NAK BERCUTI ? JOM PUSING SELANGOR DULU !! SEHARI DI SELANGOR, MARI KE SEPANG !
Assalammualaikum & Salam Manis....
Syukur kita dah boleh merentas negeri dan sekarang pelancongan domestik telah pun dibuka. Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) Covid-19 yang kita alami sebelum
ini telah memasuki fasa pemulihan dan bila YAB Perdana Menteri kita kata cuti-cuti Malaysia dibenarkan, berbunga rasa hati macam dalam hati ade taman gitu..
Seiring itu, Tourism Selangor pada masa ini sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif pelan pemulihan pelancongan agar ia kembali menjadi meriah seperti sediakala. Mengenai SOP, semua sudah di ambil kira dan sekarang salah satu promosi dari Tourism Selangor adalah memperkenalkan daerah-daerah yang ada di Selangor Darul Ehsan ini. Ada 9 daerah di Selangor dan ia berpotensi utk menjadi tarikan pelancongan.
Lama kekal di rumah dan akhirnya bila melancong sudah dibenarkan, mana nak pergi ni ? apa kata PUSING SELANGOR DULU ? lebih-lebih lagi untuk mereka yang tinggal di Selangor. Lebih baik pergi yang dekat dulu tapi Selangor di mana? aaaaa sila la baca ye apa yang Ayie nak kongsi ni ye...
Ayie nak kongsi dengan korang semua satu jadual perjalanan atau program 1 hari yang telah disediakan oleh Tourism Selangor untuk pergi bercuti di Sepang, Selangor! dan aktiviti-aktiviti yang boleh kita buat di Sepang dalam satu hari percutian. Malah, ade beberapa tempat yang dicadangkan, Ayie dah pernah pergi dan memang best, serta mencipta kenangan yang menyeronokkan!
Maka dengan itu, sila duduk, jangan lari.. baca pelan-pelan...
Daerah SEPANG .

Daerah Sepang yang mempunyai lebih daripada 190,889 populasi mula
berpesat di Bandar Baru Salak Tinggi. Kini, bukan sahaja ia menjadi laluan
keluar dan masuk utama Negara dengan adanya dua buah lapangan terbang
antarabangsa, KLIA dan KLIA2, Dearah ini juga terkenal dengan Litar
Antarabangsa Sepang yang telah menjadi tempat untuk mengadakan pelbagai
acara sukan motor pada setiap tahun. Menempatkan Pusat Membeli-belah
premium pertama di Selangor, Sepang giat menarik ramai pelancong dari
seluruh dunia menjadikannya salah sebuah Daerah yang wajib anda kunjungi
di Selangor!
8.00 a.m. : Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya
9.00 a.m. : Singgah di Restoran Adik Abang untuk sarapan pagi
10.00 a.m. : Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang
1.00 p.m. : Ikuti Mangrove Tour
2.30 p.m. : Luangkan masa di Ladang HL Sepang
3.30 p.m. : Berbelanja di Mitsui Outlet Park
5.00 p.m. : Minum petang di Book Barter Cafe
6:00 p.m. : Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya
1)
Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya
Mulakan hari dengan berpakaian sukan kegemaran anda dan singgahlah ke
Taman Tasik Cyberjaya yang terkenal ini. Di sini, terdapat beberapa trek
larian terbaik yang boleh anda cuba dengan rakan-rakan anda! Juga tidak
ketinggalan, persekitaran yang menenangkan serta udara yang segar di taman
hijau ini sudah pasti akan memberikan anda satu perasaan yang nyaman untuk
bersenam.
2)
Singgah di Restoran Adik Abang untuk Sarapan Pagi
Tambahkan tenaga anda dengan bersarapan di lokasi kegemaran ramai iaitu
Restoran Adik Abang! Di sini, anda akan disajikan dengan pelbagai makanan
Malaysia yang lazat di mana anda boleh memesan dari menu mereka. Adalah
sangat digalakkan untuk anda mencuba Lontong, Nasi lemak dan Roti Canai di
kedai ini. Sekiranya anda merupakan seorang penggemar ketiga-tiga makanan
tersebut, ini semestinya tempat yang tepat untuk anda!
3)
Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang
Teruskan hari anda dengan melawati Litar Antarabangsa Sepang yang
terkenal. Di sini, anda akan dibawa ke seluruh kawasan litar ini di mana
anda boleh mengisi pengetahuan anda mengenai industri sukan permotoran!
Lawatan ini merangkumi lawatan ke Grandstand, Race Control Room, Perdana
Suite perdana dan banyak lagi! Jangan lupa untuk mengunjungi Muzium
Automobil yang terkenal semasa anda berada di sana.
Kalau nak tau lebih lanjut, baca di sini pengalaman Ayie di Litar Antarabangsa Sepang, Klik sini https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/search?q=litar+sepang
Kalau nak tau lebih lanjut, baca di sini pengalaman Ayie di Litar Antarabangsa Sepang, Klik sini https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/search?q=litar+sepang
4)
Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh
Jangan lupa untuk datang ke restoran Nasi Padang yang terkenal di Kampung
Salak Tinggi pada waktu tengah hari! Sekiranya anda sedang mencari masakan
selera kampung dan tradisional yang sedap tak terhingga, anda boleh datang
ke sini untuk mencuba menu ikan bakar dan ikan keli mereka. Selain
daripada kedua-dua menu tersebut, hidangan lain yang turut disajikan di
sini juga patut anda cuba!
