BEAUTIFUL TERENGGANU : LA HOT SPRING



Assalammualaikum & Salam Manis.........

Mandi air panas pasti menyeronokkan lagi menyegarkan dan LA HOT SPRING adalah tempat rekreasi air panas yang harus dituju di daerah Besut ini. Kerana Ayie dari Lata Kolam Air Deru, hanya 2 km sahaja untuk ke LA HOT SPRING.


Kolam Air Panas Kg La , Hulu Besut atau lebih dikenali dengan nama LA HOT SPRING telah ditemui oleh Penghulu Ibrahim Bin Haji Mat ketika memburu sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi. Lantaran keadaan semasa itu dan kedudukan kolam ini yang jauh di tengah hutan, tidak ada orang yang berminat datang ke sini.


Apabila penerokaan tanah oleh FELDA bermula, kolam air panas ini mula dikenali dan dikunjungi ramai. Takungan air dalam kolam ini adalah dari sumber mata air yang keluar dari celah-celah batu dengan kepanasan suhunya mencecah hampir 100 darjah celcius.


Khasiat air kolam ini dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti lumbuh , darah tinggi, gatal-gatal , lelah dan angin ahmar. Air kolam ini juga boleh diminum dan pernah dibotolkan dan dijual kepada umum.

LA HOT SPRING juga menarik perhatian peminat-peminat batu permata ke sini dan pengunjung yang datang ke sini untuk pelbagai aktiviti lainnya seperti merentas denai dan air terjun , berkhemah , mandi manda dan berbagai-bagai lagi.



Kemudahan penginapan dan kemudahan asas yang lain nya seperti tandas, surau, pondok dan kedai makan di sediakan untuk pengunjung. Kalau ingin menginap di La Hot Spring ini, sila booking awal kerana sering penuh lebih-lebih lagi hujung minggu dan cuti panjang.




Untuk tempahan sila hubungi :

-  ENCIK NAZRO ( EDIE )   =  013 9765723

-  PUAN AKMAL ( AKMA )  =  017 9401527

-  09 6956388

- Email :  mdb@terengganu.gov.my.


Sukacita,

AYIE.

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!