BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..


Assalammualaikum dan Salam Sayang....

Episod ke 2 Ayie dan kawan-kawan di Batam diteruskan lagi dengan melangkah lebih jauh lagi untuk terokai kepulauan Indonesia ini, kami ke BINTAN. Pulau Bintan ialah salah satu pulau yang cantik dan ade banyak spot-spot tarikan pelancong. Jom Ayie ceritakan pengalaman ayie berwisata di Pulau Bintan.

PULAU BINTAN

Hampir 3000 pulau besar dan kecil di Kepulauan Riau, Pulau Bintan adalah pulau terbesar dan antara yang popular di kalangan pelancong. Untuk ke Pulau Bintan ni, kami menyeberangi lautan dari Batam melalui Pelabuhan Telaga Punggur. Bertolak dari hotel jam 6.30 pagi, kami berpagi-pagian naik bas ke pelabuhan. Tak sempat sarapan di hotel, kami isi perut di terminal sementara menunggu mereka yang berkenaan mneguruskan tiket kami. Urusan tiket selesai, kami akan membelah lautan dalam jam 8 pagi waktu Indonesia. Mula - mula Ayie ingat akan naik feri , rupanya kami naik RORO. Tau tak RORO itu apa? RORO ialah sejenis feri yang membawa manusia dan kenderan sebagai penumpangnya. Alaaaaa mcm feri Penang tu la... Ayie tak pernah naik RORO , dan akhirnya perjalanan ke Bintan memberi Ayie peluang naik RORO ni. Batam dan Bintan tidak la terlalu jauh , durasi perjalanan kami naik RORO ni sekitar 1 jam. Selain RORO, boleh naik speedboat yang lebih cepat kira-kira 15 min dah sampai gitu.





BINTAN TOUR

Lebih kurang 60 menit kami berada di dalam RORO membelah lautan , kami sampai la di Pulau Bintan. Kami berlabuh di Perlabuhan Tanjung Uban. Bas dan tour guide beserta wakil penganjur dah menunggu ketibaan vip mereka. Terima Kasih untuk Asosiasi Pariwisata Bahari Indonesia (ASPABRI ) dan Windy dari WIN TRAVEL yang menguruskan jalan-jalan kami di Pulau Bintan.




Kerana besarnya Pulau Bintan dan waktu ronda-ronda kami yang terhad , hanya 4 destinasi yang sempat kami singgahi kali ini iaitu Padang Pasir Busung , Pemancingan Poyotomo , Pantai Madu Tiga dan Desa Wisata Ekang. Famtrip kali ini , memberi kami kesempatan melawat Bintan tak sampai 24 jam dan petang sudah naik RORO kembali ke Batam. Jom lagi sekali kita baca pasal 4 destinasi Persona Indonesia Pulau Bintan ini.


1 - PADANG PASIR BUSUNG

Indonesia pun ada padang pasir tau... siap ada unta sekali. Begitu la apa yang tour guide kami cakap. Sebenarnya itu adalah satu kawasan unik yang mempunyai banyak timbunan-timbunan pasir yang bergunung gunung yang membuatkanya kelihatan seperti di gurun padang pasir. Untuk memberikan lebih kesan gurun padang pasir , pengusaha pelancongan tempatan di sana meletak kan " Prop " unta dan kaktus untuk pengunjung merasakan " feel " padang pasir . Selain itu, di Padang Pasir Busung ini juga ade tasik atau danau yang airnya berwarna hijau kebiruan yang memukau pandangan.





2 - PEMANCINGAN POYOTOMO

Sesuai dengan namanya, destinasi ini sangat sesuai untuk kaki-kaki pancing mencuba nasib dengan ikan - ikan dalam tasik pusat pemancingan ini. Lanskap yang menawan dan suasana yang tenang menghadap Gunung Bintan pasti akan memberikan satu rasa kedamain dalam jiwa. Tak mau memancing , berkelah bersama keluarga atau kesayangan masing-masing di Pemancingan Poyotomo ini pasti akan meninggalkan kenangan indah.



