PROMARK UJANG ( EXISTS ) SIGNATURE DRUMSTICK


Assalammulaikum dan Salam Syawal...

Pemain drum terbaik Malaysia, Ujang dari kumpulan Exist mencipta sejarah dalam industri muzik tempatan apabila beliau kini menjadi satu-satunya pemain drum dari Malaysia yang mempunyai signature drum stick sendiri. Tambahan lagi , ia merupakan stick drum Promark yang merupakan jenama terkenal dunia. Ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan untuk pemuzik tempatan kita.


 Perasmian Promark Ujang Signature Drumstick yang berlansung pada 21 Jun 2019 yang lalu di JS Music Distribution.Ujang ,watak utama pada majlis itu berasa sangat terharu kerana akhirnya beliau mempunyai signature series sendiri.


  " Ini merupakan satu pengiktirafan dari Promark untuk pemuzik tempatan. Saya berharap selepas ini, ramai lagi pemuzik tempatan kita yang mendapat perhatian dan pengiktirafan dari jenama-jenama yang dipercayai baik di Malayia mahu pun luar negara. Terima kasih kepada JS Music yang bertungkus lumus melancarkan perjalanan stick drum ini hingga berjaya."

 KEISTIMEWAAN PROMARK UJANG SIGNATURE DRUMCTICK


Stick drum yang mempunyai ciri khas dari jenis 'hickory' ini di jual dengan harga RM79.00. Kayu stick ini di panggang untuk mendapatkan ketumpatan yang padat dan dijual dalam bilangan 144 pasang sahaja untuk fasa pertama. 

Stick drum ini dibuat di kilang di Houston US , jenis 5A dan untuk masa hadapan , JS Music merancang untuk mengedarkan pula jenis 7A.

Stick jenama Promark juga di pakai oleh pemain drum terkenal seperti Mike Portnoy (Dream Theatre) , Simon Philips (Toto) dan Ian Paice (Deep Purple).

Para peminat Ujang Exist dan instrument drum, stick ini sudah boleh didapati di :

                           JS MUSIC ,
                           133, JALAN IMBI
                           IMBI KUALA LUMPUR.

                           TEL : 03- 21444555 

                           FB & IG : JS MUSIC

Boleh juga folow IG Ujang di @ujangexist untuk sebarang informasi terkini.





Sekian.. Salam Sayang...

Ayie.

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!