BEAUTIFUL TERENGGANU : RUMAH BOTOL



Assalammulaikum & salam manis...

' Jalang-jalang ' di Setiu di teruskan lagi ke satu rumah yang unik iaitu RUMAH BOTOL. Rumah yang terletak di Kampung Baru Penarik, Setiu, Terengganu. Sesuai dengan namanya, rumah ini tersimpan lebih 7 ribu botol di dalamnya. Marilah Ayie ceritakan menarik dan uniknya Rumah Botol ini.

RUMAH BOTOL.

- Pemilik Rumah Botol ini ialah Tengku Mohd Ali @ Tengku Enduk Tengku Mansur. Berumur 74 tahun dan lebih mesra dikenali sebagai Ayah Ku.



- Idea untuk mengumpul botol tercetus selepas timbul rasa bimbang terhadap pengunjung pantai akan tercedera akibat terkena serpihan kaca botol apabila dipecahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Menyedari jumlah botol sangat banyak, beliau kemudian mengambil inisiatif sendiri memungut botol yang dihanyutkan arus ke tepi pantai pada setiap pagi.



- Ayah Ku berasa sedih melihat banyak botol hanyut di pantai dan sengaja dipecahkan menyebabkan kawasan pantai tercemar dan membahayakan pengunjung. Bimbang perbuatan memecah botol itu berterusan, Ayah Ku mengupah kanak-kanak di kampug memungut botol yang hanyut itu.


- Warga emas berhati mulia ini membeli setiap botol daripada mereka itu dengan harga 5 sen sebotol. Malah isterinya pada mulanya pelik dengan tabiat suaminya dan menyangka suaminya itu mahu berniaga budu.

- Lelaki warga emas ini pernah dilabel sebagai orang gila berikutan tindakannya yang gemar mengutip botol di pantai dan tempat awam. Jika orang yang tidak mengenali Ayah Ku, mereka akan beranggapan beliau tidak siuman kerana mengutip botol dan memikul guni berisi botol.



- Pada mulanya, Ayah Ku ingin membuang botol-botol yang dihantar ke rumahnya namun apabila melihat kembali reka bentuk dan keunikan setiap botol ia mula menarik minatnya untuk terus menyimpan botol tersebut.


- Obses Ayah Ku itu akhirnya mendatangkan manfaat kepada masyarakat apabila berjaya menyediakan Rumah Botol yang mengumpul lebih 4 ribu botol pelbagai jenis yang kini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara dan pelajar sekolah.



- Botol-botol Ayah Ku mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang unik dan menarik yang datangnya dari seluruh dunia seperti Mexico , Amerika Syarikat , Perancis dan Filiphina.


- Botol pertama yang ditemui ialah botol yang terbakar, tetapi tidak pecah, sekali gus menandakan ia diperbuat daripada botol yang berkualiti.


- Bagi Ayah Ku, setiap botol mempunyai keunikan tersendiri dan paling disayangi beliau ialah botol yang ditemui di pesisiran Laut Mati di Mesir sewaktu melancong ke sanapada 2013.



Itulah unik dan istimewanya Rumah Botol milik Ayah Ku ini dan kalau datang ke Setiu , jangan lupa singgah di Rumah Botol ya....

RUMAH BOTOL.

Kampung Penarik Baru, 
Setiu, Terengganu.


Sukacita,

AYIE.


Comments

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.