BEAUTIFUL TERENGGANU : HOMESTAY KUBANG DEPU BESUT TERENGGANU



Assalammualaikum dan Salam Manis.....

Besut mempunyai banyak kampung-kampung yang terlibat dengan program Homestay atau Inap  Desa yang mempunyai keistimewaan masing-masing. Salah satunya ialah Homestay Kubang Depu. Homestay Kubang Depu adalah homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan sedia menanti kunjungan tetamu untuk datang dan menginap di kampung mereka.


Homestay Kubang Depu Besut Terengganu telah menjadi tuan rumah untuk Terengganu Homestay Food & Culture Festival 2019 Oktober yang lalu dan banyak aktiviti-aktiviti telah diadakan. Sewaktu Ayie di sana, merasai dan menjamah makanan-makanan asal Terengganu adalah nikmat dunia untuk orang yang suka makan macam Ayie ni...


Di festival itu, Ayie dapat merasai pelbagai makanan dan minuman asal Terengganu antaranya Laksa Gandum , Lempeng Nyior , Kuih Tepung Bunga , Bubur Lambuk versi Terengganu , Kuih Cek Mek Molek dan Air Locong. Semuanya sedap-sedap dan manis-manis belaka... Air Locong sangat sedap sampai Ayie ulang berkali-kali.. rasanya lebih sedap dari cendol. Tapi diberitahu, Air Locong ini selalu di jual waktu bulan puasa dan jarang dijual di tepi-tepi jalan pada hari-hari biasa. Sesuai dengan tema festival, macam-macam makanan dan minuman tradisional Terengganu ini boleh dicuba dan harus lebih di popularkan di seluruh negara.

LEMPENG NYIOR , LAKSA GANDUM , KUIH TEPUNG BUNGA

AIR LOCONG... SEDAP GILER...

Malam di Homestay Kubang Depu dimeriahkan lagi dengan pertunjukan Silat , Tomoi dan Dikir Barat dari homestay yang telibat dengan festival kali ini. Memang berbakat dan berseni orang Terengganu ni.


Di Homestay Kubang Depu juga Ayie dan rakan-rakan yang lain melawat kandang kambing dan perusahaan susu kambing salah seorang penduduk kampung Kubang Depu. Masuk ke kandang kambing dan melihat kambing-kambing comel berwarna putih memang best. Maka bergambar-gambar lah kami dengan cik kambing. Puas foto-foto dengan kambing, time minum susu kambing pulak... sesiapa yang suka minum susu kambing, jangan lupa minum susu kambing yang segar di Homestay Kubang Depu ya..



Sukacita,

Ayie.

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!