CERITA LINGGA 1 : LINGGA BUNDA TANAH MELAYU

Assalammulaikum & Salam Manis....

Kabupaten Lingga - Mendengar namanya pun baru pertama kali, sudah pastilah Ayie tak pernah jejakkan kaki ke sana malah untuk memasukkan nama Lingga ini dalam list tempat-tempat menarik yang ingin di kunjungi di Indonesia pun tak terpikir. Pesona Indonesia Kabupaten Lingga ini sedang menarik pelancong ke sini dan mahu lebih ramai orang tahu tentang kecantikan tempat dan keindahan budaya melayu Riau Lingga.
" tak kenal maka tak cinta " itulah peribahasa yang sesuai untuk situasi di atas. Menerima jemputan dari Pak Edi untuk meneroka LINGGA dalam " Exploring Lingga - Media & Travel Agent FamTrip 2019 " telah memberikan seribu rasa kesenangan dan kegembiraan. Selayaknya wilayah ini di teroka kerana ia mempunyai tempat-tempat menarik dan warisan kebudayaan dan kesenian Kesultanan Melayu Riau Lingga yang masih kuat di adaptasikan dalam kehidupan harian penduduknya.
Lingga ini merupakan pulau kecil yang terletak di provinsi Kepulauan Riau Lingga dan ia juga adalah kabupaten termuda dari 7 kabupaten yang ada di provinsi Kepulauan Riau. Luas wilayahnya hampir sepenuhnya di kelilingi oleh lautan. Oleh itu, pengangkutan air adalah akses utama dan penting untuk ke sini.
PERLABUHAN DOMESTIK TELAGA PUNGGUR.
Pagi 27 Jun kami sudah berkumpul di Batam Feri Terminal. Ayie dan peserta Famtrip yang lain kemudiannya bergerak ke Perlabuhan Domestik Telaga Punggur untuk naik feri ke destinasi pertama kami di Kabupaten Lingga iaitu Dabo Singkep. Selesai urusan tiket, deligasi Famtrip ini pun membelah samudera lebih kurang 4 jam. Setakat ini, inilah pengalaman naik feri Ayie paling lama. Apalagi yang boleh dibuat,, makan dan tido aja la....
NASI BOX YANG DI BEKALKAN SANGAT SEDAP... SIMPLE TAPI MENYELERAKAN..
 Akhirnya sampailah kami dengan selamatnya di Perlabuhan Jagoh Dabo Singkep. Di sambut mesra dengan adat melayu pencak silat dan pukulan gendang. Selesai sambutan mesra , kami naik kenderaan yang disediakan dan bermulalah penerokaan yang pertama iaitu Dabo Singkep Kabupaten Lingga.

 https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/2019/07/cerita-lingga-2-lokasi-pelancongan-di.html


ADAT MELAYU RIAU LINGGA MENYAMBUT TETAMU

GENG BAS SEKOLAH PUSING-PUSING LINGGA
28 Jun , penerokaan Lingga diteruskan lagi ke Daik, ibukota Lingga. Masa belayar kami ke Daik tak lama, kami naik speedboat dan lebih kurang setengah jam kami tiba di Pelabuhan Tanjung Buton , Daik Lingga. Turun dari bot, kami naik pula Bas Sekolah Pemerintah Kabupaten Lingga di kota Daik. Maka jadilah Ayie dan kawan-kawan yang lain ' geng bas sekolah ' pusing-pusing kota Daik sehingga lah kami pulang kembali ke Batam keesokkan harinya.

  https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/2019/07/cerita-lingga-3-lokasi-pelancongan-di.html


PENGALAMAN NAIK FERI DAN SPEEDBOAT KE KABUPATEN LINGGA..

