BEAUTIFUL TERENGGANU : MASJID 8 KUBAH


 Assalammualaikum & Salam Manis.....

Sempena Visit Malaysia 2020 yang bakal tiba nanti, setiap negeri di Malaysia teruja dan berusaha sebaiknya untuk menjayakan kempen Melawat Malaysia 2020 ini. Tidak terkecuali negeri Terengganu Darul Iman. Negeri pantai timur ini ingin rakyat Malaysia dan rakyat luar negara berkunjung kesini dan merasai sendiri keindahan alam semulajadi , kecantikan tempat-tempat peranginan, pantai-pantai, keunikan budaya dan keramahan orang Terengganu.

Negeri yang terkenal dengan keropok lekor dan penyu bertelor ini telah Ayie kunjungi beberapa minggu yang lepas dan kerana besarnya Terengganu ni, Ayie hanya sempat melawat 2 daerah di Terengganu iaitu Besut dan Setiu.

Sampai dahulu di Besut , antara lokasi menarik yang Ayie lawati ialah Masjid 8 Kubah, Lata Kolam Air Deru Eco Park , La Hot Spring dan Homestay Kubang Depu.


Jom kita bermula dengan tempat pertama yang Ayie lawati sesampainya di daerah Besut Terengganu iaitu Masjid 8 Kubah.

MASJID 8 KUBAH

》Masjid 8 Kubah, masjid yang terletak di Kg Lapan Kotak, Jerteh, Besut, Terengganu. Tiada masalah nak sampai ke masjid ni, Waze dan Google Map ada untuk membantu.


》Masjid ini viral dengan keunikan senibinanya yang seakan - akan St Basil Cathedral di Moscow Rusia ( sebuah gereja terkenal yang telah dijadikan muzium di Rusia ) 

》Uniknya senibina Masjid 8 Kubah ini terletak pada kombinasi 8 kubah yang berjalur - jalur dan berwarna - warni.

》 Selain kubahnya yang menarik perhatian, lokasi masjid ini yang terletak di tengah-tengah sawah padi menambahkan lagi keindahan  masjid ini.

Datuk Seri Idris Jusoh yang pada ketika itu Menteri Besar Terengganu dan Ahli Parlimen Besut sekarang adalah orang yang memberikan idea untuk membina masjid ini kira-kira 6 tahun yang lalu.

Kos pembinaan Masjid 8 Kubah ini sebanyak RM4 juta diperolehi daripada sumbangan pelbagai pihak termasuk orang ramai untuk mengantikan masjid lama sebelum ini.


》Masjid 8 Kubah ini dibina 100% mengunakan khidmat tenaga kerja tempatan termasuk arkiteknya pun rakyat Malaysia.. Malaysia Boleh!!

》Masjid ini boleh menampung kira -kira 500 jemaah dalam satu-satu masa dan di masjid ini terdapat sebuah beduk berusia lebih 50 tahun yang digunakan untuk memanggil umat islam menunaikan solat.


MARI- MARI LAWAT TERENGGANU dan jangan lupa datang dan solat di MASJID 8 KUBAH ya...

TERIMA KASIH kepada :

- Tourism Malaysia.
- Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.
- Dan semua yang terlibat..

Sukacita :

Ayie..


Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!