Posts

Showing posts from March, 2020

DATUK MISBUN SIDEK WUJUDKAN MODUL KEJURULATIHAN KHAS BADMINTON NEGARA.

Image
Assalammualaikum & Salam Manis... Sukan badminton Malaysia mempunyai seorang lagenda yang hebat dan terkenal iaitu Datuk Misbun Sidek. Jaguh badminton ini bukan hanya hebat di gelanggang tetapi juga jurulatih yang bagus dan berkemahiran tinggi. Buktinya boleh kita lihat dengan kejayaan Datuk Lee Chong Wei yang menjadi pemain badminton bertaraf dunia. Waktu Ayie ke Perak baru-baru ini untuk melihat Bandar Baru Setia Awan Perdana ( BBSAP ), Ayie berpeluang bertemu Datuk Misbun Sidek yang juga merupakan Duta BBSAP. Beliau juga VIP yang merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung yang telah berlansung pada ketika itu. Bertemu figura hebat ini sewaktu kejohanan badminton tersebut yang dianjurkan oleh Bandar Baru Setia Awan Perdana, sebuah perbandaran mampu milik yang dimajukan oleh Taraf Nusantara Sdn. Bhd. , syarikat pemaju terbesar di negeri Perak memberikan satu rasa keterujaan dan gembira untuk bertemu empat mata dengan beliau. Inilah pertama kali bertemu Datuk

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA : Perumahan Mampu Milik di Perak.

Image
Assalammulaikum & Salam Manis... Baru-baru ini sebelum Ayie pergi ke Pulau Pangkor, Ayie dan kawan-kawan yang lain telah melawat Bandar Baru Setia Awan Perdana di Manjung Perak. Ada apa dengan Bandar Baru Setia Awan Perdana ? atau ringkasnya BBSAP. Mari kita ambil tahu pasal BBSAP lebih-lebih lagi mereka yang mencari rumah pertama, untuk pelaburan, persaraan atau untuk tinggal bersama keluarga. Mungkin BBSAP ada jawapannya. Jom kita baca lebih lanjut ya..... BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA ( BBSAP ) Bandar Baru Setia Awan Perdana adalah projek perumahan yang menawarkan kediaman mampu milik yang pastinya boleh memberi penyelesaian kepada pembeli rumah. Mempunyai ciri-ciri pembangunan terancang yang dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan komersial, Bandar Baru Setia Awan Perdana bakal menjadi nadi baharu di daerah Manjung dan Sitiawan. Kawasan BBSAP yang berkeluasan kira-kira 1,012 ekar, hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dari bandar Manjun

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Terakhir.

Image
          GAMBAR CANTIK INI OLEH  @AMAZING TERENGGANU Assalammualaikum & Salam Manis.... 20 Febuari 2020. -  Jam-jam terakhir di Tasik Kenyir... AIR TERJIN SAOK Adalah destinasi terakhir kami sebelum kembali ke Pengkalan Gawi sekaligus keluar dari Tasik Kenyir yang indah ini. Sepatutnya kami ada satu lagi tempat yang dah rancang nak lawat dalam Tasik Kenyir ni iaitu Santuari Kelah tetapi takde rezeki kali ini kerana tempat itu ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan akan di buka kembali dalam bulan April nanti. Sedikit kecewa kerana dari viral sana sini, Santuari Kelah Tasik Kenyir memang popular dan tempat mesti pergi di Tasik Kenyir ini. Tapi takpe,itu maksudnya Ayie mesti kena masuk lagi ke Tasik Kenyir ini. Sedia berkumpul untuk ke Air Terjun Saok, kami akan naik speedboat untuk ke sana. Air Terjun Saok adalah salah satu air terjun yang popular dan lanskapnya yang bertingkat-tingkat menambahkan lagi ghairah nak mandi air terjun. Sampai je kaw