LINGGA - BUNDA TANAH MELAYU

Mendapat pengiktirafan Bunda Tanah Melayu daripada ASEAN pada 1999 Lingga semakin semangat untuk memberitahu dan memperlihatkan pada dunia luar adat dan budaya melayu yang kuat diwarisi dari Kerajaan Melayu Riau Lingga yang pernah berkuasa dan terkenal di Lingga ini suatu ketika dahulu.
 Betul-betul..., ini boleh Ayie perhatikan dari gaya percakapan dan pakaian tradisional yang mereka pakai di sesuatu majlis. Gaya percakapan bahasa melayu penduduk Lingga sama macam kita di semenanjung Malaysia. Dialek melayu yang mereka tuturkan membuatkan Ayie terasa di Malaysia. Ini lah bukti yang sejarah mengatakan perihal Kerajaan Lingga - Riau - Johor - Pahang. Oleh sebab itulah budaya melayu kita denga mereka tiada banyak bezanya. So, bila anda ke Lingga nanti, berbicaralah bahasa melayu kita dan pasti di sambut pula dengan bahasa melayu Lingga.
 Lelaki Lingga segak berbaju melayu dan wanitanya sopan berbusana melayu ketika menyambut perayaan seperti hari raya dan majlis-majlis lainnya. Sewaktu kami di Daik, Kabupaten Lingga ini sedang mengadakan " Parade Tari Daerah " iaitu pertandingan tarian yang pastinya mempertontonkan budaya dan kesenian melayu Lingga. Alunan musik tradisional dan tarian melayu asli seperti Dondang Sayang yang dipersembahkan di lengkapkan lagi dengan " joget lambak " iaitu dengan menjemput tetamu dan penonton berjoget sama dengan penari-penari cantik molek.

Tetapi yang menjadikan hiburan malam itu lebih ' happening' adalah dengan kemunculan si ROBI , seniman serba boleh Lingga. Di saat kemunculan beliau, malam kami di Daik menjadi lebih 'panas' dengan lawak bersahaja beliau. Setiap kata-kata yang si Robi lontarkan pasti mengundang gelak tawa dan gelagatnya mengusik tetamu yang mencuit hati. Beliau la bintang untuk malam itu. Kalau masuk ' Maharaja Lawak ' Malaysia pasti boleh jadi peserta favorite.
PERKENALKAN, INILAH PENGHIBUR SERBA BOLEH LINGGA , ROBI... GOOD JOB BRO..👍

PENGINAPAN & MAKAN-MAKAN DI LINGGA

2 malam kami di Lingga, Ayie ' and the geng ' tidur di hotel ONE HOTEL di Dabo Singkep dan HOTEL LINGGA PESONA di Daik Lingga. Belum ada lagi hotel berbintang-bintang di sini tetapi tak perlu gusar kerana ada sahaja hotel dan homestay yang selesa untuk anda melelapkan mata. Kedua-dua hotel yang kami tinggal bersih dan selesa.
HOTEL ONE HOTEL : HOTEL YANG BERADA DI KOTA , DEKAT DENGAN PANTAI DAN SELESA.
HOTEL LINGGA PESONA : HOTEL SELESA , STAFF YANG PERAMAH DAN SUASANA HOTEL YANG MENDAMAIKAN.
AKTIVITI MALAM KAMI DI DABO SINGKEP,,NGOPI & JOGET LAMBAK.. MISS U GUYS
 Mencari makan di Kabupaten Lingga ini tak susah. Bunda Tanah Melayu ini penduduk nya ramai beragama islam , makanan halal bukan masalah. Nasi tetap menjadi santapan utama malah masakan mereka juga hampir sama rasanya dengan masyarakat melayu kita. Untuk seafood, ada satu makanan laut yang popular di Kepulauan Riau ada di kabupaten ini iaitu SIPUT GONGGONG. Kalau di Malaysia terkenal dengan SIPUT SEDUT, mereka pula ada SIPUT GONGGONG yang kami makan di ' WARUNG FRISKA '.
INILAH DIA SIPUT GONGGONG.. DI KATAKAN PUNYA KHASIAT KESIHATAN TINGGI LEBIH2 LAGI UNTUK KESIHATAN LELAKI.

MAKAN MALAM KAMI DI WARUNG FRISKA.. SEDAPPPPPP..
MENU MINUM PETANG SEWAKTU DI SINGKEP HOTSPRING.

 Satu lagi kenangan Ayie di Lingga ini ialah saat kami makan tengahhari di replika Istana Damnah. Menyusur perjalanan yang agak jauh dari perlabuhan dan lebih banyak permandangan hutan di kiri kanan, Istana Damnah ini terletak di Kampung Damnah. Boleh dikatakan replika istana ini terletak di tengah hutan dan jauh dari perkampungan penduduk. Sampainya kami di istana ini, telah siap menanti beberapa penyambut tetamu yang segak dan cantik berpakaian melayu terang menyambut ketibaan vip ini. Kaki melangkah masuk ke istana ini dan kami teruja melihat beberapa dulang hidangan yang telah disediakan tertutup rapi dengan kain hijau kuning menunggu masa untuk di santap. Di tengah-tengah ruangan istana ini ada satu singgahsana ibarat pelamin yang menunggu masa untuk kami bergambar selepas makan. Kami bersantap dengan duduk bersimpuh dan bersila seperti berada di istana di zaman silam. Masakan yang melayu yang enak sampai mak mertua lalu pun tak perasan. hehheehhe...jangan lupa masukkan acara makan bersila di replika Istana Damnah ini dalam kunjungan anda di Lingga ya..
MAKAN BESILA DI REPLIKA ISTANA DAMNAH

