SISIK RESTORAN IKAN BAKAR - PILIHAN MENJAMU SELERA DI KLANG



Assalammualaikum dan Salam Manis...

Berada di Malaysia bumi bertuah ini , soal makanan sedap, popular dan berbagai jenis rasa dan bentuk adalah ' NO PROBLEM '  untuk kita cari dan makan. Syurga makanan halal khususnya ada di mana-mana pelosok negara kita ni. Salah satu syurga makanan yang Ayie pernah makan dan try masakannya ialah di SISIK RESTORAN IKAN BAKAR. Dan dengan bangga nya Ayie nak kongsi dengan kamu-kamu semua tentang rasa enak yang boleh kita nikmati di SISIK RESTORAN IKAN BAKAR...

Dulu-dulu, restoran ini namanya Resepi Warisan Tok dan sekarang tempat ini telah bertukar namaya menjadi SISIK RESTORAN IKAN BAKAR. Puan LINDA , pemilik restoran ini menubuhkan tempat makan ini pada tahun 2013 dan memilih masakan melayu asli sebagai menu utamanya. Satu usaha yang murni agar masakan melayu asli kita terus di martabatkan dan megah di Malaysia tanahair ku ini. Mengalir darah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka, Puan Linda sedikit sebanyak menzahirkan keunikan resepi dan rasa dari negeri-negeri tersebut dalam menu masakan di SISIK RESTORAN IKAN BAKAR. Untung la kita sebagai pelanggan dapat makan masakan pelbagai negeri dalam satu tempat.

Sampai di SISIK RESTORAN IKAN BAKAR , inilah antara pilihan menu yang boleh kita 'order' dan sila duduk.. jangan lari... tunggu makanan sampai ya...



IKAN BAKAR

Sesuai dengan namanya restoran ikan bakar, pasti lah ia menawarkan ikan bakar dan di SISIK, ikan bakarnya berempah dan dari pelbagai jenis pilihan ikan segar yang hanya menunggu masa untuk pelanggan pilih dan akan di bakar oleh ' pendekar-pendekar ' restoran ini untuk santapan anda. Waktu Ayie makan disini, ikan pari dan bawal bakar yang dihidang ditambah juga sotong bakar. Ayie bagi 5 bintang untuk sambal ikan bakarnya.. sedap gillerrr.. makan pulak dengan sayur kangkung goreng.... pakwe hensem lalu pun tak kisah,,, heehhehehh

IKAN BAKAR TEMPOYAK & MAKANAN LAUT LAINNYA

Selain ikan bakar berempah , Ikan bakar tempoyak juga boleh kamu-kamu cuba macam Ayie 'try' ikan bakar patin dan siakap tempoyak. Penggemar tempoyak jangan lepaskan peluang cuba ya...
Tak makan ikan?? sotong , pepahat , kepah dan makanan laut lain nya ada sebagai pengganti.


ASAM PEDAS

' Hot Seller ' Asam Pedas di SISIK RESTORAN IKAN BAKAR ini dimasak dengan menggunakan resepi warisan. Siapa yang suka asam pedas, sila la ke Sisik ya..

NASI LEMAK BULUH PERINDU

Amboiiii .. sedapnya nama... nasi lemak yang berwarna hijau yang di sediakan di dalam buluh ini antara menu yang menarik untuk dinikmati dan punya rasa yang tersendiri..

STEAMBOAT

Ikan bakar berempah dan asam pedas sudah memenuhi ruang perut Ayie. Untuk memberi ruang kepada steamboat adalah mustahil. Maka Ayie tanya lah orang sebelah macam mana rasa steambot nya.. orang sebelah bilang, rasanya standard dan kuahnya boleh tahan... So, kalau anda rasa nanti.. jangan lupa bagi tau Ayie ye....




WAKTU OPERASI :

SISIK RESTORAN IKAN BAKAR beroperasi dalam beberapa waktu iaitu ,

8.00 pagi - 4.30 petang  untuk masakan asli melayu

5.00 petang - 12.30 tengah malam untuk menu berasaskan makanan laut dan steamboat.


LOKASI :

SISIK RESTORAN IKAN BAKAR ,
NO 32 Jalan Kasuarina 1/ks7,
Bandar Botanic, 41200, Klang, Selangor.

**Berhadapan dengan GM Klang Wholesales City. 


Klik Sosial Media mereka di :

FB : @restoransisik

WHATSAPP : https://wa.me/+60192263004  &  https://wa.me/+60162240474

Semua info dah diberi, Cakap banyak tak perlu , silalah kunjungi SISIK RESTORAN IKAN BAKAR.

Selamat datang , sila duduk ... anda akan dilayan senbentar lagi..

SELAMAT MENJAMU SELERA....





Sukacita :


AYIE...




Comments

  1. Wahh sedapnya ikan bakar. Siap ada yang menu tempoyak lagi tu.

    Steamboat pun ada.

    Terbaik :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.