Posts

Showing posts from November, 2019

BEAUTIFUL TERENGGANU : LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK.

Image
Assalammualaikum & Salam Manis... Setengah jam perjalanan dari Masjid 8 Kubah , Ayie dan rakan-rakan tiba di lokasi ke-2 kami di Besut iaitu Lata Kolam Air Deru Ecopark. Taman rekreasi alam semulajadi yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut Terengganu. Mari lah kita baca tentang bestnya Lata Kolam Air Deru Ecopark ni.... Macam Mana Untuk Ke Lata Kolam Air Deru Ecopark ? Semua kenderaan boleh sampai ke tempat Lata Kolam ini . Nak naik kereta ke, naik motor ke, naik bas ke semua boleh. Cuma, waktu Ayie & the gang ke sini, kami naik bas Setiausaha Kerajaan Terengganu yang lebih tinggi dari biasa dan tak berapa sesuai nak masuk ke dalam. So, bas kami berhenti di jalan utama dan tukar naik pacuan 4 roda yang disediakan oleh Lata Kolam Air Deru Ecopark. semulajadinya tempat ini begitulah juga jalan nya . Maksud Ayie, jalan yang kami lalui untuk masuk ke lata kolam masih lagi jalan merah tak bertar menyusuri kiri kanan ladang kelapa sawit. baru

BEAUTIFUL TERENGGANU : MASJID 8 KUBAH

Image
  Assalammualaikum & Salam Manis..... Sempena Visit Malaysia 2020 yang bakal tiba nanti, setiap negeri di Malaysia teruja dan berusaha sebaiknya untuk menjayakan kempen Melawat Malaysia 2020 ini. Tidak terkecuali negeri Terengganu Darul Iman. Negeri pantai timur ini ingin rakyat Malaysia dan rakyat luar negara berkunjung kesini dan merasai sendiri keindahan alam semulajadi , kecantikan tempat-tempat peranginan, pantai-pantai, keunikan budaya dan keramahan orang Terengganu. Negeri yang terkenal dengan keropok lekor dan penyu bertelor ini telah Ayie kunjungi beberapa minggu yang lepas dan kerana besarnya Terengganu ni, Ayie hanya sempat melawat 2 daerah di Terengganu iaitu Besut dan Setiu. Sampai dahulu di Besut , antara lokasi menarik yang Ayie lawati ialah Masjid 8 Kubah, Lata Kolam Air Deru Eco Park , La Hot Spring dan Homestay Kubang Depu. Jom kita bermula dengan tempat pertama yang Ayie lawati sesampainya di daerah Besut Terengganu iaitu Masjid 8 Kubah. MAS