DAH KENYANG, TIME UNTUK AMBIL GAMBAR DI SEKITAR ISTANA DAMNAH..

Tenang-tenang mencari pengalaman,
Sampai ada yang nampak curiga,
Bukan senang nak cipta kenangan,
Kalau dah dapat mestilah bangga.

CERITA LINGGA 1 ini tak berakhir di sini, akan bersambung di CERITA LINGGA 2 DAN 3 iaitu lokasi menarik DABO SINGKEP & DAIK LINGGA...

https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/2019/07/cerita-lingga-2-lokasi-pelancongan-di.html

 https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/2019/07/cerita-lingga-3-lokasi-pelancongan-di.html

Sukacita :

AYIE

Comments

  1. Maybe boleh masuk dalam list 'must go' next time.. Tempat nampak menarik dan sesuai utk bawa family bercuti..

    ReplyDelete
  2. Kalau tak silap adik ipar pun ada jemputan kerajaan Lingga ke sini tapi untuk mendaki Gunung Daik. Kalau tak silap Pulau Pandan pun ada kat sini. Ala macam dalam pantun kita tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulau pandan jauh ketengah, gunung daik bercabang 3.. heheheee

      Delete
  3. Nampak macam a good place to bring the family and visit sebab banyak lokasi yang menarik ye. Yang penting kesamaan sejarah kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. cuma bersedia dgn perjalanan nya yg jauh... tapi akan memberikan kita satu pengalaman yg menarik.

      Delete
  4. Dah pergi sini last year..ya rabbi jauh nak mati tp sangat teruja dengan budaya melayu yg masih terpelihara kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kan! jauh perjalanan luas permandangan...

      Delete
  5. Tak pernah smp kesini lg.Tpi selalu dengar pasal lingga ni. Mcm tmpt yg penuh dgn aktiviti kebudayaan dan kesenian

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu dah selalu dengar,try la pegi.. Lingga ada keistimewaannya..

      Delete
  6. tak pernah sampai lagi ke bumi Indonesia.. apapun percutian yang macam gini memang nampak best.. sambil tengok pemandangan tempat org boleh merasa makanan setempat dan budaya kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. lain tempat lain budaya n permandangannya..

      Delete
  7. Lama tak pergi Indonesia. Sememangnya banyak tempat menarik di sana. Nanti nak pergi lah Riau ni. Kerajaan lama Melayu ni.

    ReplyDelete
  8. wahhh tak sangka sejarah kita ada dekat sana. Bagusnya pernah dapat pengiktirafan Bunda Tanah Melayu daripada ASEAN tahun 1999. Kalau pergi sana mesti tak ada masalah nak communicate dengan local. Bestnya!

    ReplyDelete
  9. Teringat2 aksi si Robi..klu datang Malaysia mesti femes..anyway pengalaman smpai ke Pulau Lingga sangat berharga apatah lagi naik bot pun sampai 4 jam kan

    ReplyDelete
  10. pernah jejakkan kaki sekali di tanah lingga. Terasa agak bertuah dapat terokai tanah asal usul orang melayu ni.

    ReplyDelete
  11. Sesiapa nak g Lingga ni mesti buat tempahan hotel awal sebab tak banyak choice takut t penuh lak kan...

    ReplyDelete
  12. Baru tau pasal ni.menarik tengoknya..best dapa tau pasl tempat orang, makanan orang

    ReplyDelete
  13. menarik juga budaya dan pemandangannya yang membuka perspektif baru buat kita. tak pernah dengar lagi bab lingga ni. thanks sharing

    ReplyDelete
  14. Bestnya jalan2 kat sana. Teringin nak ke sana, tapi tu la. Keadaan tak mengizinkan.

    ReplyDelete
  15. Cantik tempat ni... Teringin nak ke belah2 sana.. Esp lingga tu.. Selalu tgk kwan2 ke batam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!