BEAUTIFUL TERENGGANU : LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK.


Assalammualaikum & Salam Manis...

Setengah jam perjalanan dari Masjid 8 Kubah , Ayie dan rakan-rakan tiba di lokasi ke-2 kami di Besut iaitu Lata Kolam Air Deru Ecopark. Taman rekreasi alam semulajadi yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut Terengganu.
Mari lah kita baca tentang bestnya Lata Kolam Air Deru Ecopark ni....


Macam Mana Untuk Ke Lata Kolam Air Deru Ecopark ?

Semua kenderaan boleh sampai ke tempat Lata Kolam ini . Nak naik kereta ke, naik motor ke, naik bas ke semua boleh. Cuma, waktu Ayie & the gang ke sini, kami naik bas Setiausaha Kerajaan Terengganu yang lebih tinggi dari biasa dan tak berapa sesuai nak masuk ke dalam. So, bas kami berhenti di jalan utama dan tukar naik pacuan 4 roda yang disediakan oleh Lata Kolam Air Deru Ecopark. semulajadinya tempat ini begitulah juga jalan nya . Maksud Ayie, jalan yang kami lalui untuk masuk ke lata kolam masih lagi jalan merah tak bertar menyusuri kiri kanan ladang kelapa sawit. baru advanture!


TIKET MASUK

Bayaran serendah RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Bayaran masuk tidak termasuk bayaran aktiviti - aktiviti  dan acara yang dijalankan di dalam kawasan Lata Kolam Air Deru Ecopark. Setiap cuti hujung minggu , cuti umum dan cuti sekolah, pengunjung Lata Kolam Air Deru meningkat lebih ramai dari biasa termasuk penduduk Kelantan yang gemar kesini.



PENGINAPAN

Waktu kunjungan Ayie ke sini, Ayie menginap semalam dan penginapan Ayie adalah jenis Khemah selain ada beberapa jenis lagi penginapan yang boleh di pilih kalau mahu menginap di Lata Kolam Air Kolam Deru Ecopark antaranya Tube Lodge, Cabin Dorm, Hammock dan Glamping. Oleh itu, pilih la mana satu tempat tidur pilihan hati.


Khemah kami boleh muat dalam 8 orang dan lengkap dengan tilam, bantal, kipas dan plug. Kemudahan asas seperti tandas. bilik mandi , surau dan cafe lengkap disediakan.





AKTIVITI - AKTIVITI 

Tarikan utama di Lata Kolam Air Deru Ecopark pastilah mandi manda di sungai yang bersih dan jernih. Kesegaran air sungai dan keseronokan mandi manda di kawasan air terjun adalah aktiviti wajib dilakukan. tak pandai berenang? tak payah risau , Lata Kolam Air Deru menyediakan life jacket untuk orang tak pandai berenang macam Ayie ni.. baru la bole mandi sepuas-puasnya..
Takkan nak 24 jam mandi sungai kot? banyak lagi aktiviti yang boleh di lakukan di Lata Kolam ni antaranya Memanah, memandu ATV, Junggle Trekking, Flying Fox, Water Rafting, Mountain Bike, Explorace dan banyak lagi la yang semestinya memberikan keseronokan.
Selain aktiviti- aktiviti lasak dan mandi sungai, Lata Kolam Air Deru Ecopark juga menawarkan pakej-pakej menarik seperti Pakej Sekolah dan Pelajar IPT,  Pakej Perkhemahan Umum, Pakej Honeymoon, Pakej Korporat , Hari Keluarga dan banyak lagi.






Untuk booking dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi :

- En Kaswadi   ( 013-9276998 )

- Diana   ( 019-6931662 )

- Zaini   ( 017-3903649 )

- Syahrin   ( 013-9178633 )

Email  :  bigscope_etravel@yahoo.com

FB : AirDeruEcopark

IG : latakolam_ecopark

TERIMA KASIH kepada :

- Tourism Malaysia
- Tourism Terengganu
- Lata Kolam Air Deru Ecopark
dan semua yang terlibat...

Sukacita..

Ayie..

Comments

  1. Menarik plak kalau dapat berehat di suasana sebegini kan. Mesti tenang je kepala bila bangun pagi di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tau ni... ya! tenang je fikiran.. bangun pagi terus terjun sungai.

      Delete
  2. bestnya tengok kolam air dia..tak pernh sampai ke sini lagi..terengganu banyak tempat menarik

    ReplyDelete
  3. Aritu pergi terengganu tak pergi pon ke sini. Tak tau ada tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah tau.. boleh pegi ngan keluarga nanti ya..

      Delete
  4. Boleh la singgah nanti. Memang ada rancang nak pergi Terengganu this year dengan family. Thanks for tips!

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome.. selamat bercuti di terengganu..

      Delete
  5. Dah lama dah taj mandi sungei. Nampak menarik tenpat ni... satu akternatif yg bolrh difikirkan untuj cuti hhjung ninggu.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah pergi Terengganu lagi. Always wanted to go tapi tak pernah sampai sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena pergi terengganu.. banyak tempat best.

      Delete
  7. bestkan tempat nie...penginap dia pun unik..tidur dekat sungai ..bole dengar deruan air sungai..mandi manda lagi best

    ReplyDelete
  8. Wah seronoknya. Banyak jugak aktiviti dalam tu. In shaa Allah kalau ke Terengganu bolehlah ke sini. :) Terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa pergi ke sini ya...memang seronok.hehe

      Delete
  9. Baru tahu ada nya tempat ni kat Terengganu. Lain kali jengjalan Ganu kita nak singgah sini. Nampak Cantik nyaman sini. Best ni santai lepak ngan family. Nature gitu

    ReplyDelete
  10. Suka aktiviti camni. X boleh move on lg dr aktiviti lepas. Suka air terjun tenang sejuk je

    ReplyDelete
  11. Bestnya tempat ni. Kalau dapat ke sini dengan keluarga mmy best

    ReplyDelete
  12. Lama tak ke Terengganu, selalu kalau ke sana tak le buat aktiviti cam gini. Next time boleh le cuba ke tempat2 sebegini

    ReplyDelete
    Replies
    1. lata kolam deru menunggu kedatangan anda..hehehee

      Delete
  13. Ya Allah bestnya kalau dapat mandi kat sini. Berkelah buat bbq dengan family di hujung minggu. Syiok !!

    ReplyDelete
  14. sekarang macam2 kat tganu kan. jadi seronok pulak nak travel ke sana. insyaALlah nanti ke sana

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!