SATU RINGGIT SATU RASA 2020 @ MATIC


Assalammualaikum dan Salam Manis....

SATU RINGGIT SATU RASA 2020 !!!!!!

Makanan tradisi dan kesukaan rakyat Malaysia sekali lagi dipromosikan dan kali ini karnival SATU RINGGIT SATU RASA 2020 mengambil tempat untuk mempopularkan lebih 100 menu makanan dan kuih-muih tradisi Malaysia. 


Penganjur SATU RINGGIT SATU RASA : G312B VENTURE (M) SDN BHD dan wakil MATIC sewaktu sidang media pelancaran karnival.

Sesuai dengan temanya, SATU RINGGIT SATU RASA , ya!! dengan bayaran " SINGGIT " je, kita boleh rasa pelbagai menu best di Malaysia tercinta ini.

Mesti kuantiti nya sikit kan? walaupun harganya RM1, portion nya kecil tetapi kualiti dan keenakan rasanya tetap menjadi elemen no1 yang wajib ada dalam setiap menu. So, kalau tak cukup satu... belilah banyak sikit... hehhehe


" kau bayar RM1 ko boleh makan nasi lemak!
   mu bayar RM1 mu boleh makan nasi dagang!
   hang bayar RM1 hang boleh makan laksa!
   aku bayar RM1 aku dapat makan satay!
   kamik bayar RM1 kamik makan roti canai!
   you pay RM1 you get teh tarik! "


Menu- menu seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Satay, Roti Canai, Laksa, Kuih-muih, dan minuman kegemaran malaysia seperti Teh Tarik serta Buah-buahan Tempatan Malaysia seperti Mangga, Jambu Batu, Tembikai dan Nenas menanti pengunjung untuk dinikmati hanya dengan RM1 sahaja bagi setiap menu yang dipilih.

kuih muih bukan rm1 satu ye,, itu hanya packing untuk tester sewaktu pelancaran karnival.

Antara menu-menu yang akan dijual nanti... 
SATU RINGGIT SATU RASA 2020 bukan sahaja karnival makanan malah pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang telah diatur seperti :

==> Pertandingan Menarik Teh ( Teh Tarik )
==> Mengubah Buah-buahan 
==> Mengupas Nenas
==> Demontrasi Masakan Tradisi
==> Persembahan Muzik Tradisional
==> Persembahan Tarian Kebudayaan

 

Pelancaran SATU RINGGIT SATU RASA 2020
Pusat Pelancongan Malaysia ( MATIC ) , Kuala Lumpur adalah lokasi pertama yang harus dituju untuk SATU RINGGIT SATU RASA 2020. MATIC yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara adalah lokasi yang strategik dan kedudukannya di tengah ibukota KL sangat mudah di akses dan kemudahan parking disediakan. Tak mau memandu ke Matic, naik je LRT turun di KLCC dan jalan kaki 5 minit dah sampai. Tak pun boleh naik Monorel turun di station Bukit Nenas, jalan 2 minit sampai Matic. Naik Bas GOKL yang free tu pun boleh sampai Matic.

Inilah bangunan Pusat Pelancongan Malaysia ( MATIC )



SATU RINGGIT SATU RASA 2020 di MATIC akan dihiasi dekorasi menarik dengan penggunaan buluh, prop serta peralatan tradisi lainnya bagi memberikan mood kepada acara ini seolah-olah kita berada di kawasan perkampungan dan didalam kebun atau dusun buah-buahan di tengah-tengah kota Kuala Lumpur ini.

 

Maka itu, sila ingat info ini dan sila lah datang beramai-ramai...

SATU RINGGIT SATU RASA 2020.

Tarikh     : 27 FEBRUARY hingga 1 MAC 2020.

Tempat   : Pusat Pelancongan Malaysia ( MATIC ) , Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Masa       : 9.00 pagi hingga 10.00 malam.


JOM MAKAN ... hanya dengan SATU RINGGIT !!!!


Sukacita,

AYIE.



















Comments

  1. Wow!!!! Nak sabar nak pegi.. Dah lama tak pegi matic..

    ReplyDelete
  2. okay . mesti nak pegi..lepas balik keje boleh pegi👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  3. okay . mesti nak pegi..lepas balik keje boleh pegi����������

    ReplyDelete
  4. murahnya...sampai 1 Mac saja la ya...kalau ada kesempatan akak nak jugak singgah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.