BEAUTIFUL TERENGGANU : PELADANG SETIU AGRO RESORT


Assalammualaikum & Salam Manis......

Dari Besut, Ayie dan kawan-kawan meneruskan melawat bumi Terengganu dan kami ke daerah Setiu. Setiu adalah daerah Bongsu daripada tujuh daerah di negeri Terengganu Darul Iman. Tempat-tempat menarik yang Ayie kunjungi di Setiu ialah PELADANG SETIU AGRO RESORT , SETIU WETLANDS , RUMAH BOTOL dan TERRAPURI HERITAGE VILLAGE.

ANTARA CHALET YANG ADA DI PELADANG SETIU AGRO RESORT
Sampai-sampai di Setiu , Ayie terus check in di PELADANG SETIU AGRO RESORT. Jom baca apa yang Ayie buat dan enjoy di Peladang Setiu Agro Resort.....



PELADANG SETIU ARGO RESORT.

Adalah sebuah agro resort yang menawarkan penginapan chalet , kem latihan agro , tapak perkhemahan dan turut menyediakan pakej aktiviti rekreasi yang pelbagai antaranya flying fox , abseilling , jungle trekking , night walk , rafting , berkeno dan macam-macam aktiviti fizikal yang lain. Selain menginap di disini, Peladang Setiu Agro Resort juga menerima kunjungan tetamu yang datang hanya ingin mandi manda di kolam mandi atau melakukan aktiviti rekreasi yang di sediakan dengan bayaran tertentu.



Juga produk terbaru mereka iaitu LAGUNA AGRO RESORT di Kg. Gong Batu Setiu dengan kemudahan tapak perkhemahan , chalet serta pelbagai aktivi menarik seperti river crossing , survival rafting , berkeno di laguna , melawat sangkar ikan , mencari lokan , kepah dan kerang dan memancing dengan suasana yang memukau pandangan.

Penginapan Ayie di Peladang Setiu Agro Resort adalah penginapan chalet. Dapat kunci , masuk bilik dan berehat sebentar , selesaikan apa yang patut dan bersedia untuk aktiviti yang telah diatur untuk kami.



Ayie and the gang akan buat flying fox , berkeno dan jungle night walk di sebelah malamnya..
Esoknya , kami akan naik bot melawat Setiu Wetlands , melawat sangkar ikan dan aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu mencari lokan , kepah dan kerang.

AKTIVITI-AKTIVITI DI PELADANG SETIU AGRO RESORT.

- FLYING FOX.





- MENCARI LOKAN , KEPAH & KERANG.


NAMPAK SENANG, TAPI SEBENARNYA IA MEMERLUKAN KESABARAN YANG TINGGI . BUKAN MUDAH UNTUK MENCARI LOKAN INI RUPANNYA..






- MELAWAT SANGKAR IKAN .







Semua aktiviti-aktiviti yang ayie buat ni adalah di kendalikan  oleh pihak PELADANG SETIU AGRO RESORT bersama jurulatih yang bertauliah , berpengalaman dan ramah mesra.

Nak join aktiviti-aktiviti best di Peladang Setiu Agro Resort , sila hubungi :

PELADANG SETIU AGRO RESORT TERENGGANU.

Lot 3912, Mukim Guntong, 22040 Setiu, Terengganu.

TEL :  +609 6902245  ,  +6019 9192240

Email  :  peladang_agroresort@yahoo.com


Sukacita,

AYIE.




Comments

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.