Dikenali sebagai Taman Tema Aqua yang pertama dan terbesar di Malaysia,
Aqua X menawarkan anda dengan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan yang
boleh anda lakukan! Antaranya ialah Pakej Mangrove Tour yang akan
membawa anda berlayar ke kawasan hutan yang penuh dengan pemandangan
indah dan bunyi burung eksotik di sekitarnya. Anda juga boleh mencuba
senarai aktiviti menarik yang mereka tawarkan!
Semasa berjalan-jalan di Daerah Sepang, pastikan anda berkunjung ke
Ladang Buah Naga yang menakjubkan ini. Terletak di Bagan Lalang, ladang
ini dikenali dengan buah naga yang ditanam dan terdapat juga sebuah kafe
yang boleh anda lawati untuk mencuba menu istimewa mereka iaitu Roti
King Kong dan kentang tumbuk yang disajikan dengan kuah buah naga dan
juga jus buah naga yang diperah segar!
Sedapnya makan buah naga... klik sini https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/search?q=buah+naga
Sedapnya makan buah naga... klik sini https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/search?q=buah+naga
7)
Berbelanja di Mitsui Outlet
Luangkan hari anda di Mitsui Outlet Park yang terkemuka ini untuk
mendapatkan satu pengalaman membeli-belah yang terbaik di Sepang! Di
sini terdapat pelbagai barangan berjenama dan mewah yang dipasarkan
dengan harga yang menarik dan lebih murah berbanding Pusat Membeli-belah
yang lain. Anda pasti tidak ingin ketinggalan mendapatkan tawaran yang
diberikan oleh setiap kedai di Pusat Membeli-belah premium ini!
Pengalaman Ayie di Mitsui Outlet Park di sini : https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/search?q=mitsui
Pengalaman Ayie di Mitsui Outlet Park di sini : https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/search?q=mitsui
8)
Waktu minum di Book Barter Café
Berehatlah seketika dan bersantai di kafe yang menarik di Tamarind
Square ini sambil menikmati waktu minum petang anda! Ruang dalaman kafe
ini menggayakan konsep kedai buku di mana ia telah menjadi salah satu
tempat yang digemari ramai, terutamanya para pelajar bagi menyiapkan
tugasan kuliah mereka.
Bukan sahaja persekitaran
kafe ini menenangkan, pencuci mulut dan kopi di sini juga semestinya
akan menggiurkan anda juga! Jangan lupa untuk turut mencuba
Japanese Cottony Cheesecake dan kopi flat-white mereka semasa anda berada di sana.
9)
Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya
Setelah meluangkan masa anda di kafe, pastikan anda terokai Tamarind
Square ini! Selain terkenal dengan tempatnya yang amat
Instagram-worthy, anda juga boleh menyertai beberapa aktiviti
mingguan di sini. Antaranya ialah aktiviti
Zumba Fitness, Pound Fitness, Yoga
dan aktiviti Piloxing! Juga,
terdapat pasar malam yang berkonsepkan urban yang diadakan pada hari
Rabu ke-2 dan ke-4 yang boleh anda lawati pada setiap bulan. Turut
terdapat sebuah majlis hiburan yang dipanggil Lepaq yang akan
diadakan pada hari Sabtu terakhir pada setiap bulan di sini.
10)
Makan malam di HM Sri Bagan Sepang
Satu penutup yang terbaik untuk hari anda adalah dengan makan malam
sambil menikmati bayu laut yang sangat menenangkan! Bunyi ombak dan
udara yang sejuk pasti akan mengubahkan mood anda agar lebih
tenang. Disini, anda boleh memilih hidangan dari menu
ala-carte atau pakej mereka yang penuh dengan pilihan! Semua menu
di sini wajib anda cuba terutamanya Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap
Steam
dan Sambal Udang Petai mereka yang amat disyorkan!
Itulah dia! Sekiranya anda sudah sampai sejauh ini, ianya bermakna anda
sudah membaca kesemua lokasi yang telah kami sertakan dalam jadual
perjalanan ini. Oleh itu, jangan lupa untuk pergi ke Daerah yang
menakjubkan di Selangor ini! Tidak dinafikan lagi, Daerah Sepang ini
sudah pasti akan membuat anda kagum kerana tarikannya yang luar
biasa!
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Ok, Ayie harap apa yang dikongsi ini boleh memberikan korang lebih banyak pilihan tempat bercuti di Selangor ini dan waktu korang melancong nanti, sentiasa mengamalkan new normal, penjarakan sosial dan penjagaan kebersiahn yang optimum.
Selamat bercuti....
Terima Kasih Tourism Selangor !
Sukacita,
Ayie.

Comments
Post a Comment