CERITA LINGGA 3 : LOKASI PELANCONGAN DI DAIK


Lebih kurang 30 minit belayar dengan speedboat, tibalah kami-kami ini di Daik. Daik ialah salah satu kelurahan yang ada di kecamatan Lingga, kabupaten Lingga, provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Senang kata, Daik ini ialah ibukota Pulau Lingga. Disambut mesra oleh orang-orang Daik, maka bermulalah CERITA LINGGA 3 : Lokasi Pelancongan Di Daik ini...Jom tengok tempat-tempat best di Daik...
READY NAK EXPLORE DAIK...
1- MUZIUM LINGGAM CAHAYA

Sinonim dengan yang namanya muzium, bangunan tersebut pasti ada banyak artifak-artifak tinggalan sejarah untuk generasi seterusnya mengenal sejarah yang tercipta. Muzium Linggam Cahaya juga berfungsi sebagai medium untuk kita mengenal sejarah Riau Lingga yang terkenal sebagai Bunda Tanah Melayu ini. Kenapa Linggam ? dan bukanya Lingga ? Linggam maksudnya 'batu merah' bercahaya dan batu ini hanya di jumpai di Lingga. Itu yang diberitahu orang tempatan di sini. Oleh itu muzium ini dinamakan sedemikian.

INILAH DIA SALAHSILAH KESULTANAN KERAJAAN LINGGA.. 




Muzium Linggam Cahaya ini menghimpunkan pelbagai khazanah kesultanan melayu Riau Lingga khususnya merangkumi sejarah asal usul , adat , budaya dan kehidupan zaman kesultanan melayu. Luangkan masa dan pelajarilah sejarah Kesultanan Melayu Riau Lingga di muzium ini.

INI ADALAH TEMPAYAN-TEMPAYAN YANG DI TUTUP DENGAN BATU MERAH , APA SEBAB NYA..? HANYA BOLEH ANDA KETAHUI APABILA SAMPAI KE MUZIUM INI..


2- MASJID JAMI SULTHAN LINGGA

Masjid kebanggaan penduduk Lingga ini dibina waktu zaman pemerintahan Sultan Mahmud Riayat Shah. Sultan Lingga yang pertama. Wujud pada tahun 1800 masihi , masjid ini bukti Islam telah berkembang di Nusantara ini. Senibina masjid ini diilhamkan oleh arkitek warga Lingga sendiri dan di cat dengan warna terang hijau kuning yang menarik perhatian sesiapa sahaja serta lokasinya yang berada betul-betul di tepi jalan utama. Di belakang masjid ini terdapat makam Sultan Mahmud Riayat Shah beserta kerabatnya dan di dirikan papan kenyataan tentang sejarah baginda.



SILA BACA..

3- RUMAH HALIMAH - RUMAH TEKAT TUDUNG MANTO

Tudung Manto ialah sejenis kraftangan khas Lingga. Seni halus ini hanya boleh kita pelajari dan beli di Lingga sahaja. Manto maksudnya tudung atau tutup kepala. Dipakai oleh kaum wanita pada hari kebesaran dan keramaian malah ia juga digunakan untuk menutup keranda. Dulu-dulu , pemakaian Tudung Manto ini terbatas kerana harganya yang mahal memerlukan masa lama untuk disiapkan. 3 minggu paling cepat. Lebih banyak dan unik coraknya , lebih mahal ongkosnya. Dari situ juga kita boleh mengetahui kedudukan dan taraf kekayaan si pemakainya.


Tekat adalah teknik yang digunakan untuk menghasilkan tudung manto dan ia mengunakan benang perak yang di import dari India untuk ditekatkan di atas kain. Seni warisan budaya nasional ini di warisi oleh ibu-ibu rumahtangga Kelurahan Daik, Kabupaten Lingga dan terus di lestarikan oleh generasi muda Daik Lingga sekarang agar ia terus wujud. Berminat dengan seni kreatif tudung manto ini dan mahukan 'design' atau corak anda sendiri, Rumah Halimah sedia menanti kunjungan dan membuka seluas-luasnya pintu untuk sebarang tempahan.
TEKNIK PEMBUATAN TUDUNG MANTO....


