SUNWAY LAGOON WILDLIFE PARK : Mari Kembali Melawat Haiwan !!!

Assalammualaikum & Salam Manis....

Panggilan untuk pencinta-pencinta haiwan, sila ke SUNWAY LAGOON WILDLIFE PARK untuk meneruskan perjalanan anda berjumpa binatang-binatang liar yang sudah lama terpisah dari pengunjungnya akibat pandemik virus covid-19. Oleh yang demikian, Ayie nak bagi tau korang semua yang Sunway Lagoon dah membuka semula zoo nya untuk pelawat bermula 13 Jun 2020 dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Biasanya kita tahu yang Sunway Lagoon lebih popular sebagai Taman Tema Air dan jarang nak highligt pasal wildlife nya. Ayie pun kalau sebut pasal Sunway Lagoon terus tak sabar nak mandi-manda dan nak main semua permainnannya. Kerana belum mendapat kebenaran untuk beroperasi sepenuhnya, Sunway Lagoon hanya membuka Wildlife Park mereka dan menawarkan pengalaman baru dan pengembaraan yang lebih menarik lagi menyeronokkan untuk pengunjungnya.. Mai sini Ayie nak cerita pasal Sunway Lagoon Wildlife Park ini......

SOP Yang Tinggi !

Pematuhan SOP yang tinggi dan menyeluruh serta new normal boleh kita perhatikan dari awal kita membeli tiket , masuk ke Sunway Lagoon hingga kita keluar dari Sunway Lagoon. Staff Sunway dah bersedia menyambut ketibaan kita dengan senyuman manis dan sapaan mesra. Semua sudah di nyahkuman, pemgambilan suhu dan detail pengunjung, dan ditambah dengan terowong pembasmi kuman atau disinfactant tunnel untuk langkah-langkah keselamatan agar kita rase lebih selamat dan seronok menghabiskan masa dengan zoo ini.
Pengunjung juga masih diharuskan memakai mask dan menggunakan hand sanitizer sebelum berinteraksi dengan haiwan-haiwan malah disediakan hand sanitizer di tempat-tempat sesuai.


WILDLIFE PARK !

Ok, apa yang menariknya Sunway Lagoon Wildlife Park ini ? meh sini nak bagi tau..

- Zoo interktif Malaysia pertama yang memberikan pengunjung untuk mengenal dan melihat lebih dekat lebih 140 spesis dan 82 spesifik-spesis haiwan dan pameran seperti kepelbagaian kucing besr, beruang, burung, ikan, reptilia dan mamalia dari seluruh dunia.

- Wildlife Park yang seluas 8 ekar ini harus kita terokai dengan pergi ke Village, Rimba, Jungle Trail, Aviary, New World Monkey, Tigerland, White Lion Kingdom, Pet Village, Bird Savannah, Tree Top Terrace dan tarikan terbaru mereka ialah Tree Top Walk iaitu kita boleh berjalan di laluan pejalan kaki bertingkat tinggi yang menjalar sepanjang 220 meter menyusuri gunung yang rimbun melalui Wildlife Park dan Bird Aviary yang menghadap ke tasik Sunway Lagoon.

- Bird Photography : Bersedia dengan kamera, ambil gambar dengan burung exotik di Rimba photo mount.

- Macaw Talk : Tengok sendiri spesis burung kakak tua ini dan belajar lebih lanjut tentang habitatnya, diet, pembiakan dan sebagainya.


- Behind The Scenes - Wildlife Kitchen : Lihat belakang tabir penjagaan spesis-spesis haiwan-haiwan yang mempersonakan ini.

- Horse Grooming Class : Untuk peminat kuda, sertai Ranger Wildlife Park dan pelajari tips-tips, cara penjagaan dan banyak lagi yang anda ingin tahu tentang haiwan pantas ini.

- Otter Talk : Jumpa dan tahu dengan banyak lagi semua tentang Otter si mahluk berbulu yang comel.

- Animal Appearance : Ranger Wildlife Park akan mengenalkan pengunjung dengan beberapa haiwan jinak, dan bercerita tentang kelebihan, keunikan dan penjagaan haiwan-haiwan ini.

- Feeding Sessions : Beberapa sesi memberi makan haiwan tertentu boleh kita lihat setiap hari dan Ranger siap sedia memberi penerangan semasa sesi dan bersedia menjawab soalan tentang hidupan liar tersebut.

- Pet Village Activities : Pengunjung akan di beri sayur-sayuran dan boleh memberi makan spesis binatang yang sering di jadikan peliharaan seperti arnab, kura-kura dan banyak lagi.. Ada juga aktiviti menangkap ikan kecil dengan sauk kecil di lonkang ikan.

- Jungle Trail : Jom kita berjalan di laluan berhutan yang unik dan sila perhatikan habitat semulajadi beberapa binatang liar yang bebas berkeliaran.

Banyakkan  yang kita boleh enjoy di Sunway Lagoon Wildlife Park dan bila dah lapar, boleh pilih makan di outlet makanan seperti Marrybrown, Subway, Malaysia Local Delight dan banyak lagi serta jangan lupa beli cenderahati untuk kenang-kenangan ye.....



Harga tiket Wildlife Park : -

ONLINE  My Card  :  Adult  =  RM49

                                     Child   =  RM39

Walk In  : Adult  =  RM69

                 Child  =  RM49




Nak tahu lebih lanjut, boleh layari .....

                    www.sunwaylagoon.com

                    www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.


Apa tunggu lagi.. waktu ini la anda nak keluar dan berinteraksi dengan haiwan-haiwan liar yang dah lama kita terputus hubungan. Jom ke SUNWAY LAGOON WILDLIFE PARK !!

Sukacita, 

Ayie.

Comments

  1. Yeah!! Dah boleh jalan-jalan ke wildlife sunway lagoon

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.