BEAUTIFUL TERENGGANU : TERRAPURI HERITAGE VILLAGE



Assalammualaikum & Salam Manis.....

TERRAPURI HERITAGE VILLAGE ialah lokasi terakhir dan tempat beradu Ayie untuk trip Terengganu kali ini. Terletak di Kg Mangkuk,Penarik, Terengganu, Terrapuri Heritage Village adalah suatu tempat istimewa dan klasik.



Terrapuri Heritage Village merupakan sebuah resort peranginan yang dibina berkonsepkan pemuliharaan dan pemulihan rumah-rumah kayu klasik melayu lama. Terrapuri yang bermaksud " The Land Of Palaces " atau " Tanah Istana " ini mempunyai 29 unit vila antik yang berusia lebih dari 100 tahun dengan reka bentuk rumah warisan ini diilhamkan dari istana Terengganu pada abad ke 17. Seni bina melayu lama menggunakan kayu Cengal dan dibina menggunkan teknik " tangam " iaitu tanpa menggunakan paku. Resort warisan ini terdiri daripada rumah-rumah kayu klasik yang di jadikan tempat penginapan , galeri , bilik mesyuarat , spa , halaman , ruang makan peribadi , bilik membaca , dan kedai cenderahati.


Tiba untuk pertama kali nya di hartanah ini, ciri-ciri melayu klasik bak istana di zaman silam dapat dilihat bermula di pintu masuk yang bergerbang dan kawasan sekitarnya. Seni bina kerajaan melayu lama warisan kita ini teguh berdiri di Terrapuri Heritage Village. Terdapat satu kolam mandi besar di tengah-tengah Terrapuri untuk tetamu yang menginap di sini. Mandi kolam dengan permandangan yang indah pasti menjadi kenangan manis.


Kunci sudah diberi, apalagi patik mohon berundur untuk melihat kamar beradu. Rumah klasik yang menjadi tempat tidur Ayie malam itu ialah Rumah Seberang Takir. Rumah-rumah klasik di Terrapuri ini dinamakan dengan nama-nama lama dan berdasarkan tempat rumah ini diperolehi. Rumah-rumah lain namanya seperti Rumah Paloh , Rumah Kedai Buloh , Rumah Nibong dan banyak lagi.



Melangkah masuk ke rumah, dekorasi dan penggunaan barangan antik kemelayuan nampak mewah dengan katil tradisional king saiz siap bertirai kelambu kemas tersedia. Menjenguk ke kamar mandinya, wow.... gabungan klasik dan moden. Lengkap dengan bathtub , air panas , shower dan kain batik untuk digunakan. Ruang kamar mandi adalah ruang dapur yang telah diubah suai menjadi kamar mandi. Mimpi indah la malam ni....





Terrapuri membuatkan pengunjung nya berada seperti berada di istana kerajaan melayu silam kerana selain kamar beradunya dan persekitaranya, hidangan sarapan paginya juga merupakan hidangan-hidangan tradisional dan popular di Terengganu khususnya. Enak-enak belaka.




Penginapan Terrapuri Heritage Village bermula dengan harga rm529 hingga rm 1279 semalam dan sekiranya anda ingin melawat ke dalam Terrapuri walaupun tidak menginap, resort ini menerima pengunjung dengan bayaran rm22 per pax. Selain itu, Terrapuri juga menyediakan pelbagai pakej tour untuk anda terokai di negeri Terengganu Darul Iman ini. Oleh itu, luangkan masa anda dan nikmatilah keistimewaan Terrapuri Heritage Village.

TERRAPURI HERITAGE VILLAGE

KG. MANGKUK , PENARIK, 22120 SETIU,
TERENGGANU, MALAYSIA.

TEL   :  +609 624 5020 
FAX  :  +609 626 2022

Email  :  sales@terrapuri.com

Website  :  www.terrapuri.com


Sukacita,

AYIE.

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!