EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.



Assalammulaikum & Salam Manis.....

18 Februari 2020.

- 10.30 pagi....

Enjin Pesona Houseboat yang UMT booking dihidupkan agar Ayie dan kumpulan media sosial bersama tuan rumah Ekplorasi Tasik Kenyir kali ini iaitu Universiti Malaysia Terengganu atau lebih singkat dikenali dengan UMT bergerak meninggalkan Pengkalan Gawi dalam keadaan hujan renyai menuju ke Taman Herba Tasik Kenyir. Santai menyusuri Tasik Kenyir yang seluas 260 km persegi dan melalui beberapa pulau kecil daripada 340 pulau kecil yang wujud di Tasik Kenyir.  Warna - warna alam dan pokok-pokok menjadi permandangan kanan kiri kami sepanjang perjalanan di tasik terbesar buatan manusia ini.







- Beberapa jam sebelum memasuki Tasik Kenyir.....

Ramai peserta ekplorasi ini datang dari Kuala Lumpur termasuk Ayie dan 2 orang lagi kawan Ayie. Tengah malam kami dah bergerak dari KL naik bas ekpress ke hentian Uniza Terengganu iaitu hentian yang paling dekat untuk wakil UMT jemput kami untuk ke UMT, meeting point kami. Berpagi-pagian lah kami di UMT sementara menunggu yang lain tiba dan naik bas UMT untuk ke Pengkalan Gawi.....


- 3 jam pertama di dalam Rumah bot....

Waktu inilah semua insan tuhan berstatus pengamal media sosial disuai kenalkan satu sama lain dengan wakil UMT selaku host yang mula dulu. Siapa aku ? siapa kau ? kau kenal aku , aku kenal kau. Maka tiada la canggung nanti kalau selisih sepanjang dalam rumah bot ini. Mana tau jodoh ke..hahahaha.

Encik Amirul, orang yang mula2 pegang mic mewakili warga UMT membuka bicara. Beliau sukacitanya memperkenalkan siapa UMT, ada apa dengan Tasik Kenyir dan betapa dekatnya UMT dengan Tasik Kenyir. UMT mahu penyelidikan UMT di Tasik Kenyir dikenali ramai khususnya di platform media sosial sekaligus menaikkan pelancongan di Tasik Kenyir ke dunia luar. Kami-kami yang mendengar ni jadilah lebih tahu tentang UMT dan Tasik Kenyir. Lagi-lagi bila diberitahu pasal aktiviti-aktiviti yang kami boleh buat di dalam rumah bot dan Tasik Kenyir, terus momentum naik tinggi tak sabar nak buat semua.



Tuan rumah bagi lampu hijau dan lesen besar untuk kami-kami ini sepanjang hampir 72 jam hidup di Tasik Kenyir untuk benda - benda ni : -

- Kau boleh menyanyi, bersyair, membaca dan membawang di bilik soundproof  kanan kiri depan belakang Pesona Housebout . Takde sapa nak complain dan takyah risau jiran sebelah mengamuk kalau suara yang keluar bikin pencemaran bunyi. Cuma orang tingkat atas yang kadang2 tak kusyuk solatnya gara2 keghairahan bintang-bintang Kenyir melontarkan vokal dan tarik key tinggi. Mungkin tuan punya bot lupa nak soundproof kat tingkat atas... hhehhehee.. sori-sori..


- Sila makan dan jangan tengok je semua makanan yang disediakan. Dari sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, BBQ hingga makan tengah malam ade je atas meja. Ambil pinggan, sila duduk, jangan lari..dimulakan dengan Bismillah..bukan hanya lauk pauk sedap gillerrr yang ko makan malah suasana nyaman angin Tasik Kenyir menjadi kipas waktu ko tengah makan.. sedar-sedar dah lebih sekali ko tambah nasi .. jajan-jajan untuk kau ngap-ngap time lepak-lepak atas bot pun ada jugak. fuhh, lebih best dari ko lepak mamak. Cukup semua.. Terima Kasih UMT.


- Mandi air tasik atau air terjun atau main kayak atau memancing tiada halangan sama sekali. Jangan malu nak buat semua tu di Tasik Kenyir. Sia-sia jika tak dicuba dahulu. Jangan sampai dirimu dibelenggu sesal tak buat semua tu..Aura Kenyir bukan biasa-biasa tau... Rugi tak try...