INILAH BENANG PERAK YANG DI TEKATKAN DI ATAS TUDUNG MANTO

MODEL TUDUNG MANTO....

EMCEE DALAM SATU KERAMAIAN PUN MEMAKAI TUDUNG MANTO
EHHHHHH... KEBETULAN PULAK, SALAH SEORANG PESERTA FAMTRIP PUN BERNAMA HALIMAH, MAKA BERGAMBAR LA BELIAU DI SIGNBOARD RUMAH HALIMAH..

4- AIR TERJUN RESUN

Dalam banyak-banyak air terjun yang ada di Kabupaten Lingga ni , Air Terjun Resun yang menjadi pilihan penganjur Famtrip kali ini. Jangan di tanya berapa tinggi air terjun ni terjun, yang pasti Air Terjun Resun menjanjikan kepuasan mandi manda yang best dan seronok. Air yang jenih lagi sejuk dan panorama alam hutan Lingga pasti membuatkan kita berat hati untuk berhenti mandi. Tunjukan skil terjunan anda di sini dan berenanglah sepuasnya macam dunia ini kita yang punya.

SYOK NYA MEREKA MANDI MANDA....


Tidak perlu berjalan jauh dan akses yang mudah untuk sampai ke air terjun ini. Selepas turun dari mobil yang membawa kami ke sini, jalan sikit, tukar baju di tempat yang disediakan dan apalagi.. sila terjun.. jangan lari-lari.. batu licin. Itulah ia Air Terjun Resun. Cuma, untuk Ayie yang ketinggian manusia normal ni dan kaki tak mencecah dasar air dan tak pandai berenang pulak tu, alangkah bagus sekiranya di sediakan sewaan pelampung atau life jacket, pasti lebih syok mandi..hehehhe




5- GUNUNG DAIK

Puncak tertinggi di Daik ini begitu terkenal hingga namanya sering disebut-sebut dalam satu pantun melayu 4 kerat. Bagi bangsa melayu, kalau kamu tak tahu pantun tersebut, jangan berani mengaku melayu. Mendaki Gunung Daik merupakan aktiviti popular di Daik Lingga. Ramai pendaki tempatan dan luar negara mendaki gunung yang di katakan bercabang 3 ini. Tapi di beritahu, realitinya gunung daik ini hanya kelihatan bercabang 2  dan mengapa dikatakan bercabang 3 masih menjadi misteri.


Nasib tidak menyebelahi Ayie untuk melihat Gunung Daik dengan lebih jelas kerana setiap kali Ayie melihat ke arah Gunung Daik, puncaknya di lindungi awan. Takde rezeki la...dan waktu FamTrip kami ini, ade satu group dari Malaysia yang mahu mendaki Gunung Daik ini.
TERIMA KASIH MR BAM UNTUK GAMBAR2 PENDAKIAN GUNUNG DAIK INI..



Syukur... semua tempat-tempat yang ingin KEPRI kenalkan di LINGGA pada kami kali ini dapat kami kunjungi sesuai dengan waktu yang diperuntukan. Memang waktu 3 hari 2 malam di DAIK LINGGA dan DABO SINGKEP tak mencukupi untuk menghayati keindahan dan kedamaian Kabupaten Lingga. Tapi cukup sebagai permulaan untuk Ayie mengenali bumi bertuah ini.

Tiba lah masa untuk mengucapkan THANK YOU and Goodbye kepada KEPRI ,Tuan Edi Sustrino dan bapak Kepala Disparpora Kabupaten Lingga , Tuan Raja Fahrurrazi serta semua warga Lingga yang ramah mesra menyambut kedatangan kami.. Terima Kasih tuan rumah... Semoga kita berjumpa lagi..

Pulau Pandan jauh ke tengah,
   Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
   Budi yang baik dikenang juga.

Tamat lah Cerita Lingga...

Sukacita :

AYIE

Comments

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.

BSN DAN PAYHUNTER PERKENAL BAYARAN TANPA TUNAI DI 24 LOKASI BAZAR RAMADAN DI KUALA LUMPUR.