CERITA LINGGA 2 : LOKASI PELANCONGAN DI DABO SINGKEP

CANTIKNYA DABO SINGKEP. ... Credit picture by MR ALFIE DAMIEN



Cerita Lingga diteruskan lagi dengan meneroka destinasi-destinasi cantik dan menarik di kepulauan bersejarah ini. Bermula dengan apa yang ada di Dabo Singkep. Pulau Singkep ialah pulau yang paling selatan dari Kepulauan Riau dan Dabo ialah ibukota untuk pulau kecil ini. Jom kita 'scroll' lihat apa yang best di sini.....

-  SINGKEP HOTSPRING

Ini lah tempat pertama yang Ayie dan kawan-kawan tuju sesampainya kami di Dabo Singkep. Setengah jam perjalanan kami tempuhi untuk ke sini dari perlabuhan . Pemandian Air Panas Singkep ini ada 3 kolam air panas yang bersuhu tinggi , sederhana dan rendah. Ada juga kolam mandi untuk kanak-kanak. Kolam air panas yang bersumber dari mata air belerang asli ini telah lama ada sejak zaman Belanda di Indonesia. Selain untuk ' enjoy2 ' mandi manda , air panas di sini juga bagus untuk rawatan alternatif seperti merawat penyakit kulit. Lengkap dengan fasiliti seperti tempat bilas,gazebo, surau, warung makan dan homestay untuk yang 'planning' menginap di sini. Nak mandi air panas waktu pagi , petang atau malam terserah. di persilakan.....

WELCOME... 


GAZEBO DAN SURAU YANG DI SEDIAKAN

RENDAM KAKI DULU...


HOMESTAY , SEKIRANYA INGIN BERMALAM DI SINI

KALAU LAPAR, BOLE ORDER MAKAN DI SINI...NYAM..NYAM..

AMBOI BAPAK2 INI,,DI KOLAM PALING PANAS.. SERONOKNYA...


WAJIB BACA !!!


- MUZIUM TIMAH SINGKEP & PAGODA

Dikenali sebagai pulau penghasil timah terbesar di Kepulauan Riau , Singkep tak lengkap sekiranya tiada muzium dibina khas untuk mengenang kejayaan perlombongan timah di Dabo Singkep ini. Muzium Timah Singkep dibina untuk menyimpan dan mempamerkan sejarah, peralatan, dokumen-dokumen dan teknologi yang di gunakan masa itu untuk perlombongan sumber alam berharga ini. Kebanyakan bahan pameran di muzium ini adalah sumbangan dari bekas pengusaha dan pekerja timah di sini.
 Di seberang dengan muzium ini, terdapat sebuah pagoda yang pastinya menarik perhatian pengunjung untuk bergambar dan berkunjung ke dalam pagoda. Rupa-rupanya pagoda setingkat ini adalah kedai cenderahati yang menjual Batik Khas Lingga dan cenderahati yang lain nya.. Cenderahati yang paling menarik perhatian Ayie ialah penutup gelas yang disulam cantik buatan tangan yang rasanya hanya Ayie jumpa di Lingga ni sahaja.. tempat lain tak pernah jumpa lagi. So, jangan lupa beli ole-ole Lingga di sini...

HALLOOOOOO 






INILAH DIA PAGODA... JEMPUT MASUK... 



INILAH PENUTUP GELAS YANG AYIE BELI.. CANTIKKAN


MANA SATU...?

- PANTAI MARQUEZ , DABO SINGKEP

Dah namanya pulau, pasti ada pantai kan... Pantai Marquez di Dabo Singkep ini seperti pantai-pantai indah lain nya di Kepulauan Riau. Pantai ini bertambah istimewanya dengan wujudnya 'santuary' penyu untuk memulihara dan melindungi spesis haiwan terancam ini. Waktu kami di sini, kami diberi kesempatan untuk melepaskan baby-baby penyu ke lautan. Tak sempat buat aktiviti ini di Malaysia, di Pantai Marquez Ayie lakukan. Lengkap dengan penginapan dan keperluan lainnya, masukkan Pantai Marquez dalam list anda ketika berkunjung ke Lingga.




READY.... 1,2,3......

BABY PENYU YANG AYIE LEPASKAN SEDANG BERSUNGGUH-SUNGGUH MENUJU KE LAUT LEPAS.. FIGHTING...


Begitu lah lokasi-lokasi pelancongan di Dabo Singkep yang sempat kami kunjungi.. Terima kasih KEPRI yang menganjurkan FamTrip ini. Dari Dabo Singkep kami akan bergerak lagi ke satu destinasi iaitu Daik. Speedboat telah menunggu kami untuk belayar ke Daik. Warga Daik, tunggu kami ya...kami datang..
DALAM SPEEDBOAT MENUJU KE DAIK...

Bersambung ke CERITA LINGGA 3......


Sukacita dari :

AYIE











Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!