- 2.30 petang..

TAMAN TASIK HERBA.

Lebih kurang 3 jam masuk ke Tasik Kenyir, rumah bot kami pun berhenti sekejap di Taman Tasik Herba. Tersohor dengan kehijauan dan ketenangan Hutan Hujan Tropika tertua dunia semenjak 130 tahun lampau, Tasik Kenyir turut menjadi habitat kepada ribuan spesis hidupan dan haiwan dan dikumpulkan sedikit di Taman Herba. Mempunyai kira-kira 200 pokok herba bernilai ditanam di Taman Tasik Herba antaranya Tongkt Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Mas Cotek, Mahkota Dewa dan banyak lagi. Sapa yang datang boleh menikmati air rebusan herba-herba ini. Waktu kami datang, kami diberi minum air rebusan Tongkat Ali Putih & Hitam dan air rebusan Kacip Fatimah. Di sini, kekayaan tumbuhan herba untuk dilihat, dihayati dan dipelajari. Tak heran kalau kau dapat tahu nama-nama herba unik yang lansung tak pernah kita dengar dan tahu kewujudannya sebelum ini ada di Tasik Kenyir.




Cukup dengan masa di Taman Herba, rumah bot bergerak lagi kali ini ke lokasi bernama Kelebu. Kira-kira 1 jam kami akan sampai Kelebu...bye-bye Taman Herba....

- 3.30 petang

HENTIAN KELEBU.

Bila tiba di Kelebu, kapten bot bersedia untuk berlabuh dan kami parking di situ sampai esok pagi. Ayie dan lain-lain dibawa naik speedboat untuk melawat bot penyelidikan UMT dan waktu itu hanya ada kapten bot sahaja yang standby untuk menerima kunjungan kami. Dengan bot ini lah para penyelidik UMT menjalankan tanggungjawab menyelidik tentang semua ekosistem dan istimewanya Tasik Kenyir.


- SIAPA UMT ?

Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) adalah universiti yang berfokus kepada nic sains marin dan sumber akuatik. Kedudukan UMT yang berhampiran Laut China Selatan menjadikan ia tumpuan kepada pelajar dan penyelidik yang berminat dengan ilmu tersebut.
Kekuatan penyelidikan UMT bukan sahaja tertumpu kepada sains marin semata tetapi merangkumi keseluruhan biodiversiti persekitaran. Pelajar dan penyelidikan UMT menjalankan penyelidikan di 4 stesen penyelidikan UMT iaitu di Setiu Wetland, Pulau Bidong, Chagar Hutang Pulau Redang dan Tasik Kenyir. Untuk nak tahu lebih lanjut tentang bagusnya UMT, boleh cari di : -

website   :  www.umt.edu.my

-  FB           :  @OffialUMT

-  IG           :  @OfficialUMT

-  YouTube :  OfficialUMT

-  Twitter    :  @UMT_Official



Hari masih cerah dan masing-masing mula atur langkah. Ada yang nak terjun tasik, ada yang nak main kayak, ada yang hanya duduk-duduk minum petang sambil tengok orang mandi, ada yang ' u jump i jump ' , ada yang masuk bilik kalis bunyi nak test vokal bukan sekadar rupa, ada buat sesi fotografi dan ada yang pilih untuk tidur. Tasik Kenyir memutuskan sementara jaringan maya kami agar kami lebih banyak pandang-pandang jeling-jeling kanan kiri dan sekaligus menghayati realiti keindahan alam Tasik Kenyir daripada menundukkan kepala kepada segi empat kecil masing-masing. Cerah bertukar gelap dan ramai yang memilih tidur awal mungkin penat seharian bergumbira. Tapi Ayie masih tak boleh tidur dan untung la ada bilik kalis bunyi di bawah. Lagi best bila ade geng tidur lewat boleh layan lagu sampai penuh di playlist... oh la la... tropikaaaaaaa





24 jam pertama Ayie dan mereka-mereka yang lain di Tasik Kenyir dihabiskan dengan rileks dan kita tengok pulak macam mana ekplorasi 24 jam berikutnya di Kenyir, tasik terbesar milik Terengganu Darul Iman....

Bersambung ke 24 jam berikutnya....

