengan JOHNSON'S yang Baharu ? 

- Pilihan bahan yang bermanfaat : Johnson's sangat teliti dalam pemilihan bahan-bahan yang akan di gunakan dalam rangkaian produk mereka . Rangkaian produk baharu ini adalah 0% paraben, flalat, sulfat dan pewarna-pewarna dan hanya kurang daripada 2% daripada bahan kosmetik di peringkat global yang memenuhi piawaian kelembutan ini.

- Wangian yang direka dengan mengutamakan ibu dan bayi : Bau, ingatan dan emosi mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain. Kajian menunjukan bahawa pengalaman berbilang deria merupakan bahagian yang penting dalam perkembangan bayi yang sihat dan gembira. Semua wangian Johnson's Baharu kini diformulasikan supaya bebas alergen dan mematuhi standard global Persatuan Pewangi Antarabangsa (IFRA) dan Institut Penyelidikan Bahan Pewangi (RIFM).


- Pembungkusan yang mesra ibu bapa : Botol Johnson's yang baharu kini dilengkapi dengan pam yang direka unutuk penggunaan yang mudah menggunakan satu tangan supaya perhatian ibubapa sentiasa tertumpu pada bayi.

- Produk yang direka khas untuk setiap peringkat dan umur bayi : Rangkaian baharu ini menampilkan empat " umur & Peringkat " bagi membantu ibubapa memilih produk mengikut kumpulan masing-masing. Terbaharu, rangkaian produk ini sesuai untuk bayi yang baru lahir hinggalah yang berumur 6 tahun.


Inilah Rangkaian Produk-produk JOHNSON'S yang Baharu... Jom tengok..

1- JOHNSON'S CottonTouch Top-to-Toe Bath dan Face & Body Lotion.

    - Rangkaian serba baru ini untuk bayi baru lahir kerana penyelidikan menunjukan bahawa kulit bayi baru lahir berbeza daripada kulit orang dewasa. Sentuhan merupakan asas kepada perkembangan deria bayi baru lahir dan sentuhan yang lembut juga boleh mempengaruhi perkembangan fizikal dan kognitif bayi. Pembersih dan losen ini dirumuskan supaya mudah dibilas dan ringan tanpa sisa melekit. 



2- JOHNSON'S Milk + Rice dan Milk + Oats Wash & Lotion .

- Untuk anak-anak kecil dimana apabila sampai peringkat mereka suka merangkak dan berjalan. Rangkaian produk ini akan mengekalkan kesuburan kulit semasa kanak-kanak membesar dan mengelakkan kulit mereka haus dan lusuh akibat aktiviti-aktiviti tumbesaran mereka.




3-  JOHNSON'S Active Kids Shampoo 

- Keperluan syampu untuk anak-anak kecil dan kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas. Walaupun kulit kanak-kanak tidak sehalus kulit bayi, kulit mereka belum sempurna sepenuhnya. Oleh itu, produk ini sesuai kepada mereka untuk membersihkan kulit kepala dan mengawal rambut mereka terutamanya dalam cuaca panas dan lembab di Malaysia yang mana kita lebih banyak berpeluh.



Beberapa selebriti terkenal dan sudah menjadi ibu antaranya Amyra Rosli dan Scha Al Yahya turut memberikan tampil di majlis pelancaran dan sokongan mereka kepada JOHNSON'S baharu ini.

Rangkaian produk penjagaan bayi JOHNSON'S yang baharu boleh didapati di kedai-kedai jualan utama mulai JUN 2019. Untuk maklumat lanjut tentang JOHNSON'S baharu, sila layari :

www.johnsonsbaby.com.my 

www.facebook.com/JohnsonsbabyMY.


Sekain.. Salam Sayang...
Ayie...

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!