BEAUTIFUL TERENGGANU : CRUISE BESUT



Assalammulaikum & Salam Manis.......

Masih lagi di Besut, dan kali ini Ayie dan kawan-kawan yang lain menaiki cruise menyusuri sungai Besut dan menghayati permandangan Besut melalui jalan air.

Bermula di jeti Besut Cruise di Kampung Nail, 2 bot persiar telah menunggu kami. Bot - bot yang unik dan cantik berhias ni membuat kan Ayie tak sabar-sabar nak naik. Rasa selamat dengan pemakaian jaket keselamatan dan tempat duduk yang selesa, maka bermulalah pelayaran kami dengan Cruise Besut.

Sepanjang menyusuri sungai Besut, selain menghayati suasana damai dan angin sepoi-sepoi bahasa, pakej cruise kami ini meyediakan makanan popular Terengganu iaitu Satar dan Otak-otak Besut sambil menghirup air kelapa muda segar. Dengan semua makanan dan minuman yang ada, berjemaahlah  Ayie dan kawan-kawan makan-minum sambil lihat kiri kanan pemandangan kampung nelayan dan hutan paya bakau daerah Besut.

Berbaloi dengan harga RM 150 untuk maksimum 12 orang , pengalaman naik Cruise Besut ini harus di rasai semua. Makanan dan minuman di bot adalah tidak termasuk dan bergantung atas booking ya...




1 jam pelayaran cruise , kami berlabuh di jeti lain yang berdekatan dengan suatu tempat menarik di Besut iaitu Desa Ukiran Kayu Istana Tengku Long Besut Terengganu.




Desa Ukiran Kayu Istana Tengku Long adalah satu tempat yang mempunyai beberapa warisan rumah kayu tradisional Terengganu iaitu Rumah Potong Belanda , Rumah Limas Bungkus dan Rumah Bujang Berserambi Selasar yang unik.





BESUT CRUISE  :   Hubungi  :-  Puan HANI  (  0111 8627420  )

                              :  FB - Besut Cruise

                              :  Email : besutcruise01@gmail.com

Sukacita..

AYIE.

Comments

  1. Bestnyaaa naik cruise jalan atas laut sambil makan..teringin nak juga gitu...Belum sampai lagi Besut, paling tak, Paka aje hehehe

    ReplyDelete
  2. wah bestnya dapat makan-makan sambil minum air kelapa atas cruise tu. tak semua orang leh dapat pengalaman best macam tu.

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak ke Besut sejak orang tua berpindah ke Negeri Sembilan. Rindu betul suasana kampung kat sana

    ReplyDelete
  4. Seronoknya jalan-jalan melihat suasana kampung. Tertarik dengan style rumah-rumah lama tu. Ada macam-macam jenis rumah ukiran trasisi ya di Terengganu.

    ReplyDelete
  5. kalau ke terengganu boleh singgah/.//menarik2 tempat yang sis dah pergi ni

    ReplyDelete
  6. Wah baru tau Besut ni banyak tarikan. Pernah gi Besut tp gi rumah kakak ipar tapi tak teroka pun kawasan sekitar

    ReplyDelete
  7. Terengganu nie bsnyak tempat2 menarik kan. Cruise Besut nie mmg best..makan satar dan minum air kelapa smbil menikmati keindahan alam sangat best :))

    ReplyDelete
  8. nama je sis ni duduk dekat ngan area besut tapi tak pernah lagi naik bot selurusi sungai tu.. menarik pula rasa... inshaAllah ada masa boleh cuba

    ReplyDelete
  9. cantik tempatnya tu. nanti boleh plan pergi ke sana satu masa nanti

    ReplyDelete
  10. Okay kena masukkan dalam list masa nak datang terengganu nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.

GAMARO CHICKEN & BURGER - AYAM GORENG TANPA TULANG NO 1 DI KOREA KINI DI MALAYSIA !!! ( HALAL )