Fanbo : Serlahkan Seri Wajah Setiap Wanita Memukau Bak Sakura

Assalammualaikum & Salam Manis....

Apa khabar semua..? Semoga semua sihat dan bahagia selalu ye...
Kali ni Ayie nak cerita tentang satu jenama produk penjagaan kulit dan kecantikan iaitu Fanbo.

Fanbo

Kalau tanya Ayie, memang Ayie tak pernah dengar brand Fanbo dan ini pertama kali tahu tentang jenama ini. Tetapi dengan pengenalan dari wakil Fanbo, pembacaan di google dan cerita emak-emak yang mengenali Fanbo ini, baru lah Ayie tahu tentang Fanbo ni. Rupa-rupanya Fanbo ini adalah jenama yang telah lama bertapak dengan jayanya dan popular di Indonesia. Dan apabila ramai warga Indonesia di Malaysia, maka jenama ini pun dikenali di Malaysia. Terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi.

Fanbo kini bersedia untuk menawarkan produk-produk berkualiti mereka kepada wanita-wanita Malaysia, sebagaimana yang sudah dinikmati oleh wanita di negara jiran selama berdekat lamanya. Malah, 'jenama nostalgik' ini masih kekal kontemporari dengan adanya penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan bahawa rangkaian lengkap produk-produknya mengikuti perkembangan terkini.

Kali ini Fanbo akan memukau dan menyerlahkan seri wajah wanita bak Sakura. Keanggunan dan kelembutan pokok Sakura mengingatkan kita bahawa keindahan di mana-mana sahaja di sekeliling kita, yang menyerlah dengan caranya yang tersendiri. 

Formula unik Fanbo ini dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan melindungi kulit kita. Produk Fanbo membantu melembabkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya kita mempunyai kulit muka yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan kita. Fomalasi yang tahan lama, ringan dan mudah diserap memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya. 

OK, maka dengan itu, jom ayie ceritakan produk-produk Fanbo yang telah Ayie gunakan. Jemput baca ye dan mana lah tahu produk Fanbo ini yang kamu cari dan sesuai dengan dirimu yang sangat berharga. gituuu

Fanbo PENSIL KENING :

Pensil berwarna emas ini akan membantu menyerlahkan kening kita agar lebih natural dan kemas. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita yang kerap memakai pelitup muka , hanya bahagian mata dan kening lah yang akan diperhatikan dan pasti ia mencuri tumpuan. Ibarat dari mata turun di hati gituuuu... hehehheee.. Produk yang halal dan mesra wuduk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga tahan lama.

                   

Fanbo PANCAKE POWDER :
Bedak muka ini menggunakan bahan seperti tepung jagung ( serius la!!! guna tepung jagung je ?? ) untuk menyerap minyak yang berlebihan pada kulit dan menutup cela di wajah. Bedak ni sesuai dengan kulit muka ayie dan nampak lebih natural sebab ayie jarang nak guna foundation. Cukup dengan bedak kompak je. Kandungan zink oksida yang ada dalam bedak ini adalah untuk melindungi kulit daripada UVA dan UVB. Pancake Powder ini dikaji dan dihasilkan supaya sesuai dengan semua jenis kulit dan ideal bagi iklim kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya matahari. Bedak kompak ini didatangkan dalam rona kulit tempatan. Lagi satu, design dan warna Pancake Powder ini ' very the clasic and nostalgic ' macam yang mak-mak kita pakai zaman mereka dulu.. hehhehehe


PRECIOUS WHITE : 





Produk penjagaan kulit Fanbo ini yang terdiri dari 3 jenis produk iaitu Toner, Pembersih Muka dan Pelembab  kesemuanya menggunakan ekstrak Sakura. Ekstrak Sakura akan melembabkan kulit supaya tampak lebih sihat dan segar. Ia ringan dan mudah diserap. Rangkaian penjagaan kulit Fanbo ini menghilangkan kotoran, benda asing dan mekap dengan mudah. Selain ekstrak Sakura, produk ini juga mengandungi Provitamin untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah. Produk Fanbo ini mudah digunakan untuk disesuaikan dengan jenis kulit dan cara pemakaian kita. Bila ayie guna Fanbo facial foam tu, terus terbayang kelembutan Sakura menyentuh muka ku ini. Segar dan menyamankan.

Bagi kamu-kamu yang nak mencuba atau nak beli produk-produk Fanbo ini, ia boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut :

PGMALL     Shopee     Lazada 


Boleh juga layari Fanbo di :

FB & IG : @fanbo.my

YOUTUBE  : Fanbo Cosmetics

OK, After all, sharing is caring right??

Sukacita, 

Ayie.






Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!