3 - PANTAI MADU TIGA

Mendengar namanya saja telah buat kita terpikir pasal filem popular seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Madu Tiga. Apa kaitan nama Madu Tiga dengan pantai ini. ? Ada apa dengan Madu Tiga ? Pemiliknya  bermadu 3 ke ? Pemilik nya suka filem Madu Tiga kah? Apakah ? Kenapakah ? semua itu dah ready dalam otak nak di tanyakan kepada yang berkenaan TETAPI apabila Ayie sampai je di pantai tersebut dan di sambut dengan welcome drink yang menyegarkan sambil di tiup dengan angin sepoi-sepoi bahasa, terus lupa dengan pertanyaan- pertanyaan tadi. Ayie dan kawan -kawan lebih fokus dengan keindahan Pantai Madu Tiga. Resort yang menyediakan kemudahan penginapan tepi pantai ini antara yang terkenal di Pulau Bintan. Foto-foto , selfie-selfie dan main air laut di tepi pantai menjadi keutamaan. So, semua petanyaan tu nanti , kamu-kamu je lah yang bagitau kat Ayie nanti bila kamu-kamu pergi sendiri ke Pantai Madu Tiga di Bintan ya...






4 - DESA WISATA EKANG

Destinasi pelancongan yang satu ini adalah sebuah resort dan pusat rekreasi private yang betul -betul jauh dari kesibukan di luar sana. Permandangan hijau alam semulajadi menjadikan pengunjung dan mereka yang menginap di sini terasa tenang dan damai sepeti di desa. Desa Wisata Ekang juga sesuai untuk aktiviti-aktiviti ' team building '.



Jalan-jalan , pusing- pusing , foto-foto , selfie-selfie hampir sehari di Bintan maka sampailah jam pulang petang kami. Balik ke Batam semula. Naik RORO kembali. Begitu la episod bersiar-siar yang sempat Ayie and the Geng kunjungi di Bintan. Banyak lagi yang bole kita terokai di Bintan dan ini bermaksud Ayie kena datang lagi ..Insyaallah.....kalau umur yang panjang , pasti akan datang lagi..

TERIMA KASIH untuk :

- Pak Edi Sutrisno
- Asosiasi Pariwisata Bahari Indonesia ( ASPABRI )
- Windy Win Travel 
# pesona indonesia
# wonderful riau islands
# visit batam
# wonderful kepri kepulauan riau

Sekian...

Ayie...

Comments

  1. Bestnya.. Next trip bole pergi ni...

    ReplyDelete
  2. hahahahha comel lah padang pasir dengan prop unta diorang. Terkejut bila kata Indonesia ada padang pasir rupanya... but nice try and cantik! Best tengok gambar orang pergi travel ni

    ReplyDelete
  3. Bestnya jalan2 kat Batam. Kita tak berpeluang lagi ha. Tengok la nanti dalam setahun dua mendatang ni.

    ReplyDelete
  4. Tekun sekali kita baca, sebab teringin sangat nak jelajah Batam. Dulu pergi tak sama macam sekarang, sekarang dah maju dan banyak tempat menarik..Bestnya kalau dapat pergi...one day...

    ReplyDelete
  5. Wahh jernih hijaunya airnya. Betul ke ada unta kat situ? Sebelum ni pernah juga terbaca post tentang pulau Bintan ni. Menarik juga destinasinya. Bolejh plan la ke sini sb dah lama tak ke Indonesia.

    ReplyDelete
  6. Wah!!!!!!! Seronok nyer tengok you bercuti Di Pulau Batam. I pun tringin nak visit Batam. Nice travelogue and good photos.

    ReplyDelete
  7. Pernah ke Batam tetapi tak sempat nak tinjau sekeluling lebih jauh. Kena pg lagi ni paa tgk banyak tempat menarik.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya padang pasir.. Memg syok ootd.. Wah ade pantai madu tiga.. Ehhehe.. Menarik sangat tempatnya ni

    ReplyDelete
  9. bestnya trip ni. byk tempat menarik. in shaa Allah kalau ada rezeki boleh pgi ni. 😊

    ReplyDelete
  10. banyak lagi lokasi di batam yang tak di explore. kalau la ada masa n duit memang nak pusing satu batam

    ReplyDelete
  11. Saya dah pernah sampai Resort Madu Tiga tu. memang lawa sangat cuma time say pergi dulu ada tumpahan minyak

    ReplyDelete
  12. tak pernah sampai lagi kat sini.. nampak menarik!! kalau ada rezki bolehlah cuba pergi.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!