COSMODERM PERFECT BALANCED : FORMALASI PREBIOTIK & CALAMINE UNTUK PENJAGAAN KULIT WAJAH SEMUDAH 1 2 3 & 4 !!!

 Assalammulaikum & Salam Manis.....

Bila berkaitan dengan penjagaan kulit wajah ni, ayie agak kurang ilmu dan kurang rajin untuk serius menjaga anugerah ALLAH ini hehhehe.. Bersyukur banyak-banyak setakat ini tiada masalah yang pelik-pelik muncul di permukaan wajah ku ini..

Tapi ingat Ayie oiii.. Itu bukan jaminan untuk ambil mudah hal penjagaan kulit ni. Wajah kita sekarang terdedah dengan bermacam-macam unsur-unsur negatif yang akan memberi kesan kepada kesihatan dan kecantikan kulit wajah.   

Oleh yang demikian, kemunculan COSMODERM PERFECT BALANCED memang sangat-sangat membantu Ayie. Produk terbaru Cosmoderm ini merupakan asas penjagaan kulit wajah semudah 1 2 3 dan 4. Selain itu , kandungan 2 bahan terbaik iaitu PREBIOTIK dan CALAMINE memberi gabungan hebat dan sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. 

Nah, ini dia COSMODERM PERFECT BALANCED ! rangkaian botol-botol kecil warna pink ini kiut sungguh. Ayie suka dengan design botol-botolnya yang terpampang besar-besar " nombor giliran " untuk aturan pengunaanya. Ayie hanya berpandukan nombor-nombor tu je untuk memulakan rutin penjagaan kulit muka ayie ni. Maklum la, kadang-kadang lupa mana yang perlu pakai dulu.. hehehehehe.. Jom tengok kebagusannya....

Ada 4 botol yang mewakili setiap langkah penjagaan kulit wajah kita iaitu :

1 ) FOAMING CLEANSER - Pembersih kulit wajah yang sesuai untuk semua kulit wajah termasuk kulit sensitif dengan membersihkan wajah secara " deep clean " sekaligus membersihkan minyak dan kotoran di wajah. 

2 ) TONING LOTION - Dengan formalasi 20,000ppm Calamine dan Prebiotik untuk melegakan dan menyamankan masalah kemerahan dan memberi kelembapan pada kulit.

              

3 ) SOOTHING WOW CREAM - Gabungan 30,000ppm Prebiotik dan Calamine memberikan 3 kali kelembapan pada kulit dan mengurangkan cela pada kulit.

4 ) SUN MILK SPF25PA++ - Melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB sekaligus membaik pulih permukaan kulit dan ia juga membantu untuk melegakan sunburn dan kulit kering.

Dari tadi Ayie dok tulis Prebiotik dan Calamine je, tau ke apa ke bendanya tu..?? Produk ni terang-terang tulis 2 perkataan ini di setiap botol dan hasil dari pembacaan Ayie dan penerangan pakar kecantikan semasa pelancaran Cosmoderm Perfect Balanced baru-baru ini, Preboitik ialah makanan kepada Probiotik atau boleh juga dikatakan sebagai bakteria baik untuk badan dan kulit kita. Bagi penjagaan kulit wajah , Prebiotik membantu mengimbangi microbiome kulit untuk mengelakkan kemerahan dan membaikpulih serta menenangkan keadaan kulit wajah. 

Calamine pula merupakan ramuan popular untuk memberikan kebaikan dalam merawat eczema, meredakan kerengsaan kulit, mengelakkan kemerahan dan menenangkan kulit wajah. Pokoknya, gabungan 2 bahan ini memang PERFECT Balanced untuk kesihatan dan kecantikan kulit wajah kita.

Ringkasnya, COSMODERM PERFECT BALANCED ini mengandungi gabungan PREBIOTIK dan CALAMINE yang yang bagus untuk kulit kita dan ia sesuai untuk semua jenis kulit wajah dan kulit sensitif , level pH yang seimbang, melembab dan membaikpulih kulit wajah, melegakan kemerahan kulit dan memerangi radical bebas pada kulit. 

TIADA Paraben, TIADA Pewangi dan TIADA Pewarna Buatan... Bebas semua itu dalam Cosmoderm Perfect Balanced.

Ok lah, inilah sedikit sebanyak yang Ayie boleh kongsikan tentang COSMODERM PERFECT BALANCED yang Ayie baru guna ni. Semoga memberi kamu-kamu pengetahuan dan membantu dalam penjagaan kulit wajah masing-masing. 

Oh ya, mana nak beli Cosmoderm ni ??? kita boleh beli di Watson dan Shopee dan kalau bernasib baik dan sekiranya stok masih ada lagi, mungkin boleh dapatkan set COSMODERM PERFECT BALANCED di dalam kotak pink yang cantik ni.. Ekslusif sangat.. 

Selamat menggunakan COSMODERM PERFECT BALANCED !!!....

Korang boleh dapatkan lebih info tentang produk ini di :

https://www.cosmoderm.com.my/

https://www.facebook.com/Cosmoderm

https://www.instagram.com/cosmoderm


Sukacita, 

Ayie.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

SUPAMALA HOTPOT LAKAR SEJARAH SEBAGAI RESTORAN HOTPOT SZECHUAN PERTAMA DIIKTIRAF HALAL DI MALAYSIA

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.