ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019 : NAK TARIK PELANGGAN


Dalam bisnes, perkara paling utama yang boleh sebabkan jualan atau sales meningkat adalah Marketing atau Pemasaran. Pemasaran penting sebab itu caranya untuk anda nak bagitahu pada orang ramai perniagaan anda, jenama anda, produk atau servis anda wujud. Kalau dulu, pemasaran kita lebih tertumpu secara offline , melalui surat khabar, iklan televisyen, flyers, majalah, banting, banner dan macam-macam lagi. Semunya bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai untuk membuat panggilan atau datang ke kedai dan membeli barangan atau perkhidmatan kita.

Tetapi sekarang , semuanya dah berubah. Trend pemasaran dan pembelian pengguna telah berubah seiring peredaran zaman dan teknologi. Menurut kajian, seramai 24 juta rakyat Malaysia online setiap hari. Lebih ramai pengguna mendapatkan info daripada online dan ini sekaligus mempengaruhi cara mereka membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Facebook misalnya bukan hanya sekadar medium untuk mencari kenalan dan bersosial tetapi perkembangan teknologi ini mampu memastikan perniagaan terus meningkat dan kekal relevan.

PEMASARAN ONLINE, itulah yang Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd, Tuan Haji Najib Asaddok sedari betapa pentingnya untuk para usahawan terutamanya mereka yang mempunyai perniagaan supaya dapat memahami ilmu pemasaran online dan menarik ramai pelanggan.

PELANCARAN ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019 : NAK TARIK PELANGGAN

Semalam,bertempat di Holiday Villa Subang,  Najib Asaddok yang terkenal sebagai Pakar Pemasaran Online di kalangan usahawan telah melancarkan kempen ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019 : NAK TARIK PELANGGAN dan akan membantu 50,000 usahawan memahami strategi bagaimana memasarkan produk atau perkhidmatan mereka secara online, menarik ramai pelanggan dan meningkatkan jualan. Ramai lagi usahawan yang belum tahu dan menggunakan Pemasaran Online oleh Najib Asaddok ini sedangkan cara ini boleh bantu mempercepatkan perkembangan bisnes mereka. Dengan FORMULA ONLINE ROCKET MARKETING Najib Asaddok, kempen pemasaran akan lebih berkesan, jenama akan lebih dikenali dan jualan akan meningkat berkali ganda.

Dengan yuran RM1 sahaja, Momentum Internet mempunyai misi membantu seramai 50,000 usahawan di Malaysia untuk membina perniagaan dan menaikkan jualan mereka melalui siri kelas Roket Pemasaran Momentum. Ini adalah satu peluang besar yang patut usahawan rebut dalam usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka. Angka 50,000 dipilih bersempena dengan ulang tahun ke-5 Momentum Internet Sdn Bhd pada tahun ni.

Roket Pemasaran Momentum 2019 : Nak Tarik Pelanggan  menyasarkan golongan yang telah menjalankan perniagaan. Mereka terdiri daripada usahawan, pemilik bisnes, pengasas produk, jurujual, stokis dan ejen. Momentum Internet juga memfokuskan untuk 5 jenis indutri untuk dibantu seperti Fesyen, Makanan, Kesihatan , Kecantikan dan Perkhidmatan.

Sejak 2015, Momentum Internet telah membantu lebih 38,000 usahawan di seluruh negara melalui siri kelas dan seminar dan lebih 20% telah mereka bantu melalui kelas lanjutan.

Berpeluang menghadiri pelancaran kempen tersebut, AYIE akhirnya boleh bersua empat mata dengan Najib Asaddok. Jika selama ini, Ayie hanya dengar suara beliau di radio Suria.fm bercakap mengenai pemasaran online, semalam dan mungkin akan datang dapat bersua muka kembali untuk mendengar beliau memberikan ilmu pemasaran online. Teknik penyampai Najib Asaddok yang tenang, jelas, teratur serta mudah di fahami dan paling penting menghiburkan memang selayaknya beliau digelar sebagai Pakar Pemasaran Online terkenal.

SIAPA NAJIB ASADDOK & MOMENTUM INTERNET SDN BHD

Hamba ALLAH yang satu ini adalah figura yang terkenal di kalangan usahawan tempatan dalam membantu peniaga-peniaga di luar sana tentang Pemasaran Online dan memberikan sejuta ilmu dan kemahiran beliau yang terbukti boleh meningkatkan jualan menberikan keuntungan tinggi.

Najib Asaddok bertindak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Momentum Internet Sdn. Bhd dan beliau juga seorang usahawan internet sejak 2009, trainer dan penceramah, penulis buku motivasi dan pemasaran Roket Emel, Roket Bisnes, Momentum Bisnes, Roket Pemasaran Momentum dan 4 Turbo Copywriting serta berpengalaman dalam jualan sejak 2005 yang membantu kejayaan beliau dalam bisnesnya hari ini.

Momentum Internet Sdn Bhd adalah syarikat yang ditubuhkan pada 07 Februari 2014 dan berpusat di Kluang Johor. Penubuhan syarikat Momentum Internet Sdn Bhd ini bertujuan membantu usahawan dan bisnes menggunakan sepenuh potensi pasaran online dengan hanya beberapa klik di intenet. Momentum Internet percaya gabungan antara teknologi dan sentuhan emosi manusia mampu membantu melonjakan jualan syarikat ke tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya.

www.naktarikpelanggan.com

Justeru itu, klik di (  www.naktarikpelanggan.com    ) dan daftarkan diri untuk menjadi antara 50,000 usahawan dalam kempen ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019 : NAK TARIK PELANGGAN hanya dengan RM1 ( bayar pada hari sesi bermula )dan sekiranya anda daftar awal, untuk 3 orang peserta = RM1 sahaja.

Jom Klik dan daftar di :
http://naktarikpelanggan.com/

Layari juga untuk lebih info tentang PEMASARAN ONLINE oleh NAJIB ASADDOK di :
www.50Kusahawan.com 


Salam Sayang..
Ayie.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.

BSN DAN PAYHUNTER PERKENAL BAYARAN TANPA TUNAI DI 24 LOKASI BAZAR RAMADAN DI KUALA LUMPUR.