KLEENSO KILLS GERMS DISINFECTANT : Spray Pembasmi Kuman Mudah & Efektif !


Assalammualaikum & Salam Manis....

Hai korang semua... blog Ayie kali ni nak highlight pasal satu produk yang Ayie gunakan untuk menyahkuman di rumah atau mana-mana tempat yang perlu. Nah, ini dia KLEENSO KILLS GERMS DISINFECTANT.
                                 
Oleh kerana kita sekarang berada di tengah-tengah pandemik Covid-19, kebersihan adalah topik penting terutama ketika menjaga kebersihan rumah dan bebas kuman. Tidak cukup hanya dengan pembersihan biasa, penggunaan agen membasmi kuman yang bermutu tinggi sangat di sarankan untuk melindungi diri dan keluarga dari ancaman kuman dan bakteria jahat.

KLEENSO KILLS GERMS DISINFECTANT.


Di pasaran sekarang telah tersedia untuk kita iaitu Kleenso Kill Germs Disinfectant 500ml yang sangat efisyen membantu kita membasmi kuman dengan semudah spray sana...spray sini...
Pembasmi Kuman Kleenso Kills Germs Disinfectant 500ml ini dilengkapi dengan muncung semburan untuk memudahkan kita nak sembur ke sana ke sini. Nak guna pun senang. Cukup dengan menyemburkan Kleenso Kills Germs Disinfectant ke permukaan yang mahu dinyahkuman dan selepas itu lap permukaan tersebut dengan kain bersih selepas 10 minit. Kalau keperluan yang lebih besar dan luas, Kleenso Kill Germs Disinfectant 4L pun ada.
Kleenso Kills Germs Disinfektan menggunakan Benzalkonium Chloride, iaitu sebatian kimia yang terbukti sangat berkesan terhadap semua jenis bakteria seperti E. Coli, Salmonella dan Listeria, serta kebanyakan virus termasuk campak, influenza dan rabies. Benzalkonium Chloride digunakan sebagai bahan aktif dalam penyelesaian pembersih permukaan yang dikembangkan oleh kebanyakan jenama komersial di seluruh dunia.

Kleenso Kills Germs Disinfectant ini di formalasikan untuk membunuh 99.9% kuman dan bakteria. Cecair Kleenso ini bebas Alkohol tanpa mengandungi fosforus dan kandungan pH neutral membuatkan ia sesuai untuk kegunaan di dapur dan meja makan.
Kleenso Kills Germs Disinfectant direka untuk kegunaan umum dan harian. Ia direka agar selamat digunakan dengan harga yang berpatutan. Ini menjadikannya sesuai untuk digunakan di kawasan umum.
Produk Kleenso ini juga dapat digunakan sebagai air rendaman untuk barang-barang berasaskan kain macam kain kusyen, langsir dan lain-lain lagi. Sekiranya kita nak mop lantai pun kita boleh guna Kleenso ni, hanya larutkan dalam air dengan nisbah 1 cawan Kleenso Kills Germs Disinfectant dicampur 4 liter air.

Baguskan Kleenso Kills Germs Disinfectant ni !! Nak dapatkan Kleenso ni? boleh dapatkan produk ni dengan senang di Kleenso Online Store atau dimana-mana peruncit tempatan termasuk Parkson, MR DIY, TF Mart dan Family Store.

FB :  https://www.facebook.com/KleensoResources/

Online Store  :  https://kleenso.my/

Berikut Ayie kongsikan cara penggunaan Kleenso Kills Germs Disinfectant dengan lebih efisen...

Pembersihan umum :
Semburkan Kleenso Kills Germs Disinfektan dengan kain atau span secara langsung di permukaan yang dimaksudkan dan biarkan permukaan yang di sembur selama sepuluh minit, kemudian lap permukaan dengan kain lembap yang bersih.

Untuk permukaan yang berkaitan dengan makanan :
Kleenso Kills Germs Disinfectant digunakan pada permukaan yang dimaksudkan dengan kain atau span, kemudian bilas dengan air bersih.

Membersih Lantai:
Campurkan 1 cawan Kleenso Kills Germs Disinfektant dengan 4 liter air dan mulalah mengemop.

Tandas:
Masukkan 1/2 cawan Kleenso Kill Germs Disinfeactant ke dalam mangkuk tandas kemudian berus kawasan tersebut sebelum di flush.

Untuk membasmi kuman pada barangan berasaskan kain :
Tuang 2 penutup Kleenso Kills Germs Disinfectant ke 2 liter air. Rendam kain dalam larutan selama 3 minit. Kemudian, bilas dengan air dan biarkan hingga kering pada suhu bilik.

Kleenso Kills Germs Disinfectant tidak disyorkan untuk digunakan pada vinil lembut, permukaan varnis atau aluminium. Untuk penggunaan pada cat kerja, disarankan agar disinfektan diuji dengan mengaplikasikannya pada bahagian kecil cat terlebih dahulu.

Kleenso Resources adalah pengeluar dan pengedar jenama Kleenso dan Pesso yang berpusat di Malaysia untuk menyelesaikan pembersihan rumah dan penghalau mahluk perosak, produk penjagaan kereta dan barang-barang eco-kitar semula. Produk dan penyelesaian Kleenso Resources telah dipasarkan di seluruh negara dan dieksport ke lebih dari 12 negara. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kleenso Resources, kunjungi www.kleenso.com

OK.. kekal sihat dan kekal bersih...

Sukacita,

Ayie


Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!