EKSPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Berikutnya..


Assalammualaikum & Salam Manis.....

19 Febuari 2020.

- Masih lagi di TASIK KENYIR..

- Pagi Yang Nyaman...

Syoknya tidur dalam rumah bot sampai banyak kali teman sekamar kena kejut bangun... rasa macam nak tidur lama-lama lagi..tapi kerana hari ini aktiviti kami nak meneroka GUA BEWAH di BUKIT BEWAH dan mandi AIR TERJUN LASIR, gagahkan juga membuka mata mengatur langkah ke bilik air. Ayie tak tau pukul brapa Pesona Housebot ni bergerak meninggalkan Kelebu, tau-tau dah parking depan Bukit Bewah.





Pagi ini ekplorasi Tasik Kenyir akan dimulakan dengan mengenal Gua Bewah. Ayie and the gang cantik menarik berbaju t-shirt UMT siap sedia nak teroka keunikan Gua Bewah yang dianggarkan mula terbentuk sejak kira-kira 270 juta tahun dahulu. Dah tahu tentang langkah-langkah keselamatan, kami pun bergerak masuk mendaki anak tangga ziq-zaq untuk masuk ke Gua Bewah. Tinggi jugak oiii... tapi takpe, pelan-pelan, berhenti kejap nak posing-posing amik gambar. Akhirnya sampai la di pintu gua..Wowww... cantiknya gua ni...untuk masuk lebih dalam ke perut gua ni, laluan kayu telah disediakan. So, mudah untuk menghayati keunikan Gua Bewah..



                                        

                            


                            

GUA BEWAH & BUKIT BEWAH.

Bukit Bewah dengan ketinggian 578 meter dari aras laut adalah bukit batu kapur yang terletak di dalam kawasan Taman Negara di Tasik Kenyir. Perkataan Bewah dikatakan merujuk kepada aktiviti penduduknya pada zaman dahulu yang suka berbewah iaitu mengadakan kenduri kendara. Ada juga yang mengatakan bewah mempunyai kaitan dengan nama Tok Bewah yang menjadi raja di kawasan ini pada zaman dahulu. Pada beberapa bahagian dinding bukit ini terdapat beberapa jenis fosil seperti karang, ' gastropod ' dan ' fusulinid '.

                                              

Gua Bewah yang terdapat  pada bukit ini mempunyai beberapa bentuk formasi batu yang menarik pada dindingnya. Contohnya terdapat bentuk formasi seperti lembaga manusia sedang duduk dan bentuk burung unta. Flora & fauna yang terdapat di dalam gua ini seperti lumut-lumut hijau berkilauan, akar pokok, labah-labah, semut, ketam dan lipas berekor biru. Spesis lipas ini dikatakan tidak dapat ditemui di tempat lain. 

                                       

                            

PENEMUAN BEWAH MAN.

Kerja-kerja ekskavasi yang dilakukan pada tahun 2009, telah menemukan satu rangka manusia di dalam Gua Bewah. Ketika ditemui, sebahagian besar daripada tulangnya telah hampir reput dan ada yang disaluti dengan batu kapur gua dan seakan-akan fosil.




                                      

Rangka tersebut ditemui tertanam dalam kedudukan merengkok dengan lutut dilipat hingga ke bahagian dagu seolah-olah kedudukan seorang bayi di dalam rahim ibu.

                                  
Sampel rangka manusia pra sejarah Zaman Hoabinnian ini telah di hantar ke Amerika Syarikat untuk di analisa. Hasil daripada analisis Karbon 14 yang di lakukan oleh Syarikat BETA telah mengesahkan bahawa rangka manusia ini adalah rangka seorang remaja perempuan yang dianggarkan berusia kira-kira 16 000 tahun. 
                             
                                      
                 

Selesai teroka Gua Bewah, kami kembali ke rumah bot untuk makan tengahhari dan housebot mula bergerak ke destinasi lain pulak iaitu AIR TERJUN LASIR..

- Petang Yang Damai...

AIR TERJUN LASIR.