Sambungan 24 jam berikutnya di bawah ini....⇊⇊

Sila KLIK  ⇉⇉  https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/2020/03/eksplorasi-tasik-kenyir-bersama-umt.html

SUKACITA,

Ayie.








-

Comments

  1. Kalau sy nak pegi dengan tasik kenyir, UMT ni boleh uruskan ke.. Nak program macam uolls buat tu.... Macam seronok je.. Tak sabar nak baca episod seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMT ialah universiti, rasanya tak buat pakej.mungkin boleh follow program yang kami buat di Tasik Kenyir...boleh email ayie ( rahimahhamihar@gmail.com ) sekiranya nak pakej Tasik Kenyir..

      Delete
  2. Banyaknya 24 jam awak..hehehe..
    Anyway enjoy baca cerita awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. jangan lupa baca sambungannya ya...

      Delete
  3. Seronoknya kan.. 24 jam pertama di Kenyir bersama UMT & rakan media sosial yang baru dikenali...

    ReplyDelete
  4. SONOK GILERRRRR .. HARAP LEN KALI BOLEH PERGI LAGIIII .

    ReplyDelete
  5. Waaahhh... Boleh buat tempat utk family gathering... Byk aktiviti yg boleh dibuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... sangat sesuai sangat untuk family gathering.

      Delete
  6. Seronoknye dapat join explorasi canmi. Mesti happening kan? Especially kalau dapat group yang happening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang happening... jgn lupa gi tasik kenyir ya...

      Delete
  7. bestnya.. kalau ada kesempatan memang nak ke sana lah...selalu je dengar Tasik Kenyir..tak pernah kesampaian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah... suatu masa pasti sampai.. dekat je..masih dalam malaysia

      Delete
  8. Seronokbya dpt explore tempat mcm ni. Mesti banyak pengalaman yg menarik dikongsikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis...sila datang ke tasik kenyir ya..

      Delete
  9. Liez tak pernah sampai kenyir lagi.. seronok dapat bermalam dan spent time atas jot tu.. memang trip lain dari yang lain kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lain dari yg lain.. memang kena try..

      Delete
  10. This place looks fun! Would like to come with my family when my kids are bigger. Thank you so much for sharing!

    ReplyDelete
  11. Kita tak pernah sampai lagi tasik kenyir... tengok ada rumah dalam boat boleh bermalam kat tengah tasik seramnya tapi menyeronokkan heheheh best lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulanya nampak seram.. tapi bila alami sendiri...best gilerrr

      Delete
  12. Seronoknya eksplorasi macam ni. boleh lah 'berhubung' dengan alam semulajadi. Lapang sekejap kepala dari hal hal kerja rutin harian. Bagus sangat penulisan sis terperinci dan siap ada catat masa. - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... boleh sambungannya ya...

      Delete
  13. Seronoknya ada macam2 aktiviti dekat situ. Tak pernah lagi ke Tasik Kenyir ni. :)

    ReplyDelete
  14. Bestnya aktiviti macam ni. Cantik rupanya tasik kenyir ni. Tak pernah lgi pergi. Macam boleh bawak family ramai2 je ni sbb aktiviti pun byk blh buat.

    ReplyDelete
  15. Belum pernah lagi kte ke tasik kenyir. Teringin jugak nak pergi

    ReplyDelete
  16. Sis 2 kali ke sana, memang best, dpt pengalaman tido di house boat, masak n makan ikan yg kita tangkap, mandi dn berkayak, kenangan yg menyeronokkan

    ReplyDelete
  17. cantik tempatnya, pernah tengok juga. ada pengalaman baru la tido dalam house boat ya

    ReplyDelete
  18. Interesting!
    , good storyline..
    Looking forward for next entry 😁

    ReplyDelete
  19. bestnya tasik kenyir... kena pergi ni.

    ReplyDelete
  20. Good story... Tq for sharing

    ReplyDelete
  21. Bestnya ke tasik kenyir.. AM kalu ke sana mmg bawa pancingla.. baru feel n puas bila dpt takluk ikan d sana..

    ReplyDelete
  22. meriahnya dapat pergi tasik kenyir, BBL sendiri orang terengganu pun tak pernah jejak tasik buatan manusia terbesar kat asia ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!