Shopping di MITSUI OUTLET PARK & Makan di LETEN Chinese Muslim Restaurant.


Ketika kita sedang menuju ke lapangan terbang KLIA1 atau KLIA2 ,pasti kita akan melihat sebuah bangunan di sebelah kiri lebuhraya. Bangunan tersebut ialah Mitsui Outlet Park iaitu gedung membeli belah outlet kilang yang menawarkan pelbagai jenama dan produk.

Sekiranya jadual penerbangan anda tertunda dan membuatkan anda tersangkut lama di airport, jangan gusar , ambil shuttle bas di level 1 airport dan tuju lah ke Mitsui Outlet Park.Perjalanan hanya 6km dari KLIA1 dan KLIA2 . Dari Kuala Lumpur pula 60km.


Sempena kempen Melawat Sepang2020, Mitsuit Outlet Park juga tidak ketinggalan untuk menyertainya . Mitsui Outlet Park atau MOP ialah outlet pertama dari jepun yang dibuka di Malaysia dan di Asia Tenggara. Ia juga merupakan lokasi membeli belah barangan yang berjenama dengan harga yang berpatutan.

Bukan hanya outlet membeli belah, MOP prihatin dengan keperluan pengunjung - pengunjung yang kebiasaannya akan berurusan di lapangan terbang dengan menyediakan kemudahan seperti , shuttle bas ulang-alik antara airport dan Mitsui Outlet Park , kiosk check-in untuk beberapa penerbangan , website check-in, percuma simpanan bagasi, kaunter tukaran wang, luggage wrapping dan Flight Information Display System (FIDS). Di samping itu, keperluan biasa seperti mesin ATM dan surau turut disediakan.

Jom Ayie tunjukkan dengan lebih jelas lagi apa yang ade di Mitsui Outlet Park...

Uruskan check-in , bagasi  dan lain -lain disini. 

Kiosks check-in yang disediakan.
 

Penerbangan -penerbanagan yang boleh kita di check-in di Mitsui Outlet Park

Flight Information Display System (FIDS)

Lain-lain kemudahan yang MOP sediakan.

Website check -in dan boleh print sekali.

Jadual shuttle bus


Parkir shuttle bas untuk naik turun penumpang







Setelah penat membeli belah , banyak restoran dan kafe yang boleh kita pilih untuk menjamu selera dari selera tempatan hingga antrabangsa. waktu Ayie ke Mitsui baru - baru ini, Ayie singgah makan di LETEN Chinese Muslim Restaurant. Restoran yang terletak dlam MOP ini menyajikan masakan cina halal yang pasti disukai penggemarnya.











Begitu la menarik dan selesa membeli belah di Mitsui Outlet Park. Pastinya setiap musim khususnya musim perayaan, MOP pasti akan memberikan lebih potongan harga dan berbagai -bagai tawaran menarik untuk semua pengunjungnya. Oleh itu, Selamat Datang ke Mitsui Outlet Park.

TERIMA KASIH kepada :

~Mitsui Outlet Park.
~Tourism Selangor.
~Tourism Malaysia.
~Majlis Perbandaran Sepang
~LETEN Chinese Muslim Restaurant.

Sekian...Salam Sayang..

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!