BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA : Perumahan Mampu Milik di Perak.



Assalammulaikum & Salam Manis...

Baru-baru ini sebelum Ayie pergi ke Pulau Pangkor, Ayie dan kawan-kawan yang lain telah melawat Bandar Baru Setia Awan Perdana di Manjung Perak. Ada apa dengan Bandar Baru Setia Awan Perdana ? atau ringkasnya BBSAP. Mari kita ambil tahu pasal BBSAP lebih-lebih lagi mereka yang mencari rumah pertama, untuk pelaburan, persaraan atau untuk tinggal bersama keluarga. Mungkin BBSAP ada jawapannya. Jom kita baca lebih lanjut ya.....
BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA ( BBSAP )

Bandar Baru Setia Awan Perdana adalah projek perumahan yang menawarkan kediaman mampu milik yang pastinya boleh memberi penyelesaian kepada pembeli rumah. Mempunyai ciri-ciri pembangunan terancang yang dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan komersial, Bandar Baru Setia Awan Perdana bakal menjadi nadi baharu di daerah Manjung dan Sitiawan.

Kawasan BBSAP yang berkeluasan kira-kira 1,012 ekar, hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dari bandar Manjung/Sitiawan dan terletak kira-kira 4 km dari Lebuhraya Pantai Barat  ( WCE ).
Sebaik sahaja WCE dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022, Orang KL hanya memerlukan lebih kurang 90 minit untuk tiba di BBSAP.

Projek yang dimajukan oleh Taraf Nusantara Sdn. Bhd. ini mampu milik dan menawarkan keistimewaan dari segi harga, lokasi strategik, kualiti rumah yang terjamin serta fasiliti yang lengkap.

KEDIAMAN DI FASA 1 BBSAP



Kira-kira 10,500 unit rumah lot yang terdiri daripada model Semi-D dan teres. Bila dikatakan mampu milik, pasti pemaju akan memastikan harganya mampu di miliki. Unit rumah teres dijual pada harga bermula dengan RM135,000 manakala unit rumah Semi-D pula dijual pada harga bermula dengan harga RM188,000. 

RUMAH CONTOH @ RUMAH DATUK MISBUN SIDEK ⇓⇓⇓










Dengan harga yang kompetitif  beserta kualiti senibina rumah yang tinggi, BBSAP berjaya memenuhi keperluan rakyat Malaysia terhadap rumah mampu milik. Kebanyakan pembeli rumah BBSAP sekarang terdiri daripada 70% orang Melayu, kakitangan awam dan pasangan yang baharu berkahwin yang membeli rumah pertama mereka.
Bandar Baru Setia Awan Perdana yang bermula pada 2016 dan merangkumi 5 fasa perumahan. Fasa pertama yang melibatkan 1,147 unit kediaman dalam kawasan seluas 73 ekar telah siap dibina dan fasa seterusnya sedang disiapkan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun lagi. Semua unit kediaman di Fasa 1,2 dan sebahagian fasa 3 telah habis dijual. Malah waktu Ayie pergi ke sana pun, telah ramai penghuni menduduki perumahan ini.


Banyak kemudahan bertaraf lima bintang yang boleh dinikmati pembeli di BBSAP seperti rumah kelab, taman tasik tropika, kolam renang bertaraf Olimpik, padang golf, taman permainan kanak-kanak, dewan badminton, gelanggang futsal, padang bola, laluan jogging dan basikal. Sekolah, masjid, klinik dan bangunan pejabat juga bakal ada di sekeliling kawasan perumahan. Apabila telah siap, penghuni tidak perlu keluar bandar kerana semua telah tersedia.

Rumah Kelab, Kolam Renang dan Gelanggang Badminton yang sedang dalam pembinaan ⇓⇓⇓





Lebih gempak lagi, penghuni di Bandar Baru Setia Awan Perdana akan berjiran dengan lagenda badminton Malaysia iaitu Datuk Misbun Sidek. Datuk Misbun Sidek telah dilantik sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana atas usaha dan sumbangan beliau dalam melonjakkan nama Malaysia di mata dunia dalam sukan badminton. Datuk Misbun Sidek telah memiliki sebuah rumah di BBSAP dan rumah beliau sekarang di jadikan rumah contoh untuk pembeli BBSAP.



Selain itu, BBSAP juga merupakan laluan penghubung yang boleh diakses oleh pelancong dari dalam dan luar negari Perak ke kawasan pelancongan terkenal seperti Pulau Pangkor dan Teluk Batik. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan daerah Manjung sebagai pusat pelancongan dan maritim negeri Perak. Penghuni BBSAP bolehlah selalu bercutidi Pangkor ya.. bestnya....
Bandar Baru Setia Awan Perdana baru-baru ini telah dianugerahkan Pembangunan Rumah Mampu Milik Terbaik fasa pertama dalam Anugerah Pembangunan iProperty ( iDEA ) 2019. Tahniah!! BBSAP.


TARAF NUSANTARA SDN.BHD.

Taraf  Nusantara Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat butik pemaju yangmerupakan satu-satunya syarikat pemaju di Perak yang mengkhususkan dalam pembinaan rumah mampu milik bermula dengan Bandar Baru Setia Awan Perdana ( BBSAP ). Dengan lebih 5 tahun pengalaman dalam pembinaan projek perumahan mampu milik, Bandar Baru Setia Awan Perdana dan LAGENDA Teluk Intan telah berjaya memenuhi keperluan rakyat Malaysia terhadap rumah mampu milik.


Dua projek perumahan tersebut menjadi bukti komitmen Taraf Nusantara dalam membina rumah mampu milik yang berkualiti untuk masyarakat umum dengan kemudahan infrastruktur moden yang menaikkan taraf kehidupan.
Taraf Nusantara berhasrat untuk mengungguli industri pembinaan projek perumahan mampu milik yang akan memanfaatkan golongan B40 hingga M40 dalam memiliki rumah sendiri di Malaysia. Dalam masa terdekat, Taraf Nusantara akan meluaskan pembinaan projek perumahan mampu milik di lokasi lain di Semenanjung Malaysia untuk memenuhi permintaan masyarakat umum.



Maka dengan itu, siapa-siapa yang mampu untuk memiliki rumah-rumah di Bandar Baru Setia Awan Perdana, apalagi yang di tunggu boleh pergi sales office Taraf Nusantara Shd. Bhd.


Telefon: 012-6492722

Sukacita,

AYIE.

Comments

  1. Eh.. Dekat dgn area rumah saya.. Nanti bila free time nak pergi tgk.. Tq for sharing Ayie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!