BEAUTIFUL TERENGGANU : SETIU WETLANDS


Assalammualaikum & Salam Manis....

Waktu kunjungan ayie dan rakan-rakan media FAM trip  ke negeri Terengganu Darul Iman , Setiu telah menganjurkan FESTIVAL SETIU WETLANDS 2019. Festival ini diadakan untuk memperkenalkan keunikan SETIU WETLANDS kepada masyarakat luar serta dapat menonjolkan kebudayaan setempat dan memberikan pengetahuan kepada masyarakat mengenai Setiu Wetlands.


SETIU WETLANDS

Ialah Tanah Bencah Setiu  ( Tanah Lembab Setiu ) yang merupakan sumber alam semulajadi yang amat bernilai kepada negeri Terengganu. Di Malaysia, hanya Setiu Wetlands mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung iaitu laut, pantai, lumpur, lagun, sungai, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau. Setiu Wetlands bukan sahaja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna serta air laut yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai. Dengan keluasan 23 ribu hektar dan memiliki 9 ekosistem, Setiu Wetlands merupakan tanah lembab terbesar di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Keunikan dan kepelbagaian hidupan di sini sesuai dibangunkan sebagai produk ' edu-tourism '.




SETIU WETLANDS FESTIVAL 2019.

Sekitar festival itu, banyak program telah dilaksanakan dan ramai pengunjung telah memeriahkannya.
Antaranya ialah penanaman pokok bakau , forum sembang santai , treasure hunt , fly fishing talks , program melukis dan mewarna , pameran agensi dan jualan rakyat , aktiviti pentas , wetlands master chef , cabutan bertuah dan banyak lagi.







Semoga festival seperti ini dijadikan acara tahunan untuk pengunjung dari dalam dan luar negara agar  lebih tahu tentang SETIU WETLANDS.


Sukacita,

AYIE.

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!