Posts

Showing posts from April, 2021

BOB ROCK LOVELILY : BUTIK SAIZ BESAR UNTUK TAMPIL BERGAYA DAN SELESA

Image
  Assalammualaikum & Salam Mesra.... Kali ini Ayie nak cerita tentang satu butik yang Ayie pergi baru-baru ini. Butik yang menjual pakaian saiz besar untuk mereka yang saiz plus+++. Mari baca karangan Ayie ni tentang butik istimewa ni. - BOB ROCK LOVELILY. Selamat datang ke BOB ROCK LOVELILY . Butik pakaian yang menawarkan pakaian Saiz Besar . Ya !! pakaian di butik ini memfokuskan pakaian kepada mereka yang bersaiz besar bermula dari XL hingga ke 6 XL. Haiiiii... abang-abang & kakak-kakak yang berangka besar atau bertubuh montel-montel comel di luar sana tu, jom singgah di butik BOB ROCK LOVELILY kerana di sini banyak pilihan pakaian harian dan formal untuk digayakan. Lebih kurang 70% pakaian lelaki dan 30% pakaian wanita saiz besar di jual di BOB ROCK LOVELILY. BOB ROCK LOVELILY mengkhususkan pakaian saiz besar ini mengikut potongan badan orang Asia kerana kebanyakkan orang Malaysia bila tinggi, besar kita tak tinggi macam saiz orang Eropah dan Amerika. Macam orang Malays