DATUK MISBUN SIDEK WUJUDKAN MODUL KEJURULATIHAN KHAS BADMINTON NEGARA.


Assalammualaikum & Salam Manis...

Sukan badminton Malaysia mempunyai seorang lagenda yang hebat dan terkenal iaitu Datuk Misbun Sidek. Jaguh badminton ini bukan hanya hebat di gelanggang tetapi juga jurulatih yang bagus dan berkemahiran tinggi. Buktinya boleh kita lihat dengan kejayaan Datuk Lee Chong Wei yang menjadi pemain badminton bertaraf dunia.

Waktu Ayie ke Perak baru-baru ini untuk melihat Bandar Baru Setia Awan Perdana ( BBSAP ), Ayie berpeluang bertemu Datuk Misbun Sidek yang juga merupakan Duta BBSAP. Beliau juga VIP yang merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung yang telah berlansung pada ketika itu.


Bertemu figura hebat ini sewaktu kejohanan badminton tersebut yang dianjurkan oleh Bandar Baru Setia Awan Perdana, sebuah perbandaran mampu milik yang dimajukan oleh Taraf Nusantara Sdn. Bhd. , syarikat pemaju terbesar di negeri Perak memberikan satu rasa keterujaan dan gembira untuk bertemu empat mata dengan beliau. Inilah pertama kali bertemu Datuk Misbun Sidek. Cool dan ramah orangnya.. cakap pun lembut je...


MODUL KEJURULATIHAN KHAS BADMINTON MALAYSIA.

Jurulatih badminton negara perlu menggunakan modul latihan khas yang selaras bagi melahirkan lebih ramai bintang sukan ini yang bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei.
Datuk Misbun menyuarakan perkara itu dan mahu Malaysia mencari formula khusus supaya atlet badminton negara terus menempa nama di persada antarabangsa. Sudah masanya untuk Malaysia mencari satu formula yang mana semua jurulatih badminton menggunakan modul latihan yang sama sehingga mampu melahirkan bintang badminton dunia.

Demi mencapai matlamat itu, beliau telah pun merangka satu siri modul latihan khas yang boleh diguna pakai oleh semua jurulatih termasuk memberi latihan yang selaras kepada pasukan jurulatih negara. Formula penting dalam membentuk jaguh badminton bertaraf dunia. 
                       
Datuk Misbun Sidek yang baru dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia ( BAM ) sudah menyediakan satu siri modul latihan yang telah diguna pakai selama ini hingga mampu melahirkan jaguh seperti Datuk Lee Chong Wei dan pemain lain yang mengharumkan Malaysia dalam dunia badminton.
                                      
Lagenda hebat ini sedar yang beliau tidak akan berada di sini selama-lamanya dan walaupun sampai masa beliau tiada lagi, modul yang beliau sediakan ini boleh digunakan oleh jurulatih lain dan sekurang-kurangnya sumbangan beliau ini boleh terus memastikan sukan badminton negara terus mendapat perhatian peminat sukan global. Modul latihan tersebut merupakan satu sumbangan bermakna kepada negara dalam arena sukan badminton.

                          
'Orang penting 'di sebalik kejayaan Lee Chong Wei ini juga percaya penganjuran kejohanan badminton terutama Kejohanan Terbuka Manjung termasuk pelbagai program pencarian bakat yang sedang dan akan dijalankan khususnya di daerah Manjung bakal mewarnai industri badminton negara.

Apatah lagi dengan kemudahan tempat latihan serba moden di Bandar Baru Setia Awan Perdana iaitu Dewan Badminton Misbun Sidek diyakini dapat menyuntik semangat kesukanan dalam kalangan individu berbakat selepas ia disiapkan sepenuhnya pada tahun depan. Pemaju BBSAP telah mengambil inisiatif membina dewan yang mempunyai enam gelanggang itu berpotensi menggilap bakat pemain pelapis sekali gus boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
Oleh itu, beliau amat menghargai inisiatif pemaju BBSAP yang menggunakan namanya untuk dewan badminton itu dan berharap ia boleh memberikan sumbangan tenaga dan ilmu kepada anak-anak muda bandar itu melalui latihan dan juga klinik badminton.
Semoga modul kejurulatihan khas badminton negara oleh Datuk Misbun Sidek ini diaplikasikan didalam setiap latihan badminton Malaysia dan sukan badminton Malaysia kekal tinggi di arenanya.

TERIMA KASIH DATUK MISBUN SIDEK !

' MAJULAH SUKAN UNTUK MALAYSIA ! '


Sukacita,

AYIE.


















Comments

  1. Harap2 beliau selalu ade kat Manjung.. Teringin nak jumpa.. Hehehe

    ReplyDelete
  2. terbaik Datuk MISBUN SIDEK. .. 👍👍👍

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!