Sampai di AIR TERJUN LASIR, Pesona Housebot terus berlabuh untuk aktiviti kami seterusnya sekaligus lokasi bermalam kami berikutnya. Dah namanya air terjun, pasti ia terletak tinggi dan sedikit pendakian diperlukan untuk sampai ke sana. Sampai di Air Terjun Lasir, kami tak terus terjun, maklum la masing-masing masih segan dan takut-takut nak mandi. Takut sejuk la, takut dalam la, takut lemas la dan macam -macam lagi la... Apa yang kami buat, kami naik jambatan gantung dulu, amik-amik gambar, rakam pemandangan, klik sana klik sini sampai puas, baru kami turun mandi.  Permandangan sekitar air terjun ini sungguh indah dan sangat memberikan ketenangan jiwa raga.



                                   

Waktu kami sampai di Air Terjun Lasir, airnya sedikit keruh kerana hujan malam tadi tetapi itu bukan penghalang untuk mahluk-mahluk Allah ini mandi manda sepuasnya. Ayie tak pandai berenang dan pemakaian ' life jacket ' adalah sangat-sangat penting sebelum mandi manda tak ingat dunia di air terjun ini. Oleh itu, pastikan korang pakai jaket keselamatan lagi-lagi yang tak tau berenang macam Ayie.

                           



Petang masih ada dan habis mandi manda di Air Terjun Lasir, alang-alang dah basah kami sambung mandi air tasik yang tenang kehijau-hijauan... Bukan hanya mandi tasik, kami main kayak pusing-pusing Tasik Kenyir ni. Terjun gaya bebas dan berenang-renang macam ikan duyung .Oh nikmatnya dunia.. macam dunia ini ana yang punya..Indahnya ciptaan Allah dan syukur dapat merasai nikmat alam Tasik Kenyir anugerah ilahi..

                             


- Malam Yang Sunyi...

BBQ - KARAOKE - LEPAK-LEPAK

Malam tiba dan bbq dah siap setup untuk soru malam ini. Ayam-ayam, sosej-sosej, jagung-jagung dan menu-menu lain dah ada di pembakaran tunggu masa je nak masuk mulut. Malam itu kami beramai-ramai ber-bbq sambil ngobrol-ngobrol, gelak-gelak dan yang seumpanya lah... sempat jugak Ayie perhati sekeliling, hitam gelap kau..sunyi sepi ..hanya kadang-kadang terdengar bunyi unggas.. Bermalam di dalam Tasik Kenyir memang harus dirasai sekali seumur hidup. Waktu ni la kau nak rileks sepenuhnya menghayati nikmatnya alam yang sedia terbentang untuk manusia ini.


Sebahagian insan tuhan di dalam rumah bot ni meneruskan kehidupan malam di Tasik Kenyir dengan masuk ke bilik kalis bunyi untuk sambung karaoke yang terhenti seketika sebelum ini.. termasuk la Ayie. Hiburan ini berlansung sampai mata mengantuk..

Kaki pancing pulak pasang umpan moga-moga sangkut ikan boleh goreng untuk lauk esok pagi...Makan ikan segar hasil tangkapan pemancing pro memang sedap gilerr..

                         

Yang selebihnya ' open table ' lepak sambil sembang-sembang kedai kopi sambil menungu waktu tidur. Kau dengar cerita aku , aku dengar cerita kau.... sampai masa undur diri masuk beradu....zzzzz

Begitulah hari Ayie untuk 24 jam berikutnya di Tasik Kenyir. Masih ada lagi 24 jam terakhir masa Ayie di tasik yang indah ini. Kita sambung di 24 jam yang terakhir esoknya...

Bersambung....

Boleh baca sambungannya 24 jam terakhirnya di bawah ini ya...↓↓↓⇊

sila klik  ⇉  https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/2020/03/ekplorasi-tasik-kenyir-bersama-umt_19.html

Sukacita,

AYIE.






Comments

  1. Sesiapa yang pergi I nak ikut! 😁

    ReplyDelete
  2. bestnya duduk kat tasik kenyir. bila la boleh peegi sana.

    ReplyDelete
  3. Best nya.. Teringin nak pegi tasik kenyir.. Tq for sharing

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!